Potong Tangan Dalam Alquran Bermaksud Lukakan Tangan Sikit2 Je Kata Siti Kassim & Ustaz Ini Sekolahkan Siti Kassim Kaw-Kaw.
Kemuncak kebodohan Siti Kasim.....
Apabila Allah menyebutkan فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ Apabila mereka melihatnya(yusuf) , mereka berasa kagum lalu terpotong tangan mereka.(yusuf: 31)
Seseorang yang sedang memegang pisau dalam keadaan terpegun sudah pasti akan tercucuk tangan mereka, bukannya terpotong sampai putus.
Ini berbeza dengan ayat وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا Pencuri lelaki dan perempuan maka potonglah tangan mereka.(al-Maidah: 38)
Rasulullah S.A.W telah memberi penjelasan terperinci tentang syarat dan cara pelaksanaannya.
Ringkasnya ribuan orang pada 300 tahun pertama melalui ratusan hadith telah meriwayatkan dari RAsulullah S.A.W bahawa ayat ini beerti potong tangan bukannya lukakan tangan.
Disudut logic, bilangan sebegini ramai mustahil bersepakat melakukan penipuan sedangkan tiada seorangpun dizaman itu yang membantah.
Demikian juga sama dengan ayat: إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ
Adapun balasan orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya berusaha menyebarkan kerosakan diatas muka bumi hendaklah dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki secara bersilang (al-Maidah: 33)
Menerima tafsiran Siti Kasim bahawa potong tangan dalam kesemua ayat ini beerti sekadar cucuk sikit sampai luka beerti beranggapan bahawa RAsulullah S.A.W yang al-Quran turun kepadanya serta para sahabat dan ribuan ulama Islam kesemua mereka adalah bodoh dan tak faham apa maksud perintah Allah itu melainkan sehingga datang seorang perempuan selepas 1400 tahun yang perlu menjelaskan maksud sebenar ayat itu.
Ada yang mengemukakan logic tahap tadika apabila bertanya kenapa Allah tidak guna perkataan البتر (kerat sampai putus). Bayangkan seorang yang mendengar doktor berkata: Kamu kena kencing manis, jadi kena potong kaki.
Lalu ada orang berkata: Maksud doktor tu bukan potong kaki tapi stop pengambilan gula sahaja sebab kalau dia maksudkan potong kaki sepatutnya dia kata "kerat kaki".
Budak lulusan UPSR pun tahu orang ini bangang, Demikian jugalah bangangnya orang yang mempersoalkan penggunaan istilah القطع dalam al-Quran.
Ia tidak lebih dari tindakan menjustifikasikan kebodohan dengan masuk kedalam kebodohan yang lebih besar.
Peringkat akal siti kasim ini kalau dibacanya Ayat إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ (Sesungguhnya dia adalah tuanku yang memberikanku tempat tinggal yang baik)
Boleh jadi dia akan anggap Yusuf menyembah penjaganya sebab digunakan perkataan Rabbi dan ditempat-tempat lainn rabbi beerti tuhanku.
Salman Ali.