t>

Breaking News

Saya Tak Sokong Perkahwinan Gay (Sama Jantina) Di Malaysia Dan Saya OK.

Baru2 neh mahkamah USA memutuskan bahawa perkahwinan sejenis adalah sah menurut undang2 mereka. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki. Perempuan boleh berkahwin dengan perempuan. Dan ianya diiktiraf menerusi ruang undang2 sedia ada.

Maka, ramai la yang bersorak.

Samada menyokong atau membantah.

Tetapi menerusi pembacaan aku suatu ketika dahulu, sokongan ke atas LGBT di USA sebenarnya menunjukkan trend peningkatan dan lonjakan. Even dalam satu tinjauan yang diadakan bagi mengumpul sentimen awam, didapati ramai dari mereka mengundi untuk bersetuju bahawa pasangan sejenis diberikan hak untuk berkahwin seperti pasangan yang berbeza jantina.

Perjuangan LGBT di USA bukan bermula setahun dua bahkan lebih lama usianya dari usia kemerdekaan negara kita sendiri. Selepas dengan semua strategi dilancarkan, dihasilkan, difikirkan dan dilakukan secara teliti dan berterusan, akhirnya perjuangan mereka diiktirafkan menerusi undang2 di USA.

Bermula dengan NGO, mereka membentuk kumpulan dan sokongan.
Mendidik masyarakat bahawa kewujudan mereka ini ialah semulajadi dan tidak mengacau nilai-nilai kemanusiaan. Sebaliknya menghalang kecenderungan seksualiti mereka ini la yang sedang menggangu privacy dan corak hidup manusia lain. Manusia yang tidak menyokong LGBT inila yang sedang menganggu hak asasi manusia LGBT.

Kemudiannya, mereka merancang taktikal. Bagaimana kita boleh ubah persepsi masyarakat terhadap diri kita. Bagaimana masyarakat boleh dilatih untuk menerima secara positif kecenderungan seksualiti kita. Mereka perlu berjaya dalam bidang akademik. Perlu menjadi sesuatu di dalam masyarakat. Dan dengan peranan tersebut, mereka boleh mengubah kepercayaan masyarakat menggunakan strategi tertentu. Jika mereka penggiat seni, maka seni2 mengenai positifnya kewujudan LGBT akan dihasilkan. Jika mereka penulis novel, maka novel2 yang pro LGBT akan diterbitkan. Jika mereka pengamal undang2 maka forum2 untuk memberikan pencerahan dan pendapat positif mengenai LGBT akan dipergiatkan bagi memberikan kefahaman umum kepada masyarakat terbanyak.


Apabila perkara ini dilakukan secara berkala dan berterusan, doktrinisasi tersebut akan diserap ke dalam pemikiran kita, dan secara tidak langsung kita sendiri akhirnya akan bersikap lembut dalam menanggani kewujudan mereka.

i) Tidak menyokong keganasan tetapi tidak akan berlembut dengan LGBT.

Ini pendirian aku. 

Aku akan marah jika ada sesiapa di luar sana bertindak memukul, mencederakan, membunuh seseorang jika kerana seseorang itu gay, maknyah atau lesbian. Aku juga akan marah jika ada sesiapa di luar sana menghukum golongan2 ini sebagai penyebab bala, pencetus kepada bencana ataupun menjadi punca kepada sesuatu musibah. Aku juga sama sekali tidak akan bersetuju jika golongan ini dihukum secara membuta tuli seperti mereka dianggap murtad (bagi gay muslim) atau dihukum masuk neraka. Pendapat aku sama saja seperti sebelum ini. Baik ke atas muslim mahupun ke atas non muslim. Selagi kita belum mati, maka kita tidak akan tahu apa pengakhiran kita dan apa pengakhiran orang lain. Maka jika kita mahu menasihati sekalipun, haruslah kita menggunakan pendekatan yang tidak menghukum golongan ini seolah2 kita sudah tahu apa pengakhiran kehidupan dia sedang diri kita sendiri pun masih sedang sibuk berjuang tentang pengakhiran hidup kita.

