t>

Breaking News

VIRAL - Video Pelajar Tingkatan 3 Dipaksa Mencium Kaki Jika Mahu Dimaafkan.


Kalau taknak maaf pun takpe. Tak perlu la paksa dia cium kaki. Yang lebih teruk perbuatan itu disuruh oleh seorang insan yang bernama ibu. Teringin nak tengok muka sang ibu tu. Perangai jahanam. Anak pun ikut sama jahanam.

Video yang dimaksudkan ;


Pelajar tingkatan 3 dipaksa cium kaki
Inila manusia takdak tamadun. Ada ka seorang ibu menyuruh seorang pelajar cium kaki anaknya jika ingin dimaafkan?Pelajar tersebut berada di tingkatan 3. Dah berhenti sekolah sebab tindakan seorang ibu yang memaksa dia mencium kaki anaknya.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Thursday, September 17, 2015

Setelah video dia dipukul dan dipaksa mencium kaki tersebar di media sosial pada minggu lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga nekad untuk berhenti sekolah kerana malu dengan kejadian itu.

Pelajar terbabit yang hanya mahu dirinya dikenali sebagai Mia itu berkata kejadian yang berlaku di sekitar Seberang Takir itu menyebabkan maruah
nya dan keluarga tercalar.

Menceritakan kejadian, Mia berkata kedua-dua video mengambil tempat pada hari yang berbeza.

"Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu (pelajar yang memaksa cium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan terhadap dia. Tetapi saya telah minta maaf.

"Pada kejadian pertama (8 September) dia minta saya bertemunya kerana ingin selesaikan perkara ini dan saya pergi jumpa dia agar perkara ini selesai. Namun saya tidak menyangka sama sekali dia kemudiannya bertindak memukul dan cuba tanggalkan pakaian saya," kata Mia yang juga anak bongsu dari lima beradik yang baru sahaja kehilangan bapanya pada Ogos lepas.

Mia yang masih trauma dengan kejadian berkata sehari selepas k
ejadian, pelajar tersebut sekali lagi datang untuk bertemu dengannya namun Mia cuba mengelak.

Namun, setelah Mia didesak untuk bertemu di restoran milik keluarga pelajar tersebut yang terletak di Pantai Teluk Ketapang dengan alasan menyesal dengan apa yang berlaku pada 8 September, Mia akur.

"Tanpa berfikir panjang saya pergi berseorangan ke restoran milik keluarganya itu. Ketika itu, saya dapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.

"Awalnya pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibu kepada pelajar tersebut memaksa saya mencium kaki anaknya sekiranya ingin memohon maaf," katanya.

Mia berkata dia betul-betul tidak menyangka mereka tergamak melakukan perbuatan itu dan Mia pada ketika itu tidak mempunyai pilihan lain kerana dia telah dikepung oleh rakan-rakan pelajar perempuan itu.

Selepas dipaksa mencium kaki, Mia terus pulang ke rumah dan keesokan harinya baru dia tahun video kedua-dua kejadian telah tersebar di media sosial.

Berikutan kejadian, dia dan keluarga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.-SK