Preve JPS 2720, Awak Kat Mana? Kenapa Lari Selepas Bunuh Orang?
Kejam, kejam. Dah la langgar orang lepas tu takde rasa simpati untuk berhenti. Main lari je. Apa jenis punya manusia la dorang tu. Kemalangan berlaku tak sengaja. Tapi bab melarikan diri dari lokasi kemalangan, itu sengaja.
Mohon kita bantu keluarga mangsa jejak kasih si Preve 2720 neh jap. Butiran kemalangan tidak diceritakan pun begitu kemalangan tersebut telah meragut 2 nyawa yang tak bersalah. Seorang dewasa & seorang lagi kanak-kanak.
Ahli keluarga mangsa menulis ;
Tuan punya kereta Proton Preve JPS 2720 - please take note- 8/7/2016 awak dan Kakak awak langgar kereta Adik Saya di kilometer 111 (U) yong peng - pagoh dan lari meninggal kan tempah kejadian - hit and run.
Sila tampilkan diri.. Awak dan kakak awak menyebabkan Adik Saya cedera parah patah 7 tulang rusuk, paru-paru kanan cedera teruk, koma selama 2 minggu lebih dan anak perempuan Adik Saya yg berumur 4 tahun meninggal dunia.- the only daughter that he have died because of brain damage.
Dan kawan adik saya juga meninggal dunia kerana apa yg awak dan kakak awak buat. Menurut saksi yg tampil mengatakan awak langar dan lari dari tempat kejadian. Awak tak layak di gelar manusia pun..
Dear friends please share my status. I'm looking for the lady that did terrible things to my brother and his family. Pls my dear friend viral my story.
Nani Faiq