Sikap talibanisasi, ektremis, menghukum dalam melontarkan pandangan bagi menghadapi kemaraan mereka ibarat api melawan api yang mana kita hanya berperanan membesarkan lagi api yang sedang marak, bukan meredakan jauh sekali membantu menenangkan keadaan.

Sepertimana golongan LGBT cuba mendekati masyarakat menerusi jalan berhemah, seperti itulah kita kena tiru mereka dan counter cara mereka dengan pendekatan yang berhemah juga.

Jika mereka ada buku pro LGBT, novel, seni dan sebagainya, kita juga boleh hasilkan buku/novel/bacaan kenapa LGBT ini harus dihalang dari terus berleluasa.

Jika mereka buat filem, drama yang condong ke arah LGBT, kita juga boleh hasilkan product yang sama dan menerangkan kenapa LGBT ini harus diperangi. 

Jika mereka gunakan forum dan undang2 bagi memperkasakan kewujudan mereka, kita juga boleh menggunakan langkah yang serupa bagi memastikan undang2 kita tidak membenarkan golongan ini menang atas nama kecenderungan seksualiti.

Aku tidak akan berlembut dengan kewujudan LGBT.

ii) LGBT marahkan aku tetapi mereka perlu raikan hak aku untuk tidak menyokong perjuangan mereka.

Baru2 neh aku membaca banyak komen2 dari pro LGBT kat pelbagai page. Selepas golongan LGBT disahkan mempunyai hak untuk berkahwin di USA, maka mereka masing2 mula tukar DP. Bagi meraikan kemenangan tersebut. Banyak juga media yang update perkembangan terkini tersebut. 

Aku tak ingat samada di 9GAG ke, NST, Berita Harian atau METRO yang aku komen dan budak LGBT neh cakap kat aku 'bullshit deserve no respect'

Guna hp susah la nak retrieve balik notification. Sebab aku banyak gile langgan update dan admin banyak pages. Bila check guna laptop, semua notification lama pun secara automatik diperbaharui dengan notification baru. Jadi nak check satu persatu posting kat page2 tersebut memang tak la. Abaikanla. Jika ada yang LIKE atau reply komen baru la aku akan berjaya ke lokasi itu semula. 

Dan di page2 itu juga termasukla page Obama dan lain2 (yang aku tak ingat sangat), bila aku membaca komen2 pro LGBT, ada yang marah dan annoying dengan komen2 dari golongan straight walaupun sesetengah dorang komen yang murni2 je macam aku. 

Macam aku sendiri, aku cuma sebut, golongan gay tidak menghasilkan zuriat. Atau. You can't produce any kids. It cannot be happened. Itu yang dapat komen reply 'bullshit deserve no respect' dari puak2 LGBT tue. Ada di antara mereka sebut, ini melanggar arahan tuhan. Atau. You against the god's will. Takde maki hamun atau apa. Yang maki tue maki la. Tapi seriyus, aku tak jumpa part maki2 tue majoriti.

Yang majoriti kat pelbagai page versi English atau Melayu, dalam atau luar negara ;

- Langgar hukum alam
- Mengubah ketetapan sedia ada

Takde la sensitif pada penglihatan aku tetapi aku syak golongan LGBT neh memang sensitif mereka terlebih2. Nak dijadikan cerita, selepas beberapa jam aku membaca komen yang aku dibullshitkan, berkesempatan update fb, aku pun update satu status di fb aku.


Golongan gay menyumpah aku sebab aku kata mereka tak akan hasilkan zuriat. Dan aku kata la yang menyumpah golongan straight itu bodoh. Macam mana pula tak bodohnya? Orang bagitau perkahwinan kau takan mendatangkan zuriat kau nak menyumpah2 orang dah kenapa. Bukannya aku menghina atau mengutuk. Aku bagitau fakta je. Point aku sebut begitu sebenarnya berasas.

