Ahmad Said Ada Rahsia Besar Najib, Minta Jangan Buat Dia Rasa Terhina Jika Tidak..
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian lapor FreeMalaysiaToday.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, ia boleh memalukan Najib dan rakyat.
“Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau
saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).
“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri
saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu
‘terhutang,” katanya kepada FMT.
Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.
Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau
hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan
komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib
sendiri.
“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen
daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan
Mansor).
“Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.
Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya
terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman
ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal
Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rupanya Menteri Ini Sorok Rahsia Besar Najib
Rupanya Menteri Ini Sorok Rahsia Besar Najib
Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar peraturan DUN.
Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan.
"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.
Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak
mungkin jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana
Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.
Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi
dan 14 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.
PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan
menyebarkan kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu
hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.