Proses Perceraian Menyusahkan Orang Miskin - Luahan Ini Viral Di Media Sosial, Mendapat Sambutan Hangat Netizens.
Bila membaca luahan yang dikongsikan ini, aku teringat penderitaan yang dialami oleh kawan aku beberapa tahun lepas. Sekarang neh dah terlepas dari 'bala' tersebut.
Beza sikit orang miskin dan orang kaya bercerai.
Dan lebih berbeza kalau ada anak dengan tiada anak.
Semakin berbeza bila si suami jenis nak bercerai cara elok dengan suami yang super kurang ajar biadap nak mampos sampai taknak langsung beri kerjasama apatah lagi memberi nafkah dan tinggalkan anak bini seperti itu aje.
Jika kau ;
- Orang miskin
- Ada anak, ramai pula tu dan masih kecil-kecil.
- Hilang nafkah dan tempat bergantung, kerja part time atau kerja bergaji rendah atau tiada pekerjaan
Menuntut cerai memang satu proses yang menyeksakan.
Nak cekau duit satu hal. Tunggu proses satu hal. Nak minta cuti dari boss satu hal kalau asyik nak berulang mahkamah dek si suami taknak beri kerjasama.. aku tak heran kenapa mahkamah syariah neh kena kutuk sejak zaman berzaman lagi.. proses perceraian ini menyusahkan kaum wanita sebenarnya..
Baca luahan ini. Yang dikongsikan oleh seorang facebooker yang menggunakan nama Puspa Melor. Setakat ini yang berkongsi dah mencecah 12,000 ++. Posting berkenaan hanya ditulis semalam tetapi jumlah perkongsian sangat tinggi. Ini menunjukkan kaum hawa sangat mengetahui betapa proses mahkamah itu memang menyulitkan pada wanita2 yang berstatus biasa apatah lagi dengan kos sara hidup yang tinggi ini. Adakah wakil2 rakyat wanita mahu peduli tentang permasalahan ini?
Cerita Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Berhantu???
1. Hari ni saya kesana menemani seorang hamba Allah untuk membuat Pengesahan Lafaz Cerai.
2. Makhamah Syariah yg tersergam indah ini hanya menambah mimpi ngeri bagi semua para isteri yg dtg dgn pelbagai tuntutan berkaitan rumahtangga..nafkah..hak penjagaan anak, tuntutan nafkah.tuntutan harta sepencarian dan sebagainya..
3. Bayangkan utk sampai kesini bas awam x ada..si isteri yang datang pulak jenis x ada duit..tidak di beri nafkah ditinggalkan buta2 oleh si suami..datang terpaksa naik teksi. Contohnya lah.. Ya lah siapa nk menghantar..adik beradik dah tentu bekerja
4. Oleh kerana dia kenalan lama, saya menolongnya secara ikhlas.. kerana sya berharap dia jga mendapat hak yg di nafikan oleh pihak suami.Masaalahnya pun dah puluhan tahun..tabik jgak saya pd dia dek kesabaran yg tinggi..mampu menyara 6 org anak .Memikul 2 tanggungjawap sebagai bapa dan ibu.alang2 mental juga di buatnya.
5. Masalah status juga perkara yang sangat penting dalam kehidupan sekarang..nak di letak sebagai ibu tunggal masih ada suami.nak bersuami mcm ibu tunggal.Segala keperluan di letak di atas bahunya..
6. Mohon lah mana-mana bantuan pun ooh..bantuan ni utk ibu tunggal je..jadi yg ibu tinggal atau ibu tunggul ni setengah2 label yang diberi org ..nak kemana hala tuju..nak tuntut cerai bukan sesuatu yang mudah..semuanya perlu duit..yang jadi ibu tunggul ni sebenarnya mereka bukan tidak mahu menuntut hak2 mereka di Mahkamah Syariah ..masalah utama wang ringgit..
7. Balik pada cerita tadi.. sampai mahkamah. Lepas ambik nombor di panggil ke kaunter 1.
8. Di beri 2 borang, 1 borang untuk dokument peribadi. 1 borang lagi cerita lafaz dari si suami
9. Puan lengkapkan borang ni dulu..tApi x boleh tulis tangan tau . Kena taip kat bilik sebelah luar sana..
10.. Kawan tadi dah merenung muka saya dengan wajah muram..Tak pe..kita isi dulu..x cukup duit ..saya ada bawa duit sikit pujuk saya . Muka dia dah keruh airmata dah mula menitik.
Kasihan betul..
11. Sampai ke jurutaip dia hulur borang ..sehelai ni rm 20.00 ya puan..tiba-tiba saya rasa nak tercekik x sempat menelan air liur.. ya rm 20..ulangnya sekali lagi.
