t>

Breaking News

Ustaz Harun Din Meninggal Dunia.

Kemaskini.

 
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali semoga keluarga Ustaz Harun Din tabah menghadapi kehilangan ini.


< div class="separator" style="clear: both; 
Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din dilaporkan berada dalam kritikal selepas mengalami masalah jantung dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi laman Facebooknya memberitahu, pihak hospital meminta keluarga Haron segera datang ke unit tersebut pada jam 5 pagi (waktu tempatan).

"Mohon doa kalian.. Pada jam 5.00 pagi (SFO) hospital call. Minta keluarga datang hospital. Tuan Guru Dato' Haron Din mempunyai komplikasi d jantung dan dimasukkan di ICU. Sekarang on heart support".

"2 anak Tuan Guru bersama Doktor Sekarang. Keluarga yg lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon Doa kalian..jazakallah.. 

*sumber keluarga TGHD"

Kata Ustaz Ahmad Dusuki di laman Facebooknya. Dan pagi tadi juga dilaporkan perkembangan terkini Tuan Guru Harun Din masih lagi dalam keadaan yang kritikal..

Sebelum ini Ustaz Harun Din telah menjalani beberapa rawatan berkaitan masalah kesihatan di Malaysia dan rawatan di US adalah rawatan susulan terhadap penyakit yang sama.