t>

Breaking News

Bakal Dapat 500 Juta? Patutlah Nak Bagi Lesen Pinjaman Kepada Pemaju!


Jika satu lesen menarik derma RM100 juta, lima lesen mampu menarik “derma” politik sehingga RM500 juta, begitu kata Rafizi Ramli mengenai keputusan kerajaan membenarkan pemaju menawarkan pinjaman kepada pembeli hartanah. Berkuatkuasa semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata lesen peminjam wang akan diberi kepada pemaju supaya mereka boleh menyediakan pinjaman perumahan sehingga 100% kepada pembeli, termasuk pembeli rumah kedua dan permohonan mereka yang ditolak. 

“Saya khuatir keputusan Kerajaan Pusat ini adalah jalan belakang ke arah itu dan sebagai balasan, kumpulan pemaju besar yang diberikan lesen perlu “menderma” sejumlah yang besar kepada BN,” kata Setiausaha Agung PKR itu. Menurut Tan Sri Noh Omar, kadar faedah untuk pinjaman melalui skim ini tidak boleh melebihi 12% untuk pinjaman bercagar dan 18% jika tanpa cagaran, manakala kumpulan sasaran pembiayaan diserahkan kepada budi bicara pemaju. 

Rafizi berkata keputusan kerajaan itu jika disingkap mendedahkan sikap tidak mengambil hirau harga rumah yang dipacu pemaju terbesar adalah diluar kemampuan rakyat. Malah, Ahli Parlimen Pandan itu meramalkan lebih banyak projek perumahan diluar kemampuan rakyat akan dibangunkan dengan alasan pembeli kini boleh meminjam 100%, pada kadar faedah yang ditawarkan kegiatan Ah Long. 

“Membenarkan pemaju untuk memberikan pinjaman perumahan kepada peminjam yang tidak layak kerana pendapatan mereka tidak padan dengan ansuran bulanan adalah satu tindakan membina portfolio peminjam tidak boleh bayar. “Apatah lagi kadar faedah yang dikenakan iaitu 12% hingga 18% adalah lebih tinggi dari kadar kad kredit dan menjadikan kebarangkalian peminjam tidak boleh membayar balik adalah terlalu tinggi. 

“Fenomena membenarkan peminjam yang tidak layak mendapat pembiayaan perumahan pada kadar faedah yang tinggi inilah yang dirujuk sebagai “sub-prime” yang pernah berlaku di Amerika Syarikat hinggalah skim itu runtuh dalam tahun 2008.” Krisis gadai janji subprima yang bermula dengan pecahnya gelembung perumahan dan kadar ingkar tinggi yang diberi kepada peminjam berpendapatan rendah yang berisiko menyebabkan kegawatan ekonomi AS dari Disember 2007 hingga Jun 2009.