t>

Breaking News

Kerana Mengkritik Wanita Yang Bersalin Di Hospital Kerajaan, Lelaki Ini Dikutuk Kaw2 Di FB.

Semua ini bermula dari kisah radio HotFM yang menjemput seorang doktor pakar sakit puan (lelaki) sebagai tetamu jemputan baru-baru neh. Doktor tersebut digambarkan sebagai 'kacak, menarik dan bijak' oleh radio berkenaan, sekaligus secara tiba-tibanya menjadi popular dalam sekelip mata.

Apa yang lebih 'mengharukan' apabila ada wanita-wanita yang berkomen bahawa 'sanggup mengangkang di hadapan doktor tersebut' disebabkan wajah kacak doktor itu, dimana akhirnya komen-komen dari kumpulan2 wanita seperti itu discreenshot dan menjadi bahan cacian warga maya sebagai 'seseorang yang tidak malu'.

Antara yang tampil 'membahan' komen-komen wanita2 yang digambarkan sebagai 'gila seks' di laman sosial ;



Yang ini kita faham.

Mereka dengan sengaja mahu mengangkang di hadapan doktor lelaki di saat ramai wanita-wanita yang mengandung berharap dapat dirawat oleh doktor wanita.

Walaubagaimanapun, dalam pada mengkritik wanita-wanita yang berkelakuan seperti itu, wanita yang 'TIDAK SENGAJA, TIDAK GEDIK, TIDAK MENGATAL' turut dikritik sebagai 'TIDAK BERMARUAH' kerana sanggup bersalin di hospital kerajaan dan dirawat oleh doktor lelaki.

Baca lah kritikan pedas dari bapa 4 anak ini ;




Alang2 dah viral, aku nak komen skit lah isu ni tapi 1st thing 1st, aku mohon maaf kalau ada terkasar bahasa dlm post kali ni.
Untuk yg x tau hujung pangkal, long story shortnya ialah Hot fm jemput doktor hensem ni ke konti pagi tadi. Bila tgok doktor ni hensem, maka ramai ibu2 mengandung tergedik2 nak doktor ni deliver baby dia..

Bab bersalin ni aku sensitif skit sebab ia melibatkan maruah. So post aku pun sikit pedas lah.. xpe.. aku goreng secukup rasa.. still bole telan..

1st. 
Mana maruah korang sebagai seorang wanita Islam? Asal hensem je, korang sanggup kangkang depan dia? Asal hensem je korang sanggup kangkang depan dia? Xde rasa malu ke? X rasa bersalah ke? X de rasa hormat kat suami ke?

Suami pulak.. mana maruah korang sebagai suami? Sanggup biarkan mahkota isteri yg paling berharga dilihat lelaki lain? Siap bayarkan lagi. Xde rasa apa2 ke?

2nd. 
Darurat? Coi la darurat korang. Kalau korang kata itu darurat maknanya korang sendiri belum faham makna darurat dlm Islam. Darurat tu maknanya kalau korang dok dlm hutan & masa tu cuma dia saja doktor yg ada utk deliver baby korang. Cuma korang 2 org je. Kalau ada mahram @ perempuan lain, STILL X DARURAT sebab perempuan tu boleh tolong deliver. Doktor ajnabi tu bole bagi panduan kat org yg deliver tu UNLESS ada masalah yg memerlukan kepakaran seorang doktor THEN baru dikira DARURAT.

3rd. 
Darurat lagi. Katanya x ada duit nak ke hospital swasta maka bawak la isteri pegi hospital gomen. Hospital gomen ni... ikut giliran doktor. Kalau kena doktor lelaki, lelaki lah.. kalau kena doktor perempuan, perempuan lah.. So... redha je lah kan?

Meh aku nak tanya.. masa korang gi meminang isteri korang dulu.. mak bapak dia letak hantaran belas2 ribu.. korang sanggup je kan? Masa kenduri kawin tu.. habis puluh2 ribu.. korang rela je kan? Siap spare duit gi honeymoon oversea lagi. Xpe kan? Wajib ke semua tu? Mana darurat korang time tu?

Jadi.. kalau la nanti Allah tanya: "Apa alasan ko x boleh kumpul duit rm 3 - 4 ribu untuk bersalin dengan doktor perempuan" agak2 korang bole jawab x?

Bhai.. bini ko tu bukannya tetiba je nak bersalin terus sakit nak beranak. 9 bulan budak tu dalam perut. Simpan la... sebulan rm300 ke.. dah ada rm2700. Lebih dari cukup klu bersalin normal. Nak selamat simpan la lebih skit..

4th.
Ada kes paling teruk.. ada duit. Pegi hospital swasta tapi pilih jugak doktor lelaki. Bukan Islam plak tu!! Ataupun sebab nak doktor hensem katanya. Eiiii!! Geram nak PANGje sedas pompuan camtu. Sigh~

Ok.. meh aku nak share skit crita aku. Anak aku 4 orang. Semua lahir di hospital swasta. Bukan sebab aku bnyak duit. X sama skali. Jujur aku sampai meminjam duit sebab x ckup duit tapi Alhamdulillah anak2 aku disambut doktor perempuan Muslim. Anak sulung aku disambut Doktor Suriati di KMC Kuantan, 2nd Doktor Rosnah di DBM Ptg Pauh, 3rd Doktor Fauziah di KPJ Perda & 4th Doktor Hanita di DBM Ptg Pauh jgak.

