t>

Breaking News

Jururawat Ini Pemalas, Enggan Cuci Najis Pesakit & Respon Keluarga Pesakit DGN Biadap Pula Tu !

Pemalas punya jururawat. Elok p mampos saja. Hidup pun menyusahkan orang. Dah la makan gaji buta. Tak gitew ke?

Muahahahaha...

Oke, sekarang ada citer hot yang viral kat dunia efbi. Gosip-gosip kali neh membabitkan kumpulan nurse vs kumpulan keluarga pesakit.

Semuanya bermula apabila ;





Dan apabila staff nurse membacanya maka mereka pula mula ;


Mengamuk uolss. 

Akibat dari penyebaran tersebut, kesannya si Nami telah diserang bertubi-tubi oleh kumpulan tentera maya pro staff nurse. Dan selepas tercedera teruk si Nami akhirnya berasa ketakutan lalu mengdeactivatedkan account twitternya.

Hah, takut ke? Tapi masa mengutuk tak takut pown?

Muahaha..

Oke berbalik kepada tajuk artikel, ada yang mengatakan bahawanya si Nami neh berbohong uolss.

Nah ;


Pula.. mak kena tengking dan mak seseorang je jaga kakak? So, ko buat apa? Tercegat macam tunggul kayu ke apa? 

HAHAHAHA.

Pendapat aku Nami neh sesungguhnya nampak sangat berpropa. Kalau sungguh nurse biadap ada cara nak membalasnya. Ini tidak, lepas tweet, kena serang/dipersoalkan, terus tutup account. WTFish Nami.. wtfish..

Pada aku tak salah kalau nurse jawab macam tu. Cuba baca dengan nada yang sopan dan lembut. "Saya busy lah, awak tukar sendiri boleh tak?"

Tak nampak macam biadap pun kan. Kalau kita dok terbayang bahawa nurse yang respon tu bermuka garang, annoying dan bernada tegas sambil jelek, memang la kita rasa menyampah dan rude gile.

Satu lagi aku rasa Nami neh dalam dilemma. Nak tukarkan tak reti tambahan pula itu kakaknya. Nak suruh mak tukarkan, macam membuli mak. So alang-alang apa kata kita minta tolong nurse? Pada pihak nurse pula dorang akan rasa annoyying bila waris family minta dorang tukarkan pampers pesakit. Which is not one of the skop kerja yang dorang kena deliver. Nurse ada pemikirannya. Nami ada pemikirannya. Dan bila pemikiran-pemikiran ini bertembung antara satu sama lain maka booommm.. bergaduhla. Terhasilnya satu salah faham... 

Sebenarnya nak tukar pampers pesakit memang bukan kerja mudah. Oke la Nami neh lelaki. Yang nak ditukarkan tu kakak dia seorang perempuan. Kalau pun Nami sudi mungkin kakak dia rasa malu, tak mahu. So, hanya ibu Nami je yang boleh bantu. Tapi untuk kau sendirian tukar pampers, memang susah la kot. Lebih2 lagi kalau mak Nami neh orang tua. Tak larat kot uolss.

Mula-mula kau nak kena angkat pesakit, letak alas bawah badan dia.
Kemudian, sediakan air sebesen.
Tisu jangan lupa. 
Air sabun dalam botol.
Pakai sarung tangan.
Masa nak angkat patient tu, hah time la perempuan2 akan jadi tak larat sebab tiada daya kekuatan seperti kaum lelaki. Nak-nak kalau yang kita tolong tu sendiri tak terdaya nak gerakkan badan. Yang terdaya tu senang la sikit kerja kita. Boleh suruh angkatkan badan, gerakkan badan. Kalau tak terdaya tu sampai kita kena pegang badan dia sorang, dan sorang lagi kena membersihkan. Dan time bersihkan pula bukan boleh kasar-kasar kalau melibatkan warga emas. Kulit dorang dah jadi sensitif sebab berbaring terlalu lama. Kalau ko sental sikit jadi sakit. Kang menangis orang tua tu. So aku faham kerja tukar pamper pesakit bukan kerja mudah. Jadi staff-staff nurse neh kadang berapi juga kalau waris keluarga sendiri enggan membantu pesakit padahal ahli keluarga ko kot.

