Bekas Pemimpin, Ahli PKR Berkumpul Tubuh Parti Baru.
PARTI BARU BAKAL GANTI PKR
Kuala Lumpur, 10 Sept. Sejumlah pemimpin dan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menghantar lengkap permohonan untuk menubuhkan sebuah Parti Baru, jelas seorang bekas pemimpin tertinggi PKR.
Jelas beliau lagi, Parti tersebut berkonsepkan pelbagai kaum dan berlandaskan perlembagaan dan perjuangan asal Parti PKR. Permohonan tersebut telah dihantar oleh mereka yang terlibat pada awal Januari tahun ini dan kini dalam peringkat akhir kelulusan pendaftaran Parti Baru tersebut.
Beliau menambah, hampir 80% Ahli Jawatankuasa Penaja (AJK) Parti Baru ini terdiri daripada pemimpin dan bekas pemimpin PKR yang turut memegang jawatan di peringkat Pusat dan Negeri. Beliau mendedahkan lagi, ada kalangan pemimpin PKR hanya menunggu kelulusan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tentang penubuhan Parti Baru ini dan bersiap sedia untuk keluar beramai-ramai dari PKR untuk menyertai Parti Baru ini.
Menurut satu sumber dalaman, penubuhan Parti Baru ini jelas dan serius untuk mengambil alih peranan PKR di persada politik negara. Sumber dalaman tersebut turut menyatakan antara sebab Parti Baru ini ditubuhkan adalah kerana PKR telah lari dari perjuangan asal dan landasan sebenar.
Suasana kerakusan perebutan kuasa di kem-kem tertentu dalam PKR dan keadaan caca-marba menyelubungi suasana politik PKR. Sumber tersebut mendedahkan tindakan rakus kem Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali yang dilihat mahu menyingkirkan semua pemimpin PKR yang tidak sealiran dengan beliau turut menjadi punca kepada penubuhan Parti Baru ini.
Sejumlah pemimpin dan bekas pemimpin PKR gusar dengan tindakan Azmin yang memonopoli arah tuju PKR dalam arena politik Malaysia. Azmin juga dilihat seperti ingin menjadi pemimpin nombor satu PKR setelah ketiadaan Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum PKR.
Difahamkan juga, satu rombongan terdiri daripada pemimpin dan bekas pemimpin PKR ini berjumpa dengan bekas pemimpin tertinggi PKR yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung penubuhan Parti Baru ini sebulan yang lepas. Tan Sri Khalid dikatakan menyokong penuh penubuhan Parti Baru ini dan akan memberi sokongan dari belakang.
Walaupun tidak dihebohkan lagi perkara ini, namun difahamkan oleh sumber dalaman dari pihak ROS, mengakui sedang dalam peringkat akhir untuk meluluskan Parti Baru ini. Kepimpinanan tertinggi PKR juga telah menghidu perkara tersebut namun gagal berbuat apa-apa kerana tindakan Azmin yang sememangnya ingin menyingkirkan pemimpin PKR yang menentang beliau. Beberapa pemimpin PKR yang bersifat neutral juga dilihat lebih cenderung untuk menyertai Parti Baru ini apabila diluluskan kelak menurut sumber dalaman parti tersebut.
PKR ditubuhkan pada 4 April 1999 dengan nama asal Parti Keadilan Nasional (PKN) sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Matlamat PKR jelas ingin menjadikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. PKR juga bermatlamatkan ingin membuka semula penyelewengan dan kesalahan terhadap Anwar yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sumber: Nor Azman Mat Amin
*Bekas Exco AMK PKR Pusat / Bekas Bendahari PKR Kelantan
*( AJK Penaja Parti Baru )
* 10 September 2016.