t>

Breaking News

Surau & Taska Jatuh Ke Sungai Kerana Tanah Runtuh.


Surau dan taska di Sekolah Kebangsaan Kampung Buda, Spaoh, di sini, terhumban ke dalam sungai akibat tanah runtuh, pagi tadi.
Kejadian disedari penduduk kira-kira 4 pagi sebelum menghubungi bomba.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, tanah runtuh dipercayai berpunca daripada arus sungai yang deras.
Katanya, akibat daripada itu, surau dan taska yang terletak di tebing jatuh ke dalam sungai.
"Setakat ini kejadian tidak membabitkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Langkah keselamatan diambil bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku," katanya lapor Harian Metro.