Isu Siti Kassim Mencarut Di Forum Bincang Hudud - Ini Penjelasan Dari Saksi Kejadian.
Saya duduk sebelah Siti Kasim hari tu. Jadi saya saksikan sendiri sesetengah yang hadir yang macamlah diaorang tu pejuang Islam sangat, dok menjerit dan mengganggu bila Siti tengah cakap. Mereka juga bising-bising keluarkan komen Siti tu siapa , tak layak cakap pasal isu itu semua.
Forum tu panelists nya were ALL MALE . Moderatornya pun adalah bekas Presiden ABIM dan bekas pengerusi PEMBELA yang anggap agama Kristian sebagai sebagai ancaman terbesar Islam di Malaysia.
Moderator patutnya kawal keadaan, tapi dibiarnya je sesiapa yang nak menjerit apabenda pun bila SIti tengah cakap di mikrofon masa Q&A. Perlu ke nak tunggu Siti minta moderator kawal keadaan? Since dah riuh masa sesi Siti, saya ingat tak apalah, saya tunggu round Q&A yang ke-2. Jadi bila sesi Q&A yang ke-2 dibuka, sayalah orang pertama yang angkat tangan tinggi-tinggi.
Moderator nampak dan tengok saya angkat tangan, tapi dia toleh tempat lain dan bagi lelaki-lelaki yang bangun tanya. Padahal masa Q&A round pertama, lelaki pun dah banyak tanya dah. Jadi di ALL MALE forum itu, cuma SITI SEORANG saja WANITA yang dapat participated in the whole discussion.
Saya sebenarnya nak tanya pada Menteri Agama dan wakil PAS tu, apa yang diaorang obsesi sangat pasal nak tambah kuasa HUKUMAN undang-undang Islam? Bukankah yang patut diobesikan oleh mereka ialah bagaimana nak memastikan KEADILAN di sistem kehakiman Syariah dapat dilaksanakan dengan berkesan? Supaya setiap orang Islam FAHAM APA ITU KEADILAN DAN BETAPA PENTINGNYA KEADILAN ITU TERLAKSANA DENGAN BAIK DAN BERKESAN. Pertubuhan-pertubuhan Wanita telah submit pindaan Rang Undang-undang Keluarga Islam agar ianya lebih adil dan menjamin hak wanita-wanita Islam.
Usul pindaan itu telah melalui proses yang sangat panjang, termasuklah bersama-sama dengan agensi-agensi agama kerajaan termasuk JAKIM, Mufti-mufti dan AG dept semua sekali.
Namun, dah lebih 5 tahun agaknya, usul pindaan Undang-undang Keluarga Islam yang bertujuan untuk memberi keadilan pada wanita Islam itu - hingga kini terperap senyap begitu saja tanpa ada sebarang sense of urgency daripada Menteri Agama atau agensi keagamaan kerajaan, PAS lagi lah tak boleh harap... Jadi, Rang atau Akta yang bertujuan untuk menegakkan keadilan tak diambil pot, depa tak peduli langsung pun. Tapi Rang atau Akta yang nak bagi hukuman keras ni lah yang diaorang tak sabar sangat nak lulus dan laksanakan, kalau boleh hari ni jugak. Nampak tak mana pegi sense of priority diaorang?
What I saw in that forum was that IT WAS all about MEN AND POWER, not so much about upholding justice, and not about creating a high moral society. Hukuman keras ni semua tidak akan membentuk insan yang mulia. Yang membentuk insan-insan masyarakat yang mulia ialah pendidikan tentang etika yang tinggi sedari kecil .
Jadi patutnya yang perlu difokus ialah PENDIDIKAN, bukan HUKUMAN. Semua kanak-kanak di Malaysia perlu diajar dari kecil lagi bahawa setiap manusia itu ada HAK. Hak orang mesti dihormati. Jangan ganggu orang - Ganggu orang, walau siapa atau apa pun dia, adalah Salah. Ganggu perempuan - walau dia pakai apa pun, adalah salah. Kalau terjumpa barang yang bukan dia punya, jangan ambil - malah usaha cari dan pulangkan pada tuan punya nya.
Orang Eropah macam di Jerman atau Sweden, orang Jepun semua - sistem pendidikan mereka telah membuatkan rakyatnya menghormati hak orang lain, tidak ganggu orang, kalau barang tertinggal, diaorang tak ambik dsb. Mereka ditanam sikap percaya diri yang tinggi dan critical thinking sedari kecil. Mereka diajar sedari kecil untuk membantu dan berbuat baik pada orang lain - supaya tidak Kiasu. Kadar jenayah di negara-negara macam Sweden, Denmark, Jepun semua tersangat rendah berbanding dengan kebanyakan negara Islam.
Kalau you all, especially women, nak pergi holiday pun, you all pasti akan rasa jauh lebih selamat di negara-negara itu berbanding di kebanyakan negara Islam , termasuklah yang sudah pun laksanakan hudud. Padahal Sweden, Jerman, Jepun semua tu tak da hudud pun....
Ada negara tu, rakyat dia kat negeri dia memang takut buat kesalahan sebab hukumannya dan dendanya sangat berat. Tapi belum tentu semua rakyatnya punya keperibadian mulia yang sangat tinggi, dan tidak kiasu. Kadang-kadang apa yang jadi ialah, sebab nak lepas gian, bila dia pergi negara jiran, dia pun buang sampah juga, langgar traffic light juga, pecut kereta laju-laju dan tak bayar saman juga..
Jadi, BERI HUKUMAN BERAT dengan SISTEM PENDIDIKAN YANG ajar NILAI-NILAI YANG BAIK membentuk mansyarakat yang menghormati hak orang dan berfikiran kritikal, memberi kesan yang berbeza pada masyarakat. Hukuman berat tidak membentuk insan atau masyarakat yang BERPERIBADI MULIA. Contohnya , tengoklah perangai buruk hadirin yang kononnya nak Islam 'yang mulia dan indah' sangat tu...
Sumber : Norhayati Kaprawi