t>

Breaking News

Cikgu-Cikgu Semalaysia, Tolong Jangan Sindir, Hasut, Perli, Dorong, Minta, Pujuk & Bertaktik Utk Anak Murid Beri Hadiah.


Elok haramkan sahaja Sambutan Hari Guru kalau akhirnya ia hanya akan membuatkan guru-guru menjadi ghairah banding membandingkan siapa yang dapat hadiah paling banyak di antara mereka. Kononnya menjadi guru yang disayangi murid.

Bimbang juga jika guru-guru menjadi 'bias' apabila terdapat anak murid yang mampu berikan dia hadiah mahal-mahal, anak murid itu yang dia sayang lebih-lebih berbanding anak murid yang langsung tak pernah beri dia hadiah.

Perkara yang sama berlaku pada keluarga aku. Isnin sudah sambutan hari guru diadakan di sekolah anak-anak. Di sekolah yang sama, cucu saudara turut bersekolah. Pada hari ahad ketika tolong anak-anak packing hadiah, cucu saudara datang ke rumah. 

"Esok ****** tak pergi sekolah".
La kenapa. Aku bertanya.
Takde hadiah jawabnya.
Nak buat hadiah ke. Jom p kedai. Beli cupcakes nanti ***** bagi duit. Tolong balut, bagi pada cikgu, okey? Aku memujuk.

Taknakla. Dia menjawab. Kenapa taknak, aku bertanya. Maluu. Laa malu pula. Ponteng sekolah tak malu pun. Dia gelak.

Mungkin anak murid lelaki. Dari segi emosi dan perasaan berbeza jika dibandingkan dengan anak murid perempuan. Kebetulan pula cucu saudara adalah seseorang yang sangat nakal dan terkenal di sekolah tersebut. Boleh dikatakan semua budak-budak dah mengiktiraf dia sebagai budak nakal dan aku pun mengakui benda sama. Mungkin disebabkan itu dia berasa malu kalau-kalau bagi hadiah ke guru padahal dia budaknya nakal.

Tapi bayangkan. Jika budak yang sebegitu nakal (nakal dia nakal sungguh-sungguh) pun rasa malu nak ke sekolah (tetapi akhirnya dia pergi juga) kerana tak membawa hadiah, bayangkan pula budak-budak yang tak nakal, bagaimana?

Padanla beria-ria anak-anak mahu juga menghadiahkan guru-guru mereka dengan hadiah. Walau aku memahaminya tidak salah menghadiahkan guru sesuatu sebagai tanda kita menghargai jasa mereka tetapi sambutan hari guru pada masa kini sebenarnya telah menghilangkan mesej sebenar kenapa ianya disambut pada suatu ketika dahulu.

Punyalah fenomena sambutan hari guru sampaikan wujudnya gift-gift tersedia untuk guru yang boleh digrab samada menerusi online mahupun di kedai-kedai tertentu. Pada kita nampak macam memudahkan tetapi sebenarnya inilah dia taktik-taktik yang menghasut dan mendorong..

Satu budaya yang songsang yang telah merosakkan imej guru di Malaysia ini.

Sebenarnya, anak yang sulung tidak teruja memberi hadiah kepada guru bahkan dia sendiri terlupa bila tibanya sambutan hari guru. Bukan sekali tetapi dua kali. Untuk tahun ketiga dan keempat, dia seolah-olah didorong untuk berikan hadiah apabila guru-guru sendiri mempromosikan hadiah tertentu yang dijual di kedai buku sekolah..

Bukan itu sahaja, bahkan tahun ini katanya dirinya diberikan satu senarai kertas yang ada list nama guru-guru. Dia perlu tandakan mana-mana nama guru yang dia berkenan untuk beri hadiah dan bayar sejumlah wang tertentu kepada guru tersebut.

WTfish kata aku dalam ahti. Tak boleh nak over juga sebab dalam family sendiri ada guru. Even aku pun pernah dan akan menjadi guru part time semula untuk mengajar anak-anak miskin dan terbiar.

Sampai sebegini sekali taktik digunakan untuk mendapatkan hadiah. Ya, betul juga guru-guru tak memaksa tetapi dengan menghasilkan dorongan, pujukan dan mengeluarkan kenyataan tertentu dengan niat menghasut anak murid agar membeli hadiah sebenarnya menghina karier perguruan itu sendiri.

Bukan pula menjadi guru untuk mendapatkan hadiah semata-mata kan?

Bukan kah hadiah terbaik apabila anak murid anda menjadi cemerlang dalam pelajaran, betul?

Lalu, kenapa mendorong, menghasut, memujuk anak murid dengan mengadakan jualan tertentu, aktiviti tertentu dengan niat mahu mendapatkan hadiah?

Macam takde maruah. Maaf cakapla. Bukan merujuk pada semua jenis guru di semua sekolah. Ini merujuk pada guru-guru yang bertaktik dalam mengadakan sambutan hari guru je.

Oleh kerana sambutan hari guru menjadi semakin kronik dengan tah hapa-hapa punya tindakan dalam mendorong anak murid memberikan hadiah, elok juga kementerian pendidikan mengkaji semula sambutan hari guru di sekolah kebangsaan khususnya. Samada wajar ataupun tidak wajar untuk diteruskan memandangkan ianya telah dicemari dengan unsur-unsur yang tidak sepatutnya. 

Sambutan hari guru di sekolah agama pula pada tahun ini sememangnya sempoi. Anak murid bawa makanan, cikgu bawa makanan, kemudian mereka makan bersama-sama secara kongsi berkongsi. Ini barulah hari guru dalam erti kata sebenarnya. Makan bersama memupuk kemesraan dan kasih sayang. Nampak macam simple tapi inilah bila diamalkan memupuk nilai2 tahu menghormati guru dan menjadi kasih pada guru yang memberinya makanan. Mohon cikgu-cikgu di sekolah kebangsaan tertentu, belajarlah dari mereka.

Akhir kata. Selamat Hari Guru kepada mereka yang ikhlas mengajar anak-anak murid, para pelajar tanpa mengira penat lelah dan sabar dalam mendidik anak bangsa sampai terkorban masa, jiwa dan raga. Sesungguhnya guru-guru sebeginilah guru dalam erti kata sebenar.