t>

Breaking News

Amuk Lowyat - Polis Dedah Pengamuk Ditipu Peniaga, Bukan Kerana Mencuri Telefon!

Semalam viral 3 video yang memaparkan beberapa aksi amukan dari sekumpulan lelaki melayu di Plaza Lowyat. Kejadian amukan tersebut menyebabkan Plaza Lowyat secara tiba-tiba menjadi tumpuan pengunjung berdekatan sehingga menyebabkan kesesakan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam sekitar 7.50 malam dan berpunca apabila salah seorang rakan kepada tukang amuk dihalau keluar oleh pengawal keselamatan atas alasan melakukan kecurian. Lelaki terbabit, dakwa Harian Metro turut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Susulan dari tindakan tersebut, beberapa lelaki telah mendatangi kedai telekomunikasi yang mendakwa kecurian tersebut dan bermula la sesi pergaduhan. Seorang pekerja di kedai berkenaan dilaporkan turut tercedera dalam kejadian amuk tersebut. Polis juga menahan 7 lelaki yang terlibat dalam kejadian terbabit. Kerugian dianggarkan 70,000. 

Pada awalnya, netizens turut mengutuk insiden amuk tersebut. Tetapi lebih ramai yang selesa mendengar pandangan dari kedua belah pihak sebelum melakukan tuduhan.

Dan pada hari ini, dalam satu sidang media polis mendedahkan bahawa siasatan mendapati bahawa sekumpulan pengamuk tersebut mendakwa telah ditipu oleh peniaga di lokasi berkenaan. Kejadian itula yang mendorong mereka melakukan amukan disebabkan berang selain dituduh melakukan kecurian. Motif adalah kerana tidak berpuas ahti. Polis akan terus menjalankan siasatan terperinci dan menyerahkan kes kepada KPDNKK untuk tindakan bersama.

Tak sure la samada peniaga menipu atau pelanggan yang mencuri tetapi kalau betul la si pelanggan mencuri takan la dia nak menambahkan masalah dengan mengamuk pula kat situ apabila libatkan kawan2 dia? Menerusi ruangan komen, ada juga staff Lowyat bagitau bahawa OPPO bukan la kedai yang menipu kumpulan pengamuk tue sebaliknya OPPO jadi sasaran sebab pekerja kat situ yang tangkap kawan si pengamuk sampai masuk balai kononnya kerana mencuri. Entah betul ke tak. Kita tunggu je la siasatan lengkap macam mana.

Bercakap tentang Plaza Lowyat. Aku percaya bukan lelaki berusia 22 tahun yang mengamuk tue je ada pengalaman negatif kat situ. Rata2 dari kita pun ada sebenarnya. Dari sisi positif, aku fikir ini pengajaran yang berguna kepada KPDNKK, PDRM dan penguatkuasa yang selalunya berpihak dalam melakukan pemantauan dan pemeriksaan. Jangan sampai orang tertindas bertindak sendiri. Masa tue jangan nak salahkan mereka secara membuta tuli.

Plaza Low Yat pun patut pakat2 la berhenti menipu pengguna. Sudah la menipu lepas tue melakukan diskriminasi kaum. Peniaga2 melayu yang ada pengalaman meniaga kat situ pun boleh kongsikan cerita mereka. Bukan kecik2 anak punya diskriminasi kot.

Tapi aku kurang yakin bahawa insiden berkenaan akan meruntuhkan tembok penipuan Plaza Lowyat. Cukupla kita bina mesej kesedaran, biar Lowyat hancur sendiri bersama ego peniaga2 mereka. Yang tertentu je la. Bukan semua yang meniaga kat situ menipu.

Lihat video dan gambar ;








Kamera 2: Kes pergaduhan di Lowyat. Lokasi pintu gerbang lowyat dengan tajaan Samsung.
Posted by Siakap Keli on Saturday, July 11, 2015