t>

Breaking News

Selepas Diasak, Imam Muda Ammar Minta Maaf Kerana Mempersendakan Vaksin & Jawapan Kepada Imam Muda Ammar.

Baru-baru ini kecoh satu kes di mana berlaku di Kedah bahawanya seorang kanak-kanak malang berusia 7 tahun yang maut akibat dijangkiti penyakit Difteria. Turut dilaporkan bahawanya adik beradik kepada kanak-kanak tersebut turut dijangkiti penyakit yang serupa dan kini sedang menerima rawatan.

Selain dari kanak-kanak berusia 7 tahun, kanak-kanak berusia 2 tahun turut dilaporkan maut kerana dijangkiti penyakit yang serupa.

Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat lebih dari 40 kes baru jangkitan Difteria di Malaysia. Media turut melaporkan 8 kes yang melibatkan adik beradik berlaku di Kedah (kes kematian kanak-kanak 7 tahun) dan 3 kes adik beradik berlaku di Melaka.

Jangkitan Difteria menerusi kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ialah berpunca dari keengganan ibu bapa @ penjaga kepada kanak-kanak tersebut mematuhi jadual imunisasi berjadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Di Malaysia, imunisasi bagi bayi & kanak-kanak adalah percuma di hospital-hospital kerajaan.

Seharusnya manfaat yang percuma ini hendaklah dihargai dengan mematuhi prosuder yang telah ditetapkan oleh KKM. Apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah memastikan semua lapisan rakyat samada yang kaya mahupun miskin berhak mendapat manfaat perubatan vaksinisasi yang berisiko menyebabkan kematian bagi sesetengah jenis jangkitan.

Imam Muda Ammar pada beberapa hari lepas telah tampil mempersendakan kebaikan dan manfaat vaksin kepada anak-anak Malaysia.

Ingin ditegaskan, pihak kami percaya ibu bapa kepada Imam Muda Ammar telah mematuhi jadual vaksinisasi ke atas Ammar yang akhirnya membolehkan dia membesar dengan sihat dan berjaya.

Ini apa yang Imam Muda Ammar nyatakan menerusi ruang facebooknya pada beberapa hari lepas.




Jawapan kepada Imam Muda Ammar.

1. 1 kes (actually 2 dengan memetik statement dari KKM itu sendiri) yang maut angkara jangkitan Difteria, ia masih merujuk kepada nyawa manusia.

2. 1 kes yang maut angkara Difteria ialah disebabkan 90% rakyat Malaysia mematuhi jadual vaksinisasi & suntikan imunisasi yang ditetapkan oleh kerajaan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang enggan mematuhi jadual dan arahan pun begitu tiada daya KKM untuk memaksa ibu bapa yang bersikap sebegini rupa.

3. Vaksin tidak sama seperti kemalangan. Kemalangan bermaksud KEMALANGAN. Ia ialah perkara yang MALANG tidak BERBAU. Manakala VAKSIN ialah MALANG yang berbau. Yakni perkara yang kita boleh elak dan cegah dengan mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan.

4. Vaksinisasi perlu kerana cara hidup kita sekarang berbeza dengan masyarakat zaman dahulu. Dunia kita dunia yang indah pada masa dahulu tetapi ianya sangat berbeza pada masakini. Udara yang bersih, tumbuh-tumbuhan yang segar tanpa dicemari dengan unsur-unsur kimia keterlaluan, laut dan air sungai yang jernih, binatang melalui proses pembesaran yang normal dan mengikut hukum alam sepatutnya. Pemakanan dan cara hidup orang dahulu berbeza dengan cara kita. Sangat berbeza oleh itu tidak pelik ketahanan orang zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Pun begitu, masa dahulu tetap mencatatkan rekod kematian yang tinggi akibat dijangkiti penyakit2 berjangkit contohnya seperti cacar & campak. Terima kasih kepada para pakar-pakar perubatan yang akhirnya berjaya menemukan vaksin bagi menanggani penyakit2 berjangkit maka insya-Allah kita dapat hidup lebih persekitaran yang lebih selamat dan sihat.

5. Agama kita tidak melarang atau menolak kepada teknologi yang memanfaatkan manusia. Vaksinisasi adalah antara kebaikan perkembangan teknologi perubatan yang kita terima seiring dengan kesesuaian zaman.