Korang boleh baca serba sedikit kat sini ==> http://thefederalist.com/2015/04/28/im-gay-and-i-oppose-same-sex-marriage/

Baca juga bahawa bukan semua anak2 yang dibesarkan dalam LGBT menyokong perkahwinan LGBT ==> http://cnsnews.com/news/article/lauretta-brown/adults-raised-gay-couples-speak-out-against-gay-marriage-federal-court

Pendapat aku ialah ;

1. Sebagai manusia, kita neh ada kecenderungan mahu menghasilkan zuriat. Kita neh akan tua dan dimamah usia. Alangkah bagusnya jika hidup kita ditemani anak-anak.

2. Dan aku percaya pasangan sejenis juga ada kecenderungan yang sama. Akan tiba satu saat di mana mereka mahukan anak2 bagi melengkapkan keluarga yang mereka bina. Samada mendapatkan anak dari zuriat sendiri atau mendapatkan anak angkat.

3. Jika mereka mendapatkan anak angkat, itu bukan isu. Jika mereka menghasilkan zuriat sendiri, itupun bukan isu. Tetapi yang aku nampak contradiksnya hidup mereka dan celarunya pemikiran mereka neh ialah bila mana akhirnya mereka sedar juga peranan jantina yang berbeza bagi penghasilan zuriat which is membuktikan bahawa kewujudan mereka tidak la normal sepertimana yang mereka canang2kan selama neh.

Kita cinta kepada pasangan sejenis kita.
Tetapi demi mendapatkan anak, kita langgar 'fitrah' LGBT kita ke macam mana?
Ibu tumpang, anak angkat atau apa, LGBT akhirnya mengiktirafkan tanpa kata2 bahawa pasangan lelaki dan wanita itula baru layak dianggap tulen.

Sungguh pun ada haiwan yang dilabel homoseks, tetapi dah memang fitrahnya begitu. Mereka membiak. Ini baru kita sebut, natural.

Kalau pasangan sejenis ini kewujudannya natural, kenapa mereka tak boleh membiak sendiri?

Kenapa mereka perlu juga peranan dari jantina yang mereka tidak cintai (kecenderungan seksualiti) untuk melengkapkan keluarga harapan mereka? Itu je dah membayangkan mereka tak natural. Macam robot. Tak boleh beranak. Nampak tak contradiksnya diri mereka disitu yang membuatkan kenapa aku sebut point bahawa pasangan gay ini tidak boleh menghasilkan zuriat. Ada makna dalam makna, dan mereka gagal tangkap point aku tetapi nak melambung marah cakap aku bullshit. 

Seterusnya, datang la kawan2 mereka. Serang aku. Di wall aku. Ingin aku tegaskan, bersikap adil la LGBT. Kau semua kena nampak juga kelemahan2 kewujudan diri korang. Kau semua bukan tuhan yang langsung takde kelemahan. Korang hanya petik nas2 yang memenangkan diri korang dan mengabaikan nas2 yang menunjukkan kelemahan diri korang. Membayangkan diri korang completely maksum sebenarnya saiko, tahu.

Rujukan sini.

Yang dalam kepala otak mereka fikir apa yang aku fikir ialah ;

- Gay asal kahwin mesti fikir seks (btw, ada ke orang kahwin dan taknak seks? Bila kau taknak seks atau tak fikir tentang seks itu aje dah membuktikan kau bermasalah sama seperti masalahnya diri kau bila terlalu obsesi terhadap seks).