Sebab apa aku sanggup bergolok bergadai utk deliver baby aku dgn doktor2 ni?

1) Perempuan Islam. Titik. Xde darurat2 nye..

2) Aku nak teman isteri aku di waktu paling genting & getir dlm hidup dia. X caya, tanya la mana2 ibu macam mana pengalaman diorang bersalin. Seronok ke tak? Time sronok nak sama2 kan.. time cemas camtu korang bole tinggal isteri korang sorang2 dalam labour room tu. Siap kena marah dengan misi lagi. Patut x?

Alhamdulillah.. setakat anak no 4 ni aku belum missed pegang tangan isteri aku masa deliver baby.. usap kepala & doakan dia.. beri semangat & sokongan moral.. & aku dapat rakam gambar setiap baby aku sebelum tali pusat di potong lagi..

Paling penting, pengalaman paling bernilai dalam kehidupan bersuami isteri tu aku x missed. Serius, korang masuk la labour room tu teman wife korang bersalin. Baru korang tau cemana rasa dia. Xde rasa bayar rm 2-3 ribu tu..

3) Privasi. Korang percaya x.. x semua.. tapi ada hospital kerajaan deliver baby atas katil dalam wad jer? Tutup ngan tirai kat keliling katil tu.. then teran la.. nak jerit, jerit la.. satu wad dengar. Kesian x kat wife korang?

Hospital swasta, bilik bersalin memang sorang2 lah. Wad pun paling cikai 3 org 1 bilik. Tambah duit skit dapat blik vip sorang2. Aman bahagia. Alah.. bilik hotel masa honeymoon sanggup bayar.. kan? Apasal x tido bawah jambatan je time honeymoon tu?

4) Kualiti & layanan di hospital swasta. Pengalaman personal aku, memang berbeza la layanan hospital gomen ngan swasta.. maaf sgt2 utk doktor2 & nurse gomen dlm friend list aku nih. Bukan nak kondem korang.. Tapi aku rasa korang pun setuju dlm bab ni kan?

5) Kepakaran. Korang bayar mahal bukan saja2.. doktor yg handle wife korang tu memang pakar perbidanan @ O&G. Maka sudah tentu la berbeza juga hasil rawatannya itu.. benda nak pakai lama beb... apa salahnya bayar lebih skit.. Kalau beli sport rim kreta nak yang ori jepun sokmo.. yer dok?

Apa pun yg aku share ni pandangan & pengalaman peribadi aku & isteri aku. Aku x paksa korang setuju @ terima.. Yang penting, fikir2kan lah yer.

Mukadimah tentang aurat wanita. Tetapi tiba-tiba mengheret kepada sejauh mana suami sanggup bermati-matian mencari & menyimpan wang supaya sang isteri dapat bersalin di hospital swasta. 

Kemudian membanding-bandingkan pula hospital kerajaan VS hospital swasta dengan memperkecilkan 'kemampuan' kakitangan hospital kerajaan.

Mungkin individu tidak sedar bahawa doktor yang bekerja di agensi swasta, kadang-kadang berkhidmat di hospital kerajaan juga. Ada juga doktor kerajaan yang part-time di hospital swasta. Siapa yang biasa dalam bidang perubatan neh akan tahu dan faham sendiri-sendiri.

Susulan dari kritikan tersebut, posting berkenaan mendapat pelbagai kecaman dari netizens.



Yang SHARE memang ramai tetapi bukan kerana mereka bersetuju sebaliknya kerana mengkritik ayat-ayat angkuh lelaki berkenaan.

Pada pendapat peribadi aku, ada beberapa perkara yang lelaki tersebut TIDAK FAHAM.

1. Bukan semua orang mampu mengumpul dan menyimpan wang untuk bersalin di swasta.

2. Buat kerja tambahan? Sanggup suruh suami kerja 24 jam, tak balik rumah dan sebagainya?

3. Lelaki berkenaan khabarnya berbisnes sendiri dan bekerja depan PC. Itu kepakaran dia. Adakah nak samakan dengan orang yang bekerja nelayan, petani, kontrak, buruh dan sebagainya? Lain orang lain kepakaran dan paling penting tahap kemampuan juga perlu diambilkira. Macam mana dengan suami yang OKU? BUTA misalnya? Perlu juga bekerja teruk-teruk untuk isteri bersalin di hospital swasta, ya?

4. Itu tak masuk lagi kes yang suami sakit ke kemalangan ke, bagaimana? Difahamkan, dia suami isteri bekerja. Boleh disamakan dengan situasi seorang je yang bekerja dalam satu keluarga?

