t>

Breaking News

Kes Culik SG. Chua - Pemandu Teksi Ditahan Utk Membantu Siasatan Kata PDRM - Pemandu Teksi Jumpa Kanak2 Tepi Jalan.


Pelik bin ajaib.

Bukan kah pada awalnya dikatakan seorang lelaki membayar pemandu teksi berkenaan sebanyak rm16 untuk menghantar kanak2 berusia 5 tahun itu pulang?

Sekarang jalan cerita dah jadi lain. Kononnya menjumpai kanak2 tersebut di tepi jalan. Lalu menghantarnya pulang. Memang ramai yang suspect pemandu teksi berkenaan ialah antara suspect penculik namun PDRM mengatakan pemandu teksi ditahan hanyalah untuk membantu siasatan. Bukan la suspect utama dan dalang kepada penculikan masih lagi diburu.

Lapor Metro ;


"Kita percaya bahawa pemandu teksi bukan suspek utama," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, hari ini.

Menurut Willey, pemandu teksi berusia 40-an yang menghantar kanak-kanak yang diculik ke rumahnya di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang direman sehingga Jumaat ini hanya untuk membantu siasatan.

"Tiga suspek sudah ditangkap dan direman untuk soal siasat. Kita akan tahu siapa dalang penculikan ini dalam masa terdekat," katanya pada Majlis Serah Terima Kereta Peronda (MPV) Model Inspira di sini, pagi tadi.

Sebelum ini, kanak- kanak lelaki berusia lima tahun diculik dalam kejadian di Sungai Chua pada 9 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pemandu teksi yang mendapat maklumat melalui laman sosial mengenai kejadian berkenaan mengecam wajah kanak-kanak itu sebelum menjumpai mangsa ditepi jalan.

Pemandu teksi yang berusia 40-an itu kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah pada hari kejadian.