Pengkritik2 Farah Ann Patut Baca Penulisan Ini.
BUKAN FARAH ANN, TAPI KHAIRY
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Farah Ann jawab "Empty cans make the most noise". Lebih baiknya jika dia diam sahaja. Tetapi jawapan tersebut menunjukkan dia ni angkuh dan bangga dengan apa yang dia buat. Tak hairan dia berkata begitu kerana dia juga ada ramai supporters yang terus memberi sokongan moral kepadanya.
2) Khairy suruh biar Tuhan yang hukum. Ya, Tuhan bukan hukum dia sorang. Tuhan akan hukum kamu sekali, kerana kamu menterinya - Membiarkan wanita muslim separuh bogel dalam acara sukan.
3) Marima Mahathir cabar haters "Jadi…Orang-orang yang menghabiskan masa melihat bahagian sulit atlet, apa yang mereka lakukan bagi kegemilangan negara?". Prinsip beliau mungkin "biarlah bogel, asalkan negara gemilang".
4) Ada pengkomen yang kondem pengkritik Farah Ann, "Banyak sangat Talibah melayu kat Malaysia". Ada pula yang suruh "Arab wannabe boleh keluar dari Malaysia. Malaysia for Malaysian, not for Arab wannabe". Hakikatnya, fikrah sebegini sedang berkembang pesat dalam negara kita, hatta generasi muda Melayu Muslim sekalipun.
5) Manakala on the other side, para pengkritik juga ada problem dalaman. Kamu cerca orang, tidak akan membuatkan kamu masuk syurga. Ada beza antara tegur dan caci maki. Tak perlu mengaibkan orang yang sudah tiada malu. Cara menegur mestilah lebih baik dan berstrategi.
6) Kewujudan kumpulan yang berfikrah seperti yang disebut dalam point (4) di atas adalah disebabkan cara kamu mengkritik yang tidak membina atau menginsafkan. Ia akan hanya membina semangat mereka untuk melawan balik. Diorang akan tanya "Orang tengok aksi gimnastik, kamu pula asyik tengok bahagian tuuutt ke?"
7) Bagi saya, bukan Farah Ann sasaran kemarahan anda. Anda perlu pujuk dia dengan kasih sayang dan berlemah lembut. The one you should blame and attack with your keyboards, is... Khairy Jamaluddin... bwahahaha.
8 ) Jangan juga guna hujah "Wanita paling ramai masok neraka" untuk menghentam Farah Ann disebabkan dia mendedahkan aurat secara separa bogel itu. Belum tentu Farah Ann masuk neraka. Jika dia bertaubat, bimbang kita pula jeng kreng tak minta maaf atas cacian kita ke atasnya. Ingat, ada beza antara tegur dan caci, sekalipun kita anggap cacian kita itu adalah teguran.
9) "Wanita paling ramai masuk neraka" bukan atas alasan tidak menutup aurat. Hadis nabi kebanyakannya menyebut, asbab ramai masuk neraka kerana tidak taat kepada suami dan menafikan kebaikan-kebaikan suami secara total. Adapun jika tidak menutup aurat, lelaki pon boleh masuk neraka.
10) Walaupun tin kosong bunyinya kuat, jika dibaling kena kepala anda, tetap sakit. Kepada Farah Ann, anda tidak perlu takut untuk menutup aurat. Belajarlah daripada kesilapan.
Sekian
p/s:
Kenapa ramai wanita masuk neraka? Kenapa bukan lelaki?
Sebab wanita derhaka kepada suami dan menafikan kebaikan suami. (mafhum hadis)
Sebab wanita derhaka kepada suami dan menafikan kebaikan suami. (mafhum hadis)
Tiada istilah suami derhaka kepada isteri. So, this part - wanita ada tendency lebih untuk berbuat dosa.
Sedangkan dosa tidak menutup aurat, bukan saja wanita, lelaki pun berdosa.
Dosa derhaka ibu bapa, lelaki dan wanita boleh terjebak.
Dosa rasuah, lelaki dan wanita boleh terjebak.
Dosa Zina, lelaki dan wanita boleh terjebak.
Dosa derhaka ibu bapa, lelaki dan wanita boleh terjebak.
Dosa rasuah, lelaki dan wanita boleh terjebak.
Dosa Zina, lelaki dan wanita boleh terjebak.
hanya dosa derhaka suami, wanita yang tanggung.
tiada istilah suami derhaka isteri.
Jika suami perdajal isteri, ia adalah dosa suami itu kepada Allah, kerana khianat amanah.
tiada istilah suami derhaka isteri.
Jika suami perdajal isteri, ia adalah dosa suami itu kepada Allah, kerana khianat amanah.
Wallahu a'lam.