Tapi sepanjang pengalaman aku jaga pesakit sebagai waris keluarga, memang takde la jumpa nurse kurang ajar. Tapi nurse minta tapak kaki aku ada. Masa bersalin. Kita akan ditolak ke wad biasa selepas selesai 'prosuder persalinan' andai takde apa-apa case critical. Masa dipindahkan tu semua, staff nurse dari wad labour siap berpesan lagi. Jangan bangun dalam masa 6 jam. Rehat je. Kalau nak apa-apa tekan loceng. Oke la aku pun tak bangun-bangun berjam-jam dan memang tak boleh nak bangun pun. Alih2 ada sorang staff nurse neh mai katil membebel kat aku. Dia tanya kenapa tak bangun. Masa tu aku dah berbaring dalam 3,4 jam lebih kurang. Tak rasa nak pergi tandas ke? Saya dulu selepas bersalin je terus berjalan sendiri ke tandas. Anak pertama tahu. Awak neh dah banyak kali beranak. Awak tak boleh lemah macam neh. Aku pun macam blur-blur jap. Apahal dia neh. Nurse kat labour room kata jangan bangun, yang dia neh suruh bangun. Tak konsisten betul. Aku nak bergadoh pun tak boleh sebab masih rasa sakit so aku senyum-senyum je la tanpa memahami sebab sebenar kenapa kena ceramah buta. Dalam ahti aku pun sempat juga mengata. Dia neh bergadoh dengan laki ke apa. Muahaha.

Dari proses masuk wad nak bersalin sampai la keluar, dia sorang tu je yang kurang ajar. Satu lagi nurse baju biru yang asyik membebel pasal susu anak. Ibu kena push ibu, ibu kena push ibu. Perah perah perah.. hak aloh. Kena kat aku oke la. Dah beranak-anak. Tapi kesian kat ibu-ibu yang first time bersalin. Sampai ada yang macam nak menangis kena paksa perah susu yang tak ada. Setahu aku la, dua,tiga hari pertama memang susu akan kurang disebabkan emosi ibu yang tak stabil dan pemakanan ibu yang hilang selera due to baru lepas bersalin. Sebab tu kadang macam tak faham dengan sesetengah tingkahlaku nurse yang keterlaluan sangat mendesak. Tetapi secara amnya, nurse yang aku jumpa baik-baik belaka. Takde la biadap ke apa ke. Kalau kita senyum, mereka senyum. Kalau kita bersembang, mereka pun layan kita menyembang. Kalau patient kurang hajo tak dinafikan staff nurse memang 'suka menyakat'. 

Ada satu insiden tu time bersalin juga. Patient neh warga asing. Nurse tak faham dia, dia tak faham nurse. Doktor dah cakap bm, dia tak faham. Doktor cakap kantonis/mandarin, dia tak faham. Doktor cakap english pun dia tak faham. Dengan doktor-doktor pening kepala nak melayan. Si patient neh pula menjerit-jerit kat labour room. Ntah apa dia cakap aku pun tatau tapi fahamla dari aksi dia tu. Tengah sakit. Persoalannya kenapa kau nak menjerit bagai. Bukan ko je sakit kot. Kat labour room penuh. Semua sakit. Ko menjerit tambah sakit bukan meredakan. Bila doktor marah suruh diam ntah dia faham ke tah, dia pun marah balik doktor tu dalam bahasa dia. Haiyoo. Memang bengang la nurse-nurse dapat patient macam neh. Yang mak-mak neh pula bengang sebab nak berehat takde ketenangan. 

Satu lagi. Hospitaliti mereka bukan macam dulu dah. Makin lama makin upgrade. Dari staff nurse membawa ke doktor pakar. Semua makin ramah dan mesra pesakit. Aku yang jadi pelik. Masuk labour room. Doktor yang check sikit punya baik sikit punya sopan dan lemah lembut. Dan macam pramugari dah aku tengok. Sakit sikit ye puan.. sabar ye. Kemudian, doktor pakar plak datang sikit. Puan, saya periksa ya. Tahan sikit ya. Kalau sakit cakap ya.. kemudian nurse-nurse pula. Puan, oke ke. Sakit makin teruk ke. Boleh berjalan ke kat bilik air tu. Blablabla.. ini semua staff-staff dari hospital kerajaan. Bukannya hospital swasta.

