t>

Breaking News

Amaran Kepada Peserta #BERSIH4 - Jangan Minum Air Atau Makanan YG Ditinggalkan - 13 Keracunan.

Beberapa peserta yang hadir ke himpunan Bersih 4 semalam terminum air minuman kotak disyaki dicemari pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengalami keracunan.
racun kotakMereka mengalami muntah-muntah dan sakit perut selepas minum air kotak percuma yang diletakkan di bahu jalan.
Seorang warga emas yang hanya mahu dikenali Madam Low berkata, mereka merasa ada sesuatu yang tidak kena apabila minum air tersebut, dan sejurus selepas itu berpatah balik bagi menghalang orang ramai mengambil air berkenaan.
“Lepas kita minum air tersebut tiba-tiba tekak rasa tidak selesa dan rasa mual, ada yang terus muntah.
“Bila kita perasan ada yang tidak kena, kita patah balik dan halang orang ramai dari ambil dan minum air tersebut.
“Paling sedih bila ada satu keluarga Melayu, mereka bawa anak-anak kecil dan kesemua (air kotak) mereka ambil, saya tak tahu apa jadi pada mereka,” Jelasnya yang datang dari Klang.
kotakTinjauan Keadilan Dialy mendapati beberapa individu diberikan rawatan oleh petugas kesihatan sementara kotak berisi minuman itu dialihkan sukarelawan.
“Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab, kita berhimpun secara aman dan berjuang untuk semua rakyat Malaysia, kenapa ada pihak lakukan ini pada kami?,” soal Pink Lim, 36.
Rakannya, Shirly Ng yang juga dari Selangor menerima rawatan dari petugas kesihatan dan berada dalam keadaan lemah.
Beberapa sukarelawan menunjukkan lubang kecil di atas kotak tersebut dan mendakwa minuman tersebut disuntik dengan bahan tertentu dan sengaja dibiarkan tanpa dijaga mana-mana individu seperti kebiasaannya.
Mereka turut meminta peserta himpunan tidak mengambil sebarang makanan atau minuman yang dibiarkan tanpa dikawal.
kotak airSementara itu, pemimpin pasukan perubatan BERSIH, Geng Ta mengesahkan, pasukannya menerima 13 kes keracunan makanan setakat ini.
Seramai 13  peserta mengadu mengenai sakit perut dan cirit birit dan seterusnya, enam orang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, katanya.
“Pasukan perubatan kami akan mengendalikan kes ini sebagai keracunan makanan,” katanya yang menambah, keadaan para peserta itu kini stabil dan tidak dianggap serius.
Katanya, ada pihak mengesyaki minuman yang diletakkan di tepi jalan itu dicemari pihak tertentu.
“Kami menghantar segala laporan ini kepada polis kerana kes ini septutnya disiasat polis,” kata Geng Ta kepada Malaysiakini. -SK