12. Agak2 la pun tak kan naik taip mcm ni hanya name alamat..butir peribadi charge sampai rm20... kalau 2 helai dah rm40. Otak ya ligat mengira.
13. Puan tenguk sini carta ni Pihak Mahkamah dah sedia maklum..kalau x puas hati boleh complain kat dia orang..sambil menunjukkan 1 senarai harga bayaran setiap borang ada yang rm30 ada rm40 mengikut jenis tuntutan..
14. Kawan tadi dah bisik bisik..jom lah balik ..x cukup duit la...saya ada rm50 je ni..saya duduk dikerusi yang ada tarik tangan dia..tak pe..dah sampai sini kita buat je..x cukup sya bantu..alang alang dah sampai sini.
15. lsi borang no 7..rm20..save dalam memory nak tanya balik kat kaunter nanti kenapa semahal tu harga A4 paper..yang bertaip.
16. Balik kaunter 1 .. oleh kerana kawan tadi dah sendu saya bukak mulut tanya pulak pada pegawai ..jawapan yang paling mudah..standard kata org sekarang..ooh itu jurutaip persendirian x ada kaitan dengan mahkamah ni..Mak ai senangnya jawap ..yang sana kata harga tu dah dipersetujui oleh mahkamah ..mahkamah kata x ada kena mengenai pulak.. sapa nak jawap ni..?
17. Sya tanya lagi kenape borang ni x boleh tulis tangan je...ooh itu mmg law..hakim x terima..kalau tulis tangan..? Fikir dlm hati agaknya Hakim ni dah tua tua kot rabun baca kes setiap hari..
18.Selesai pegawai tdi merekodkan sesuatu..dia tunjuk arah pergi ambik tarikh bicara kat kaunter sebelah tu..nanti bayar pendaftran rm27.00.
19. Lagi sekali tangan sya direntap..eh dah dekat rm47.00 ni macam mana ..x cukup duit la ..tak pe nnti kita buat rayuan mintak kurangkan bayaran. Saya cuba memujuk untuk menenangkan dia.
Saya kat sini rekod je puan. Nak kurangkan bayaran mintak kat kaunter pembayaran nanti Pegawai tu memberitahu dengan yakin..T api hati saya memang x yakin ni takat lepas tenguk je..
19. Ke kaunter bayaran .rm27..00 puan. Tak boleh kurang ke laju kawan saya bertanya, mana boleh.. laju pegawai tu menjawap..
Nak je saya ke kaunter sebelum tadi tunjal dahi pegawai lelaki tadi kerana menipu.. kali ni tangan pulak tangan saya ditarik oleh kawan sya sebab dia boleh agak tindakan saya nak bagi sikit " kata kata manis kat staff yg kata ..nak kurang bayaran pg kaunter bayaran "mmg Pegawai penipu..X faham jgak kenape lah kena byar pendaftran pun rm27.. sangat-sangat membebankan..dia warganegara bukan pendatang asing atau pun PR, suami pun warganegara.
20. Andai kata kejadian berlaku pada orang yang betul2 susah .datang sekadar bawak duit tambang je macamana? Alamat balik jalan kaki..dah duit tinggal rm3.00 je..apa tahlagi nak menjamah nasi .air seteguk pun lepas
21. Siapa yang nak membela wanita 2 macam..ni? Mana dan apa pihak Kementeriaan Wanita buat..dengan kes kes macam ni..terlepas pandang ke ..atau di anggap hanya kes2 terpencil.. atau jadi kes isteri di tikam di rodok suami dgn senjata tajam barulah org tu org ni dtg tanya barulah Mak Menteri dtg berkunjung tanya itu ini..baru nak perhatian.Siapa yg sudi nak bagi bantuan isteri yang teraniya macam ni..nak mohon brim dah tentu lah x layak. Sebab di tuntut oleh ketua keluarga..dah tentu kalau jenis suami dah lafaz talak x mahu datang bukak file ke mahkamah..jgn haraplah duit brim sampai ketangan isteri.
21. Sewajarnya Kementerian sedia maklum berape ramai wanita di nafikan hak untuk mendapat brim tergantung kerana kes penceraian masih belum selesai..kadangkala sampai 2 ke 3 tahun..
22.Atas sebab inilah saya sampai ke mahkamah kerana mahu pembelaan yg sewajarnya pada isteri yang di nafikan haknya.
23.Teringat kata kata seorg sahabat sya jga. Mahkamah Syariah ada lah tempat paling berhantu dah seboleh bolehnya dia mengharamkan kaki ke situ lagi..sekarang baru sya faham maksudnya.
24. Di sini sya nk mohon lah mna2 pihak ada kuasa seperti persatuan ibu tunggal mana NGO.. memberi perhatian masaalah ni demi wanita2 yg masih terbelit masaalah di Mahkamah kerana kekangan wang ringgit..