t>

Breaking News

Cara Menggunakan Google Alert - Gambar Anak2 Comel Menjadi Mangsa Pedophilia - Ibu Bapa Patut Peka Dengan Penyebaran Gambar Anak2 Sendiri.


Beberapa tahun yang lepas sudah ada nasihat umum kepada semua ibu bapa dan keluarga agar tidak memaparkan gambar anak2 mereka di dalam laman sosial. 

Terutamanya jika ;

1. Anak2 anda perempuan.

2. Jika anak2 anda terlalu comel

3. Tidak berpakaian sempurna

4. Dalam keadaan dia sedang mandi/basah

5. Berpakaian seksi 

Bagi seorang pedophilia, gambar2 budak dalam keadaan di atas berupaya meransangkan nafsu dia secara tertentu. Sebab itulah kaum 'pedophilia' ini dianggap sebagai mereka yang 'sakit mental' dan perlukan rawatan khusus. Tetapi zaman sekarang samada anak2 perempuan ataupun anak2 lelaki, mereka juga tidak akan terlepas dari nafsu buas pedophilia.

Melalui gambar, mereka boleh membayangkan apa yang mereka mahu buat terhadap kanak2 tersebut.

Selepas itu, apabila bayangan sudah tidak boleh lagi memenuhi nafsu mereka, mereka akan mencari kanak-kanak tersebut bagi merealisasikan apa yang mereka impikan bersama kanak-kanak tersebut. Atau sekurang2nya kanak2 yang menyerupai kanak2 yang mereka imaginasikan dari awal.

Nampak tak, bahaya apa yang ibu bapa tertentu sedang mencipta untuk anak2 mereka?

Jika anak2 celebrity, yang kaya raya, yang anak2 ditemani bodyguard sepanjang masa atau dihantar ke sekolah mahal-mahal yang securitynya tahap top, takpe juga mereka kurang berwaspada dengan edaran gambar anak2 sendiri.

Tapi kalau orang biasa yang hantar anak2 ke sekolah awam yang security pun tahap cikai-cikai, boleh jamin ke keselamatan anak2 sendiri? Tak risau dia kena culik dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah? Tak risau jika anak2 diperhatikan sepanjang dia menaiki bas atau van sekolah? 

Apatah lagi. Sesetengah ibu bapa dengan slumbernya siap dedah nama sekolah anak2. Kat mana dia bersekolah, darjah berapa, kelas tambahan, nama penuh, nama kelas semua dedah kat media sosial. Seolah2 tak fikir kesan atau impak negatif yang boleh timbul akibat dari kejujuran terlampau tersebut.

Selain dari terdedah kepada ganguan pedophilia, anak2 juga boleh terdedah kepada ancaman penculik. Juga menjadi mangsa dendam. Jika, katakanlah, kita neh ada berbuat sesuatu yang seseorang yang tak suka, bayangkanlah, jika dia melepaskan dendam kesumat tersebut kepada anak2 kita, macam mana?

Ada beberapa cara yang ibu bapa boleh buat (masih belum terlewat kalau nak betulkan balik kesilapan dan kecuaian silam kita) bagi membetulkan keadaan sebenarnya ;

1. Mula2 daftar dengan Google Alert. Boleh taip nama sendiri atau nama anak atau kesemua sekali yang berkaitan dengan diri kita dan google akan alert kita setiap kali nama kita atau nama anak kita disebut di dalam website tertentu. Kita boleh cipta seberapa banyak alert yang kita mahu. Bergantung kepada kesesuaian dan keperluan diri kita. Dan google akan hantar mesej kepada kita selepas itu jika wujud sesuatu kaitan.

2. Kemudian. Ke google image. Cuba search image anak2 kita dengan memasukkan image yang kita sendiri pernah upload di laman sosial. Lihat ada tak website yang menyalahgunakan gambar anak2 kita.

3. Jika ada, screenshot laman tersebut, ambil url dan buat laporan polis. Email kepada pengendali laman (jika ada) bahawa gambar anak2 kita disalahguna dan minta dia padamkan gambar tersebut. Buat laporan SKMM selepas itu.

4. Jika tiada, maka mulai kini sila ber-ahti2 setiap kali upload gambar anak2 sendiri. Set privacy di laman sosial dan hanya orang2 tertentu yang anda percayai sahaja boleh mengakses kepada gambar2 tersebut.

5. Jangan dedahkan butiran tentang anak secara terbuka di laman sosial. Jangan letak hashtag. Jangan letak gambar anak2 di laman terbuka atau sebar di blog2 tertentu tanpa kawalan. Mesti ada watermark, lebih baik besar2 biar susah remove.

Selain gambar anak2, gambar2 perempuan samada bertudung atau tidak bertudung juga sering disalahguna dan dijadikan objek seks bagi pihak tertentu. Berbeza dengan kanak2 tersebut, perempuan2 ini sebenarnya sudah cukup dewasa dan matang dalam memilih gambar2 apa yang sepatutnya diupload dan gambar2 apa yang sepatutnya tidak diupload di media sosial memandangkan mereka sudah ada akal dan fikiran untuk menentukan setiap keputusan2 mereka.

Kanak2 ini pula mereka tidak tahu lagi menggunakan media sosial dan selalunya ibu bapa dan orang2 yang lebih dewasa la yang menyebarkan gambar2 kecomelan mereka di laman sosial. Jadi, kepada kanak2 ini tanpa mereka sedari, ibu bapa mereka la yang membuka ruang bahaya kepada mereka. Manakala wanita2 tersebut, sendiri cari nahas.

Pun begitu, wanita2 tersebut juga boleh menggunakan cara di atas bagi mengesan pihak2 yang menyalahgunakan gambar2 mereka di laman sosial seterusnya membendung ia dari terus berlaku. Untuk masa2 mendatang, kurangkan upload gambar2 selfie sendiri atas tujuan menerima pujian.

Hehe.

Kbai.