Menang Piala AFC - Sultan Johor Derma 1 Juta Utk Anak Yatim, TMJ Derma Ke Semua Masjid Di Johor.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menderma RM1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di negeri itu, manakala anakanda baginda Tunku Ismail pula akan menderma kepada semua masjid-masjid di Johor.
Perkara itu didedahkan oleh Sultan Johor menerusi laman rasmi facebook yang mewakili dirinya.
Beliau dipetik sebagai berkata, "Dia terlalu emosional dan menangis, tetapi tangisan yang gembira. Dia
memang begitu gembira. Memang kalau boleh dia hendak berada bersama-sama
pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini,".
"Tunku Mahkota kata dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia
akan menderma kepada semua masjid di negeri Johor. Dan saya sendiri pula
dah bernazar untuk menderma sebanyak RM1 juta kepada rumah-rumah anak
yatim di Johor," tambah beliau lagi.
Sultan Ibrahim yang mendedahkan perkara itu berkata, derma itu merupakan nazar berikutan kemenangan JDT merangkul kejuaraan Piala AFC baru-baru ini dengan menewaskan FC Istiklol 1-0 di Tajikistan.
Tunku Mahkota Johor tidak berada di negara Asia Tengah itu ketika JDT menewaskan kelab daripada Tajikistan kerana berada di Argentina untuk menyertai kejohanan polo.
Menurut Sultan Ibrahim, anakandanya itu akan hanya pulang ke tanahair pada 18 November ini.
Katanya, Piala AFC itu akan dipamerkan kepada seluruh rakyat Johor di setiap daerah kerana kelab JDT itu adalah milik Bangsa Johor.
"Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini," kata Sultan Johor mengakhiri teks yang dipetik menerusi laman facebook tersebut. - Sozcyili.