t>

Breaking News

Novel 'Pantai Kasih', Bacaan Mengarut Untuk Silibus Pelajar Tingkatan 4 Kritik Netizens.


Luahan ini dikongsikan oleh Faiez Ali. Dia menceritakan bagaimana KPM meluluskan sebuah novel untuk silibus Bahasa Melayu bagi pelajar tingkatan 4, yang mana ianya sarat dengan kisah percintaan berbanding kisah pengajaran.

Baca luahan berkenaan ;

Novel 'Pantai Kasih' tentang para doktor dan jururawat yang bekerja di hospital swasta melayan datuk, datin dan golongan kaya. Novel ini dipelajari pelajar Tingkatan 4.

Dalam cerita ini, ada doktor naik Porsche. Ada doktor naik Volvo 960. Ada doktor tinggal di kondominium yang macam hotel. Ada doktor miang suka menggetis dengan jururawat. Ada doktor psycho dan angkuh. Ada doktor yang sakit jiwa dan delusional. Ada doktor bercinta dengan doktor. Ada doktor nak bercinta dengan nurse.

Entah kenapa la novel macam ini boleh masuk dalam silibus pendidikan kita? 

Jika dibandingkan dengan Novel silibus Bahasa Inggeris Tingkatan 5 - Catch Us If You Can (tahun lepas) dan Sing To The Dawn (tahun ini), bagai langit dengan bumi isi dan pengajaran yang ada. 

CUIYC mengajar anak-anak untuk jadi tabah walaupun yatim disamping berdikari menjaga orang tuanya.

STTD pula mengajar anak-anak supaya menghormati kelebihan kaum wanita disamping membawa suara kaum tani yang sering diperah pemodal kapitalis dan elitis nan tamak haloba.

Jika ada pun pengajaran yang berbaloi dipelajari dalam novel Pantai Kasih ini adalah tentang bagaimana manusia jangan bergantung kepada manusia sebaliknya berserah kepada Tuhan sepenuhnya.

Lihat kualiti penulisan Bahasa Melayu kita sejak akhir-akhir ini. Rasa sedih betul.


Faiez Ali.