- Gay asal kahwin mesti fikir tentang nak dapatkan zuriat. Otak aku bermasalah mereka kata. Itu ada dah membuktikan yang kau sendiri songsang. Memang la pasangan berkahwin mahu ada anak2 kerana ianya seronok untuk ada anak2. Tengok dorang dari baby sampai membesar kau tatau apa perasannya selagi mana kau tak jadi bapa atau ibu seseorang sebab itu ramai pasangan yang tak boleh mendapatkan anak akibat bermasalah sanggup amek anak angkat. Ianya terlalu seronok meskipun hanya anak angkat aje dah fullfil keseronokan yang tak terbayangkan. Pergi jadi ibu atau bapa untuk kau sendiri mengalami keseronokkan tersebut. Lebih seronok dari kau beromen 24 jam, tahu. Istilah depopulation sebenarnya tak valid bila kau dah berkahwin. Sebab akan sampai satu masa, akhirnya kau melihat kewujudan anak2 itu perlu dalam perkahwinan kau. Sampaikan LGBT sendiri sebut nak amek anak angkat la ibu tumpang la. Itu apa? Otak aku masih sakit lagi? Unless, kau benci budak2, memang la kau takan fikir untuk mendapatkan anak.

iii) Serangan di facebook, follow setiap jejak komen aku atau menggunakan peranan third party dan wassap, membuktikan golongan LGBT ini lemah dan lembik.

Kau semua perlu kasih sayang, oke pergi cari tetapi bukan dari aku yang kau semua akan terima.

Biar aku ceritakan kenapa dan jangan tunjuk perangai saiko pada aku kerana kau semua menakutkan. Aku nyaris anggap kau semua akan berkumpul dan membunuh aku suatu hari nanti, tahu. Jangan gunakan pemaksaan ke atas diri aku. 

Jangan gunakan kawan aku, wassap dan sebagainya untuk menyerang aku secara peribadi kalau diri kau cuma menilai hidup aku berdasarkan satu status fb. Kau tidak tahu pun babak-babak dalam hidup aku untuk menuduh aku dengan pelbagai tuduhan yang berbaur emosi. Sangat annoying kau tahu.

Aku takde keperluan untuk mengenali golongan LGBT yang menyerang aku secara berangkaian neh tetapi aku tak faham kenapa aku kena hidup beridelogism memenuhi kehendak mereka.

Oleh kerana itu fb aku, apa pun aku nak update, kenapa itu ada kaitan dengan golongan LGBT itu semua? Apa yang aku fikir tentang korang tak penting. Apa yang korang fikir tentang aku pun tak penting. Tetapi ini adalah ganguan terhadap diri aku, bila korang semua menyerang aku di merata tempat. Bukannya aku pergi kat wall fb korang dan menyerang diri korang. Aku kena serang sampai dalam mesej. Saiko betul. Ada no2 pelik yang call aku, dan aku terfikir2 aku patut jawab atau tidak. Ada orang2 berDP rainbow add aku, dan aku terfikir2 aku patut approve atau tidak. Serangan LGBT ke atas aku neh sama macam ketika aku diserang oleh puak2 taksub dalam PR dan BN. Mereka tatau pun apa itu maksud pendapat. Yang mereka tahu, aku nak serang budak neh kaw2 sebab beri pendapat.

Seseorang LGBT mengutuk agamawan, adakah LGBT itu sudah mengenali dan hidup dalam kelompok agamawan tersebut sampaikan aku ditanya apa hak aku untuk mengulas tentang LGBT.

Hello. Jika aku perlu minta hak tersebut, nyatakan kepada siapa keizinan yang aku kena raih.

Aku tatau pula kena minta izin sesiapa sebelum mengulas isu LGBT.

Pertama. Puak2 LGBT yang sedang menyerang aku neh sebenarnya sedang memaksa aku. Mereka mahu aku berhenti mengkritik LGBT dan mula bertukar kepada menghormati perjuangan mereka which is aku takde hak untuk katakan TIDAK.

Kedua. Seluruh hidup aku dinilai berdasarkan satu status sampai aku kena kejar even dalam wassap. Wahlawei. Aku cuba lari dari tuhan2 berwajah manusia yang menghukum aku berdasarkan apa yang aku fikir tentang politik, monarki, agama dan racism tetapi kini aku diburu oleh tuhan2 manusia bergolongan gay pula. Dalam dunia neh ada macam2 versi tuhan dan mereka semuanya saiko bila buru kau, tahu.

