Hidup Mewah Pembantu-Pembantu Menteri Jadi Tanda Tanya Pimpinan UMNO Bahagian.
Susulan operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sarawak, seorang pemimpin Umno bahagian mahu suruhanjaya itu menyiasat juga pembantu-pembantu kepada menteri parti itu.
Enggan namanya disebut, beliau memberitahu Malaysiakini terdapat setengah setiausaha politik dan setiausaha akhbar hidup melebihi kemampuan.
“Mana mereka dapat pendapatan untuk hidup mewah macam itu. Apa punca pendapatan lain mereka,” katanya sambil membangkitkan soal habuan selepas menyusun pertemuan pihak tertentu dengan majikan mereka.
“Mereka ada rumah besar, yang saya rasa mereka tak mampu beli dengan gaji diterima.”
Beliau malah menamakan beberapa pihak yang disyaki.
Sumber itu juga berkata pihak itu termasuk setiausaha-setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Mereka ini menghancurkan Umno,” katanya lagi yang juga menuntut pengisytiharan terbuka aset kumpulan itu.
Sebelum ini, SPRM pernah mendakwa Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kewangan kedua Mohamed Nor Yakcop, atas tuduhan pengubahan wang haram.
Semalam, SPRM mengumumkan membekukan akaun RM4 juta seorang menteri muda Sarawak susulan siasatan kes rasuah bangunan kerajaan. -Mkini.
------------------------
Beria2 SPRM kau buat kerja. Kau tak nampak clue ke? Aku rasa tak lama lagi ada PRN kat Sarawak. Betul tak?
WAKAKAKAKAKAKA.