6. Keterbukaan Imam Muda Ammar yang sanggup meminta maaf adalah perkara mulia. Diharapnya selepas ini Imam Muda Ammar dapat berkempen kepada golongan anti vaksin akan kebaikan vaksinisasi kepada setiap anak-anak di Malaysia. Namun terdapat sedikit unsur2 berbaur seperti tuduhan kepada pihak tertentu yang menyebabkan Imam Muda Ammar mengupdate satu status sia-sia.

7. Buku Jerry D. Gray saya pun ada. Saya beli, baca dan faham tetapi bukan bermaksud saya mesti percaya. 

8. Pihak kami percaya juga kepada kewujudan konspirasi dalam era serba kapitalis neh tetapi tidaklah sampai perlu kita bahayakan nyawa sendiri. 

9. Adalah lebih baik jika Imam Muda Ammar dapat berbaik sangka pada golongan yang marahkan kumpulan anti vaksin. Dengan menyangka seolah2 mereka menolak kekuasaan Allah dalam menentukan nyawa, ia sebenarnya tuduhan dangkal dan tak terbukti. Imam Muda Ammar tidak dapat membaca hati2 mereka apatah lagi ianya sekadar tulisan tanpa nada.

Terdapat beberapa kes, bukan satu bukan dua tetapi beberapa kes di mana ibu bapa yang merayu-rayu agar anak2 mereka diselamatkan akibat dijangkiti penyakit yang berpunca dari kecuaian ibu bapa yang menolak vaksinisasi pada awalnya.

Situasi ini sangat contradiks pada sikap ibu bapa itu sendiri. Bila anak-anak dinasihatkan agar mengambil suntikan, mereka menolak atas alasan lebih suka menggunakan cara semulajadi tetapi bila anak2 berpenyakit disebabkan kecuaian, tidak pula mereka mencari jalan semulajadi mengubati anak. Mereka tak percaya kepada bidang perubatan dalam kes suntikan vaksinisasi tetapi percaya pula pada bidang perubatan dalam hal menyelamatkan anak masing-masing?


Sungguhpun para doktor tidak menolak untuk merawati penyakit2 berjangkit berkenaan tetapi sikap pentingkan sesetengah ibu bapa sangat mengecewakan. Masa yang ada daripada merawat penyakit2 yang disebabkan kecuaian menerima suntikan lebih baik doktor2 tersebut gunakan untuk merawat pesakit2 kritikal. Fikir2kanlah bagaimana sikap tidak tanggungjawab kita neh sebenarnya menyusahkan orang lain.

Satu hal lagi. Terdapatnya rakyat kita ini pun ada yang mengutuk penyakit2 berjangkit dan pelik bawaan warga asing yang bekerja di Malaysia. Dalam masa yang sama bila kerajaan sediakan suntikan vaksinisasi percuma, dia tak follow jadual atas alasan anti-vaksin. 

Marilah kita mematuhi jadual vaksinisasi yang disediakan oleh KKM ke atas setiap warganegara. Ianya percuma. Percayalah, mencegah lebih baik dari mengubati.

Berikut ialah permohonan maaf secara terbuka oleh Imam Muda Ammar. Imam Muda Ammar turut dilaporkan telah keluar group wassap Imam Muda dan menukar nama fb kepada Hamba Berdosa selepas ditekan bertubi2 akibat mempersendakan kebaikan vaksinisasi kepada manusia.

Sekali lagi saya ingin memohon maaf di atas status sebelum ini yang mengundang kemarahan ramai. Saya telah pun memohon maaf secara terbuka namun saya merasakan permohonan maaf saja tidak cukup. Saya merasakan perlunya penjelasan dibuat bagi menjernihkan ketelanjuran dan silap faham yang berlaku. 

1. Saya memohon maaf kepada semua.


2. Status tentang vaksin yang agak kasar itu sepatutnya tidak ditulis. Sebenarnya ia adalah tindakan daripada statement seseorang di Facebook yang terlalu menyalahkan ibu bapa yang melarang anak mereka daripada divaksin. Sehingga tulisan itu seolah-olah melebih-lebihkan kuasa vaksin daripada kuasa Allah swt.

