t>

Breaking News

"Bumiputera Akan Mencuri Jika Tidak Dibantu" - AMK Desak Menteri Minta Maaf Atas Kenyataan Lama - AMK Lambat 2 Tahun.


AMK baru-baru neh mendesak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri untuk meminta maaf atas satu kenyataan iaitu ;

“If you don’t help... social ills will be happening. Because they will left very far behind, there will be social problems. That’s the situation, if they don’t have money, what will they do? They will start stealing.” 

Rujukan.

Untuk rekod, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Nancy pada tahun 2013. Dan selepas dua tahun, baru la AMK mendesak menteri memohon maaf.

Aku tak berapa faham sangat.

1. Kenapa selepas 2 tahun baru marah menteri akan kenyataan lampaunya?

2. AMK neh baru bangun dari tidur ke apa?

3. Tambahan pula, bukan la menteri mengatakan bahawa bumiputera semestinya mencuri. Sebaliknya berkata jika golongan bumiputera ini tidak dibantu, mereka akan terdorong untuk mencuri.

4. Tak nampak macam perkara neh salah atau perlu minta maaf.

Dan ini pula respon AMK ;

Angkatan Muda Keadilan merasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang mengatakan Bumiputera akan menjadi pencuri seandainya tidak menerima bantuan daripada kerajaan.

Kenyataan itu berunsur penghinaan dan membawa maksud bumiputera yang miskin akan menjadi pencuri. Kenyataan yang mengatakan seseorang akan menjadi pencuri seandainya tidak mendapat bantuan kewangan adalah amat menghina kerana akhlak seseorang insan adalah tidak berkaitan sama ada seseorang itu mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan.

Saya merasa amat kecewa dengan Nancy Shukri kerana memegang jawatan Menteri tetapi tidak memahami keadaan kehidupan warga miskin di dalam Malaysia. Hakikatnya, terdapat ramai warga miskin sama ada di bandar dan luar bandar yang menampung kehidupan mereka sendiri dengan bekerja keras dan mencari rezeki kehidupan dari sumber yang halal.

Ada di kalangan mereka yang bekerja lebih daripada 12 jam sehari tetapi tidak mendapat gaji minima RM1,000. Ada di antara mereka yang menampung kehidupan dengan bekerja siang malam demi menampung kehidupan harian. Ada juga anak muda lepasan graduan yang bekerja keras tetapi terpaksa membiayai hutang PTPTN, pinjaman kereta di samping menghadapi kos kehidupan yang makin meningkat. Mengapakah Nancy sanggup mengaitkan masalah kemiskinan dengan masalah jenayah?
Padahal, yang menjadi pencuri di dalam negara bukan warga miskin, tetapi terdiri juga daripada mereka yang kaya-raya, memegang jawatan tinggi dan mencuri duit rakyat.

Adakah mereka yang terlibat dengan rasuah merupakan golongan miskin yang tidak mendapat bantuan? Adakah isu yang didedahkan dalam laporan audit negara yang menglibatkan ketirisan dan pemborosan dilakukan golongan miskin yang tidak mendapat bantuan? Siapakah yang mendapat duit berbilion Ringgit di dalam akaun peribadi?

Sememangnya golongan miskin dan lapisan masyarakat kurang upaya perlu dihulurkan bantuan, tetapi bukan dengan cara penghinaan dan penaburan fakta berprejudis. Saya mendesak Nancy supaya menarik balik kenyataannya dengan segera dan meminta maaf kepada seluruh warga Malaysia atas kenyataannya yang memperlekehkan usaha penghapusan kemiskinan.
- TMI

- AMK membayangkan bahawa jenayah tiada kaitan dengan kemiskinan.

- Tak tepat juga tu.

- Bukan semua orang miskin akan mencuri tetapi memang ada yang mencuri akibat terlalu miskin. Mencuri bukan sebab tamak tetapi sebab nak teruskan hidup.

- Bagi contoh perbandingan dengan orang kaya yang mencuri. Orang kaya mencuri sebab tamak, nafsu, tak puas-puas dengan harta yang ada.

- Jenayah mencuri neh memang ada kaitan dengan kemiskinan. Sebab tu ada orang2 miskin yang mencuri sardin, tuala, coklat, gula, susu dan sebagainya. Itu sebab dia miskin. Takde duit nak beli tetapi perlu ada makanan2 tersebut untuk survive. Apabila tidak dibantu, akhirnya dia terpaksa mencuri untuk teruskan hidup.

- So yang macam neh itula yang menteri sebut. Kita kena bantu. Supaya tak mereka tak 'terdorong' untuk mencuri. Dah la undang2 negara double standard. Yang curi kecil2 beria plak ko menghukum.

- Tak faham kenapa AMK cipta kontroversi bahlol macam neh. Gamaknya dah sawan dok sedut banyak sangat asap vapers dari menteri UMNO sejak dua menjak neh kot.

Hihi.