Dituduh Fitnah Kazim, Wardina Tampil Berikan Penjelasan Sebenar.
BISMILLAH
Saya ingin maklumkan ringkasan kisah dakwaan pencabulan seksual di MAAHAD TAHFIZ bagi mereka yang sebelum ini tidak faham dan tidak mengikuti kes ini dari awal. Saya sarankan kepada yang tak mampu untuk menghadam kronologi dan kisah sebenar ini untuk menahan diri daripada membuat sebarang komen negatif kepada mana-mana pihak (termasuk Ustaz Kazim)
Perlu difahamkan bahawa :-
1. BUKAN saya dan Syed Azmi yang memfailkan laporan polis terhadap Mahaad Tahfiz Darul Barakah. (Pengadu adalah ibu kepada mangsa).
2. Saya banyak menerima luahan hati daripada orang ramai melalui laman Facebook awam saya berkenaan dengan insiden pencabulan seksual kanak-kanak. Majoriti aduan adalah daripada mangsa sendiri (semasa kecil) ataupun ibu-ibu mangsa yang tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kerana pelbagai halangan dan menemui jalan buntu.
3. Oleh sebab itu, Saya dan Syed Azmi sudah sekian lama berkongsi luahan hati kes mangsa-mangsa di page kami, bagi memberi pendedahan kepada masyarakat betapa seriusnya masalah seumpama ini yang sudah membarah dalam masyarakat dan kesannya terhadap mangsa.
4. Pada awal Ogos 2016, saya menerima satu aduan di FB oleh seorang ibu mendakwa anaknya dicabul. Beliau mengadu dengan panjang lebar (boleh baca aduannya yang telah saya lampirkan di FB ).. saya mengejutkan suami saya dari tidur untuk membacakan aduan tersebut (it was that shocking).
5. Di antara soalan pertama saya kepadanya ialah "Can I verify this news? How do I know if this is true?" (menjawab komen yang mengatakan saya tidak bertabayyun, tidak mahu memeriksa dan terus share).
Oleh kerana insiden ini amat mengejutkan dan berat, saya dapatkan maklumat yang lebih lanjut sebelum share.
Saya diberitahu yang insiden ini telah beliau kongsikan bersama Syed Azmi terlebih dahulu. Saya dan Syed Azmi tahu betapa pentingnya untuk mengesahkan sesuatu maklumat sebelum dikongsi di FB kerana kami bukanlah orang yang tidak berpelajaran.
6. Setelah mendapat lebih maklumat DAN kebenaran ibu tersebut, saya kongsi cerita ini TANPA mengetahui Maahad Tahfiz mana yang dimaksudkan untuk dijadikan pengajaran (sama seperti kisah lain) kepada ibubapa yang mungkin mengalami situasi yang agak sama dan lebih berwaspada.
7. Beberapa hari kemudian, Ibu memaklumkan identiti Maahad Tahfiz tersebut kepada saya. Saya terkejut namun tetap TIDAK mendedahkan nama Maahad Tahfiz walau didesak oleh pengguna FB
8. Ibu membuat laporan polis beserta nama Maahad Tahfiz. Kemudian melalui FB, Ibu memberitahu saya beliau sudah membuat laporan polis setelah mendapat nasihat dari peguam.
9. Ibu menceritakan kisah laporan polis sebagai "update" mereka yang mengikut kes ini, lalu saya kongsikan di page saya (Tetap TIDAK menamakan Mahaad Tahfiz tersebut). Laporan pihak media kemudian menamakan Maahad Tahfiz Darul Barakah sebagai pihak yang disiasat.
10. Ustaz Kazim membuat laporan polis terhadap saya dan Syed Azmi kerana 'memfitnah' beliau.
Persoalan saya:- 1. Dimana 'fitnah' saya terhadap Ustaz?
2. Sekiranya pengguna FB dan masyarakat mendapat maklumat mengenai kes ini melalui LAPORAN POLIS dan sumber media (dan oleh sebab itu ustaz diberikan komen negatif oleh pengguna FB) maka sebagaimana dilemparkan kata-kata negatif kepada saya ianya adalah diluar kawalan.
3.Sekiranya benar dakwaan ini "fitnah" ianya BUKAN dari saya. BUKAN cerita saya mahupun SA.
FOKUSnya disini SEBENARNYA ialah:-
1. Mengenai aduan terhadap kes pencabulan ini samada ianya benar-benar berlaku DAN ini adalah tanggungjawab polis untuk menyiasat setelah aduan dilakukan. (Bukan tanggungjawab saya)
2. Sekiranya ada aduan serius seperti ini (lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak) KITA sepatutnya FOKUS ke atas aduan tersebut. THAT is the main focus.
3. Kita perlu memudahkan mereka yang ingin membuat aduan pencabulan BUKAN menghalang mereka dan menyerahkan kepada pihak polis menyiasat kredibiliti aduan mereka. 4. Setiap aduan PERLU dipandang serius kerana tuduhan tersebut amat berat;
i. sekiranya pengadu membuat aduan palsu ianya SALAH
ii. insiden benar-benar terjadi sebagaimana dilaporkan Amat menyedihkan kita mempunyai mentaliti menyusahkan dan menakutkan mereka yang mahu tampil membuat aduan.
(Teringat kes ibu membuat aduan polis mengenai seorang kanak-kanak yang disyaki ingin dicabul oleh seorang lelaki di atas motosikal, ibu tersebut nampak melalui tingkap rumahya - kemudian ibu tersebut diugut sehingga tutup account FBnya) Masyarakat apakah ini?
We could have not cared and not dragged into this nonsense, but we chose to give a voice to a mother desperate for justice.
Kami sedia maklum akan peranan dan jasa Ustaz Kazim sebagai penaung Maahad Tahfiz dan berharap episod ini tidak melumpuhkan malah memantapkan lagi pengendalian Maahad Tahfiz supaya bebas daripada persepsi negatif.
Semoga insiden ini akan menjadi titik mulanya pihak kerajaan menggubal undang-undang atau menyediakan seliaan dan garis panduan bagi semua Maahad Tahfiz dan sekolah berasrama bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku di masa akan datang.
Kita perlu membersihkan semua asrama dan sekolah dari gejala buli dan seumpamanya. We owe it to our children.
Sekian, Wardina Safiyyah
P/S: Laporan Polis keatas saya juga telah mencemarkan nama baik saya. It complicated matters further.
Bukan Ustaz sahaja yang ada nama baik. Laporan Ustaz membuatkan orang percaya bahawa saya dan Syed Azmi memfitnah beliau (lebih-lebih lagi mereka yang tidak mengikuti kes ini dari awal serta gagal memahami isu sebenar). Jadi sebagaimana Ustaz tidak suka dan menganggap komen yang mengutuk Ustaz memalukan dan mencemar nama baik Ustaz, cara dan laporan polis terhadap kami juga mencemarkan nama baik saya, kerana kami juga menerima berbagai komen negatif. I feel he owes us an apology.
------> It is not about ME or YOU Ustaz, it is about the allegations made. We just have to take it seriously regardless.
Teringat kisah Nabi difitnah dan digelar Gila, Ahli sihir dan seumpanya. Moga kesabaran Nabi saw menjadi iktibar buat kita semua.
Maaf segala salah silap. Kita ni niat nak tolong orang je.