5. Itu kalau bersalin normal, kalau operate macam mana? Yang baby lahir awal takdan kumpul duit macam mana pula?

6. Kadang2 pelik dengan sang suami neh. Bab aurat isteri ketika beranak ditekankan lebih2 sampai tiada maafnya lagi. Tapi bab operate lain, macam mana? Adakah hanya ketika pregnant saja wanita neh terikat dengan aurat? Ketika operate perut la, operate tetek la, operate rahim la, operate faraj la, takde aurat ke?

7. Yang bertambah pelik, seolah2 wanita je ada konsep aurat dalam Islam. Lelaki2 yang dijaga, dimandikan, dioperate, dirawat oleh nurse dan doktor wanita bagaimana? Konek lelaki bukan aurat ya?

8. Nak-nak bila melibatkan anak-anak dara dia, anak-anak lelaki dia, mak, bapak, adik beradik dia. Di manakah sang-sang suami mencampak konsep aurat?

9. Jangan bayangkan semua pasangan yang berkahwin memang jenis kahwin grand-grand atau siap berhutang dengan AEON kredit lagi. Tolong jangan buat lawak. Ramai juga yang kahwin simple-simple dan ukur baju di badan sendiri.

10. Sanggup pula meminjam untuk bersalin di hospital swasta. Buatnya nyawa awak pendek, anak bini kena tanggung hutang ke macam mana? Hak nak meminjam, hak tubuh badan si komplen, hak taknak meminjam untuk bersalin di swasta, hak masing2 dan hak untuk menghukum ialah hak Allah. Jangan karang ayat tu seolah2 macam berdosa sangat pula beranak di hospital kerajaan.

11. Mempertikaikan konsep darurat dan darurat hanya bermaksud kau duduk dalam hutan aje? Ini paling kelakar. Darurat berbeza bergantung pada kemampuan dan kebolehan individu itu sendiri. Bagi Fiq, mungkin la just mungkin, makan nasi ayam perkara biasa padanya, tapi bagi pengemis, nasi ayam dah macam KFC. Faham maksudnya? Maksudnya, kemampuan manusia neh berbeza-beza bergantung kepada bentuk situasi yang dia sendiri alami. Tak boleh generalisekan semua orang sebagai meremehkan konsep darurat dengan sengaja menggunapakai alasan darurat.

12. Jangan buat rumusan bahawa semua orang pergi honeymoon lepas kahwin dan hospital kerajaan cuma ada tirai-tirai sampai orang bersalin kiri kanan pun boleh kita dengar mereka jerit-jerit. Apa kata pergi tinjau dulu situasi bersalin di hospital kerajaan. Hospital kerajaan terutamanya di kawasan bandar sudah banyak berubah dan berbeza.

13. Ya, tak dapat dinafikan ada kelengkapan yang tidak mencukupi di hospital kerajaan atas faktor kekangan kewangan dan masalah peruntukan tetapi takde pula dihalang sang suami dari menemani isteri ketika bersalin. Dah ada bilik privacy dah pun. 

14. Last sekali siap kondem kepakaran hospital kerajaan lagi tu. Benda neh dah directly menyentuh kemampuan para doktor dan nurse kerajaan. Aku taknak ulas bab neh sebab tak dinafikan berlaku beberapa kecuaian melibatkan staff kerajaan di hospital awam namun siapa kata kecuaian tidak berlaku di hospital swasta? 

Aku difahamkan. Hospital swasta tidak sanggup ambil risiko untuk melatih doktor/nurse.   Semua tu kerajaan yang akan ambilalih atau latih. Samada awam atau GLC. Jika aku salah faham bab neh minta betulkan ya. Sebab apa mereka taknak amek risiko sebab taknak tanggung apa-apa perkara yang tak diingini kelak. So, tanggungjawab produce doktor, nurse terlatih semuanya dibawah kerajaan meskipun ada yang belajar di swasta tetapi sewaktu latihan, mereka tetap perlu ke kerajaan atau hospital GLC (berkaitan kerajaan la juga, yang ada uni-uni tu hah).

Jadi, tang mana pakarnya kakitangan swasta tu kalau bukan pesakit-pesakit hospital awam biarkan case mereka distudy oleh doktor2 semasa latihan sewaktu ketika dahulu?

Maksudnya, pesakit hospital kerajaan neh secara tak langsung membentuk kepakaran sesetengah doktor2 swasta yang ada neh. Jadi jangan la perkecilkan sangat orang yang beranak di hospital kerajaan. Haha..

Kesimpulannya, jangan buat andaian sebarangan kalau tak memahami keseluruhan aspek dengan jelas dan tepat.

Boleh dikritik wanita yang memang mengatal nak tunjuk faraj dengan doktor lelaki semata-mata kerana doktor itu kacak dan handsome kononnya.

Tetapi tak adil pula untuk kondem wanita-wanita yang beranak di kerajaan, kutuk suami-suami mereka, sebagai seseorang yang menyalahgunakan konsep darurat dan begitu mengambil ringan dalam kepentingan menjaga aurat.

Yang betulnya kita neh hidup dengan cara mengukur baju sendiri di badan sendiri. Takan nak ukur baju kita kat badan orang. Kena faham konsep tu Fiq.