t>

Breaking News

Berita Gembira Buat Anak Zahid Hamidi - Kabinet Putuskan VAPE Tidak Akan Diharamkan.


Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negara ini lapor Berita Harian.

Perkara itu disahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi entri Facebook beliau hari ini. 

"Berita baik untuk pengguna vape, pembuat vape dan peniaga vape.. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape. "Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam memaklumkan bahawa kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya. Bagaimanapun, nada berbeza disuarakan timbalannya, 

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, semalam yang memberitahu belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik. Justeru itu katanya, penjualan dan penggunaannya tidak dihalang, berikutan setakat ini tiada undang-undang khusus mengenainya. 

Dr Hilmi juga menyatakan kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan mengenai penggunaan dan penjualan rokok elektronik itu sebelum merangka akta baharu.