t>

Breaking News

Kerana Pertikaikan Brunei Demi Nak Puji Najib, Doktor Dari Malaysia Ini Diserang Kaw-Kaw.

Kesian.

Punya la beria nak puji Najib, alih-alih dapat makian warga Brunei kerana berpolitik tak kena gaya.

Babak awal ;


Status itu kemudiannya viral kena dikongsikan oleh penyokong2 BN yang turut bersetuju dengan point yang diutarakan oleh doktor berkenaan.

Untuk rekod, doktor ini bukan la kali pertama mencipta kontroversi.

Doktor ini pernah terpalit kontroversi apabila dikatakan menghina kematian arwah Tuan Guru Nik Aziz suatu ketika dahulu.

Baca : Doktor Persenda Kematian TGNA.

Baca : Akhirnya Doktor UMNO Beralah, Minta Maaf Selepas Sindir Kematian Tuk Guru.

Untuk rekod, selain dari status-status berbaur politik, posting doktor berkenaan sering kali viral di laman sosial disebabkan gemar berkongsikan beberapa perkara berkaitan medical yang umum tidak tahu. Perkongsian ilmu yang diberikan oleh doktor tersebut adalah sangat bermanfaat tetapi sayangnya penglibatannya ke dalam dunia politik yang dianggap taksub oleh sebilangan pengikut2nya membuat kadang-kala doktor tersebut diperlihatkan membodohkan diri sendiri.

Sejurus tersebarnya status berkenaan, entah macam mana akhirnya sampai ke pengetahuan warga Brunei. Warga Brunei yang marah dengan sindiran doktor tersebut lantas menggesa agar doktor berkenaan bersegera meminta maaf kerana mengaitkan Brunei dan Sultan mereka dalam politik Malaysia.

Bagi warga Brunei, orang Malaysia boleh berpolitik ikut kewajaran mereka tetapi adalah tidak la patut melibatkan Brunei yang langsung tiada kaitan dalam politik mereka.

Itu respon mereka.

Beberapa page yang diwujudkan oleh orang Brunei mula menyebarkan screenshot berkenaan dan mendesak agar doktor tersebut meminta maaf secara terbuka.

Selain dari itu mereka turut mempersoalkan doktor berkenaan yang terus memperlekehkan negara Brunei atas beberapa topik yang tidak berkaitan.



Dan doktor tersebut juga dikatakan akan memadam mana-mana komen yang bertujuan memberikan penjelasan tentang negara Brunei yang disalahtafsir oleh sebilangan warga Malaysia.


(rujuk)

Walaubagaimana status dari doktor UMNO berkenaan telah pun dipadamkan dari wall Facebooknya. Mungkin disebabkan semakin lama semakin ramai yang mengkritik tindakan sebarangannya yang mengkritik Brunei semata-mata mahu mempromosikan Najib dan agenda politiknya.

Pun begitu doktor berkenaan tidak melakukan permohonan maaf terhadap warga Brunei meskipun dia akhirnya memadamkan status itu.