Ketiga. Freedom of speech dan freedom of choice telah dinafikan ke atas diri aku. Apa yang aku boleh update dan tak patut update, perkataan apa yang aku boleh guna dan tak patut guna semuanya telah ditentukan oleh sekumpulan tuhan berwajah manusia bergolongan gay ini. 

Keempat. Dan mereka2 itu juga telah sewenang2nya menuduh aku menolak golongan gay atas alasan aku dihasut agama atau dipengaruhi Allah. Ini satu lagi benda lawak sampai tergolek2 aku ketawa.

Maaf cakap.

Aku rasa malu dengan diri aku kalau korang kaitkan aku dengan agama.

Jangan2, golongan gay yang tuduh2 aku menggunakan agama itu lebih baik menuruti amalan agama berbanding diri aku sendiri. So, takpayah la malukan diri aku dengan mengaitkan apa yang aku percaya tentang hubungan sejenis neh ada kaitan dengan ajaran agama. Tak kena dengan sikap aku. Aku bukan pengikut agama yang baik. 

Doktrinisasi golongan gay neh bukan setakat jumud bahkan dah masuk ke peringkat taksub dan talibanisasi.

Sesiapa yang berbeza dengan mereka kena cantas laju2.

Aku nak bagitau golongan gay neh bahawa mereka sakit. Apa yang mereka buat ialah masuk ke dalam dunia sains dan mula mengubah beberapa perkara mengenai kewujudan mereka dan jadikan perkara tersebut sebagai fakta dalam bentuk journal, kajian, perbincangan dan pandangan umum dan akhirnya menjadikan hujah berkenaan sebagai lambang kekuatan kenapa kewujudan golongan gay ini perlu diraikan.

Konsep dia macam neh la. Mereka buat kajian tertentu dan labelkan kajian mereka sebagai fakta. Tetapi siapa yang boleh sahkan apa yang mereka fikir tentang LGBT itu fakta (yang menyokong)? Ahli2 sains (straight) itu sendiri la yang kena kaji dan terbalikkan penipuan golongan tersebut bagi menafikan perkara yang dilabel sebagai fakta itu. Orang2 macam kita kalau nafi pun depa kata kita bullshit. Tak pun asshole. Taknak kena maki tapi diri sendiri maki orang. Kecelaruan identiti betul.

Aku bukan muslim yang baik. Aku mengaku. Aku cakap terus terang. Aku rasa neraka sedekat satu inci je dengan aku neh. Tetapi aku pelik dengan golongan gay muslim neh. Mereka membayangkan diri mereka baik la, suci la, sopan la, bertamadun la, berpuasa la, bersolat la, tak buat hubungan terlarang la dan blablablaba tapi dalam masa yang sama memperjuangkan hak untuk LGBT dan bercanggahan dengan konsep yang diajarkan oleh Alquran.

Apa neh?

Korang contradisk dengan apa yang korang lafazkan atau cuba bayangkan kepada masyarakat.

Aku memang bukan muslim yang baik dan aku mengaku. Tak payah tunggu orang laju2 pinpoint aku sebaliknya aku sendiri mengaku terus terang.

Tapi korang tak rasa ke korang hipokrit apa semua?

Meminta orang lain meraikan kepelbagaian pendapat dengan cara tak meraikan kepelbagaian pendapat orang lain. Itulah diri kau semua. LGBT yang taksub. Punyala dorang taksub, habis semua yang kritik LGBT dilabel sebagai homophobic. 

Tiba2 kita yang tak pro kepada LGBT diletakkan ke kandang pesalah dan pelbagai tuduhan dan label dicampakkan ke atas diri kita hanya kerana kita tak sekufu dengan apa yang LGBT kehendaki.

Mereka membayangkan orang2 macam aku penghukum sedangkan dalam masa yang sama mereka menghukum aku. Ini memang taktik saiko mereka yang aku perhatikan.