Di sini ada beberapa penjelasan:

 
a) Tulisan sindiran itu timbul daripada perasaan marah kerana tulisan seseorang yang saya baca di Facebook yang mana tulisan itu seolah-olah menafikan kuasa Allah swt. Vaksin adalah asbab dan perantara tetapi segalanya berlaku dengan izin Allah swt. Apakah saya tidak merasa marah apabila seseorang itu mengatakan ada sesuatu yang lebih hebat daripada kuasa dan takdir Allah swt? Tetapi tidaklah kita perlu meninggalkan asbab dan perantara, kapal ingin berlayar perlukan air. Jadi, adakah saya anti vaksin? 


b) Saya berpandangan terbuka dalam masalah vaksin kerana mendapati ramai yang menggalakkan penggunaan vaksin seperti doktor hospital dan ramai juga yang tidak mahu langsung menggunakan vaksin seperti Pengamal Perubatan Alternatif sebahagiannya. Sejak isu ini viral, ramai rakan-rakan menghantar mesej kepada saya secara personal yang menyatakan sokongan mereka kepada saya. 

Bagi saya pula, saya bukanlah anti vaksin. Demi Allah, saya membiarkan anak saya diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran. Kalau saya anti vaksin, mana mungkin saya membiarkan anak saya disuntik vaksin? Dan saya menyarankan kepada ibu bapa agar berbincang dengan para doktor dan pakar yang terbaik untuk anak mereka kerana mereka lebih arif. 


Tambahan pula, Fatwa telah mengharuskan dan menggalakkan vaksin. Mana mungkin saya lebih arif dari doktor dan mufti? Mungkin ada yang mempersoalkan post saya sebelum ini (agak lama dahulu) di Instagram yang mana saya telah memuat naik gambar yang dipetik daripada buku tulisan Jerry D. Gray dalam buku bertajuk Trust No One. Penulis telah menulis lebih daripada 50 muka surat berkaitan bahayanya vaksin. Post itu bertujuan ingin mendapatkan respon masyarakat tentang perkara yang ditulis serta jawapan daripada dakwaan penulis akan bahayanya vaksin. 


Tambahan pula, ramai saudara mara saya yang turut menjadi rakan Facebook dan Instagram adalah di kalangan doktor. Ianya seperti mana anda share status saya sebelum ini bukannya bertujuan untuk setuju dengan status saya tetapi share tanda tidak setuju dan supaya saya dihentam. Post itu bertujuan mendapatkan respon daripada pakar yang terdapat dalam Facebook dan Instagram saya. 
Jika benar dakwaan Jerry D. Gray itu yang mengatakan vaksin adalah berbahaya, maka seharusnya kerajaan Malaysia menyekat kemasukkan buku-buku tulisan beliau kerana menimbullkan kekeliruan. 


Jadi tulis itu sebenarnya disebabkan rasa marah saya kerana seseorang Muslim menafikan kuasa Allah swt. Bukannya kerana anti vaksin. Apabila menulis dalam keadaan marah, maka tulisan saya menjadi agak keterlaluan dan jauh dari maksudnya yang sebenar. 


Jadi untuk kesekian kalinya saya meminta maaf. Saya sedar yang tulisan itu tidaklah maksud sebenar yang dimaksudkan tetapi sebaliknya.

 
3. Saya bukanlah doktor atau mufti. Rujuklah pada pakar perubatan anda.
4. Atas nasihat anda, saya telah buang gelaran Imam Muda. Jadi jangan libatkan Imam Muda yang lain. Saya hanyalah hamba berdosa. 
5. Setiap manusia sering melakukan kesilapan. Jadi maafkan saya. 
6. Saya bukan anti vaksin tetapi saya anti ucapan yang menafikan kuasa Allah. 
7. Mungkin saya perlu menghadiri kelas bahasa agar lebih tepat kepada maksud yang disampaikan. 
8. Anda boleh PM saya jika perlu kita berbincang dengan harmoni. 
9. Maaf sekali lagi. 











