t>

Breaking News

Azmin Ali Nafi Perlu 'Habuan Perempuan' Utk Urusan Kerajaan Dan Respon Netizens YG Memalukan Azmin.

Ini telah dikeluarkan oleh MB Selangor melalui satu kenyataan yang boleh diakses menerusi laman rasmi Azmin Ali.

KENYATAAN MEDIA

20 MEI 2016

*Kempen fitnah bagi melemahkan semangat penjawat awam Selangor*

Sejak semalam laporan yang menuduh amalan rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mendakwa kononnya "wujud permintaan perempuan apabila berurusan dengan Kerajaan Negeri" disiarkan oleh portal berita dan dikongsi menerusi media sosial.

Ini merupakan satu tuduhan jijik yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Ia juga satu kempen fitnah yang terancang terhadap kerajaan serta kakitangan awam di Selangor.

Dalam melaksanakan serangan jahat dan semberono ini, orang yang menuduh sebenarnya telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri.

Ia juga sekaligus menafikan sumbangan majlis eksekutif yang telah menyumbang dengan cekap dan bertukus lumus kepada usaha Kerajaan Negeri membawakan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi pada negeri ini.

Sikap kita amat jelas. Pentadbiran ini mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah. Pada masa yang sama, mereka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelumit bukti sekalipun kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.

Menuding jari kepada Kerajaan Negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Dasar yang didukung adalah bagi mewujudkan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab sepenuhnya tanpa tolak ansur terhadap elemen rasuah. Namun pada masa sama, kita semua bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab.

DATO' SERI MOHAMED AZMIN ALI

Dan ini respon netizens ;


Nampaknya mereka bukan sahaja buat derk dengan penjelasan Azmin Ali bahkan mereka turut mendesak agar Azmin bersegera menyelesaikan masalah yang membabitkan FAS.

Kesian. Orang tak percaya pun kepimpinan Azmin Ali tu bersih. Bukan macam zaman Khalid dulu. Nak kena upah cybertroopers untuk up imej menteri besar la nampak gayanya neh.

HAHAHA.