Aku tak entitle untuk menyokong perjuangan korang dan aku takan menyokong perjuangan korang. Jika aku sokong itu bermaksud aku menyokong korang rosak dan sakit bertambah sakit. Korang ialah sakit. Ini penglihatan aku pada kau semua. Aku tatau. Lelaki cium lelaki. Perempuan cium perempuan. Ini semua sakit dan kacau bilau. Tambah huru hara kerosakan dunia. Dunia ini ada banyak masalah dan macam2 jenis masalah dihasilkan oleh pelbagai lapisan manusia tak kira bangsa dan agama. Homoseks ini, penambah kepada masalah yang sedia ada.

Jangan menilai semua muslim yang kondem LGBT ialah mereka2 yang tak pernah peduli tentang masalah masyarakat tertindas. Jumud gila dan close minded pemikiran kau semua sedangkan ini yang memang terbukti, bukan golongan2 LGBT yang kena tangkap dengan polis laju2 setiap kali rakyat berdemo melawan kerajaan. Ini terbukti, at least di Malaysia tahu.

Jangan A yang buat masalah, B yang kau campakkan tuduhan.
Jangan C yang meroyan, D yang kau kutuk.
Kena ada perincian.
Sapa yang buat, sapa pula yang kau marah.

Apa yang aku nampak perjuangan LGBT hanya berkisar tentang seks sahaja. Orentasi seks. Mereka mahu cara mereka melakukan seks dihalalkan samada melalui jalan perkahwinan ataupun tidak. Hak asasi mereka kata.

Perjuangan seks ini yang aku disuruh sokong. 

9 kali hidup dan mati pun aku takan sokong. Minta maaf. Ada banyak manusia di dunia ini. Cari la yang lain kawan. Tapi bukan aku orangnya.

LGBT semuanya sakit dan memerlukan kaedah rawatan tertentu untuk mengubati diri mereka yang kesakitan batin.

LGBT tidak natural dan LGBT ialah nafsu ciptaan manusia.
Ini ialah pandangan aku dan aku takan sokong perkahwinan sejenis samada versi gay atau versi lesbian sama sekali. Perkahwinan hanya wujud antara lelaki dan wanita. Dan aku akan menentang sekeras-kerasnya amalan itu di Malaysia samada melibatkan gay muslim atau non muslim kerana golongan LGBT ini merosakkan fitrah samada mereka beragama mahupun tidak. 

Aku tak percaya golongan LGBT ini akan bertahan lama dan mereka akan menghapuskan golongan straight, aku tak pandang mereka sebegitu power pun. Tetapi dengan memberikan mereka kelonggaran demi kelonggaran, aku sebenarnya tak mengasihani diri mereka. Aku hanya berperanan merosakkan hidup mereka which is jahat2 aku pun takde la sampai nak membantu rosakkan hidup orang. Aku percaya, dengan rawatan yang betul mereka akan kembali pulih. Golongan straight hanya perlu rangka strategi dan taktikal tertentu (yang pasti bukan guna cara menghukum) agar kita boleh memulihkan LGBT2 di Malaysia yang berpenyakit neh. Jika mereka berjaya disembuhkan, model rawatan yang sama boleh diperluaskan ke negara lain. Which is ini sekadar saranan awal sebab aku tahu pendapat aku neh takan terlaksana dalam masa terdekat.

Tetapi cukup aku katakan dalam diri aku, takde tempat untuk menyokong perjuangan LGBT dan aku oke dengan apa yang aku fikir. Kalau LGBT rasa tak oke aku tak boleh buat apa. Tetapi jangan sesekali ceroboh hidup aku untuk doktrinisasikan dan cuci minda aku (pemaksaan) seperti BTN bagi menyokong perjuangan korang. Please la. Aku tak berperanan apa2 pun di negara ini korang kisah sangat aku sokong LGBT ke tak. Kelakar aku rasa lagi ada.

Kbai.