Tapi jujur juga. Sejak aku mula melahirkan anak pada 10 tahun yang lepas, memang takde jumpa staff nurse yang kurang ajar terlampau macam yang sering tersebar di laman sosial.

Just in case, kalau ada di luar sana yang bernasib malang mendapat nurse yang sebegitu rupa, senang je. Jangan buat kalut dok sebar kat fb. Report je direct kat kementerian kesihatan. Kat setiap wad, di bahagian pintu masuk ada ditampalkan satu bentuk jadual, nama nurse, yang bertugas lengkap dengan gambar dan jawatan kat board. Amek je mana-mana nama staff nurse yang biadap tu then p buat report. Direct. Sebenarnya dorang ada polisi bahawanya dorang tak boleh kurang ajo pada pesakit walaupun sebagaimana teruknya pesakit tersebut. Apa yang dorang boleh buat ialah tenangkan pesakit sebaik mungkin. Bukannya kurang ajo VS kurang ajo = biadap semuanya. Tapi seriyus la polisi melayan pesakit neh sebenarnya dah semakin diperkemaskinikan dari semasa ke semasa.

Pernah satu kali tu aku datang awal ke klinik kesihatan. Konon-konon bajet nak no first la. Datang awal balik awal. KK buka semula pukul 2. Aku datang terpacak pukul 1.15. Nak melepak sambil tunggu. Pernah buat masa anak-anak yang dulu. Sekali depa terus panggil masuk dan serve aku macam biasa. Aku pun jadi macam pelik then bertanya la. 

"Eh neh bukan waktu rehat uolls ke?" 

"Yela, waktu rehat le. Tapi dah awak datang kena la layan". 

Aik, kenapa tak pukul dua. Aku bertanya dengan lagak innocent. Nurse tu bagitau, patient datang pukul berapa tak kisah asal ada patient nurse kena layan tak kira waktu. Pula dahh. So aku pun soal lagi. Dulu2 datang macam neh takde pula terus check. Tunggu pukul dua juga. Dulu lain sekarang lain. Kesian nurse tu sampai tak makan periksa aku. Sorry. Huhu.

Hah, nampak. Kat situ aku dah tahu la dorang punya polisi dalam melayan pesakit sebenarnya dah dikemaskini. So tak patut juga kita nak bersikap bias dalam menilai attitude staff perubatan walaupun aku tak nafikan aku percaya yang stok kurang ajo still wujud kat luar sana.

Ini antaranya ;



Kepada nurse yang attitude macam minta tapak kaki neh moga berubahla. Jangan bagi alasan penat, ada banyak patient nak attend blabla sebagai alasan mewajarkan tindakan korang bersikap kurang ajar terhadap pesakit atau waris keluarga pesakit.

Letih, sebab tak cukup staff? Itu kau pergi maki kerajaan sana. Dorang yang tak bagi cukup bajet untuk tambah staff dan naiktaraf kemudahan perubatan etc etc.

Pesakit macam kau juga. Bayar cukai setengah mati tapi service menteri dalam mentadbir negara seriyus macam babi.

Penat? Kerja apa yang tak penat beb. Kerja mengumpat dalam blog pun penat juga walaupun setakat duduk-duduk saja. 

Jangan bagi alasan penat untuk mewajarkan alasan korang alasan pesakit macam sampah. Bukan apa. Bayangkan ada beratus-ratus ribu yang jadi nurse. Penat sama-sama penat. Kenapa nurse tu boleh sabar dan kau tidak? Itu maksudnya attitude ko tu bermasalah. Elok p mati saja kalau taknak deliver tugas berdasarkan skop tugas yang dah ditetapkan. Even SOP korang sendiri menghendaki korang layan patient dengan sopan dan mengikut etika profesional yang sepatutnya. Bukan main taboh ikut emosi dan mood kau. Kau baik, patient baik, keluarga waris baik = tiptop. Pendek kata semua kena baik. Jangan ada line bikin tak baik.

Gosip? Yes kat sini aku bekap kau staff nurse. Aku rasa Nami tu bodoh. Gosip best kot. Nami tu sendiri bergosip. Kalau tak mana dia tau nama-nama artis. Aku sendiri tak kenal sapa Mira Filzah. Zizan kenal la. Eley acah-acah suci plak budak Nami tu. Silap2 dia lagi suka bergosip dari staff nurse yang dia umpatkan tu.

MUAHAHAHA..