Dan ini pula nasihat dari Medical Mythbuster Malaysia kepada Imam Muda Ammar ;

Teguran ikhlas buat Imam Muda Ammar,
1. Setiap status yang dimuat naik oleh tuan adalah tanggung-jawab tuan. Tuan bertanggungjawab di atas pengaruh status itu ke atas lebih 3000 pengikut tuan Di ruangan Facebook ini dan atas sebaran awam.
2. Status tuan yg telah dipadamkan (lihat lampiran foto) telah tersebar dgn meluas. Kami tafsirkan status berikut sebagai "mempersendakan satu kehilangan nyawa" serta "serangan momokan terhadap usaha tegar pihak kesihatan untuk memelihara negara kita dari penyakit berjangkit yg serius".
3. Tahukah tuan apa itu penyakit Difteria? Difteria ialah penyakit berjangkit yg serius - hasil dari jangkitan bakteria Corynebacterium Diphteriae. Kesan jangkitan ialah gangguan pernafasan hingga membawa maut dan ia lebih berpotensi untuk menjangkiti kanak-kanak dan golongan lemah seperti pesakit kanser dan Warga emas.
4. Untuk pengetahuan tuan, pada 1921 seramai 15,520 orang mati di Amerika Syarikat- asbabnya ialah penyakit Difteria. Pernyataan ini bukanlah pertikaian mengenai tugas Malaikat Maut. Ia adalah untuk membuktikan bahawa Difteria adalah asbab Pembunuh yg nyata!
5. 1993: Russia mencatat sejarah apabila merebaknya penyakit Difteria menjangkiti 12,865 orang. Ini menepati ciri wabak penyakit. Wabak harus dicegahi dan vaksin adalah satu metodologi pencegahan penyakit yg diiktiraf oleh Pakar-Pakar Perubatan. Pencegahan wabak adalah selaras dengan seruan Allah dalam surah Al- Baqarah sebahagian ayat 195 yang bermaksud "Jangan kamu campakkan diri kamu dalam kebinasaan" yang membawa erti kata lain bahawa Islam menyeru kita untuk menyelamatkan diri dari sebarang benda yang mengakibatkan bahaya atau kemusnahan.
6. Status tuan yg seterusnya (sila rujuk kepada lampiran foto) telah menyatakan bahawa tuan hanya bergurau dan juga ingin supaya kami hormat terhadap pilihan golongan anti-vaksin.
7. Ingin kami memberi peringatan kepada pihak tuan bahawa Nyawa yg diberikan oleh Allah adalah sesuatu yg berharga dan perlu dipelihara. Nyawa bukanlah satu bahan yg boleh dibuat bahan gurauan.
8. Pilihan golongan anti-vaksin untuk tidak memvaksinasikan anak-anak mereka bukan sahaja memberi impak kepada keluarga mereka Tetapi juga membawa kesan yg serius terhadap orang ramai dengan tersebarnya penyakit berjangkit. Justeru itu, pilihan yg membahayakan komuniti harus ditentang dengan keras dan serius. Kami mohon pihak tuan membuat bacaan lanjut mengenai konsep " herd immunity" untuk lebih memahami konsep vaksinasi.
9. Status ini dimuat naik secara Umum memandangkan status tuan juga dibuat secara Umum.
10. Kami memohon semua pihak bertanyalah kepada pihak yg arif mengenai sesuatu perkara. Jangan buat andaian Dan jenaka tidak bertempat.
- Medical Mythbusters Malaysia -
Akhir kata kepada Imam Muda Ammar. Imam Muda ialah product kapitalis ASTRO. Ya, kapitalis ASTRO. Imam Muda Ammar berkata anti kepada mereka yang menidakkan kekuasaan Allah dan saya percaya ini bermaksud Imam Muda Ammar juga anti kepada apa-apa yang tak pro Islam. Oleh itu adalah dicadangkan agar Imam Muda Ammar lawanla product kapitalis ASTRO yang menggunakan elemen berbentuk keagamaan bagi tujuan mengaut keuntungan. ASTRO mewujudkan saluran AOSIS bukan bermaksud mereka baik dan bagus. Mereka telah melakukan penipuan yang nyata serta menindas pengguna Malaysia dengan perjanjian berat sebelah ditambah dengan kualiti service yang teruk namun dilindungi kerajaan atas nama pemilik saham. Lawanla konspirasi yang betul2 nyata di hadapan anda berbanding konspirasi yang kita masih samar-samar akan kefaktaannya.

Sekian, terima kasih.

Rujukan : 

https://www.facebook.com/bernamaradio/photos/pcb.10153582104892031/10153582102107031/?type=3&theater

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.590818720942020.1073741828.578835322140360/1229258050431414/?type=3

http://www.news-medical.net/health/Vaccine-History-(Indonesian).aspx