t>

Breaking News

Warga Indonesia Berkahwin, Dapat Tanah Felda, Beli Rumah Guna IC Palsu - Apa Sudah Jadi Dgn Sistem Keselamatan Negara?


Pelik sangat-sangat. Adakah pemilik IC sebenar ; 

1. Tidak pernah berkahwin? 

2. Tidak memohon pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagai? 

3. Tak pernah mohon BRIM? Kalau ada mesti LHDN boleh double check tentang pemilikan harta. 

Selama hampir 30 tahun? Kerana sepanjang tempoh itula si pencuri identiti palsu telah hidup menggunakan identiti miliknya.

Sungguhpun tahap keselamatan IC pada zaman dahulu agak longgar tetapi dari semasa ke semasa ianya telah dipertingkatkan oleh kerajaan. Jangan kata kerajaan terlepas pandang sebab beri tanah FELDA dan bank terlepas pandang kerana luluskan loan, jabatan agama Islam pun terlepas pandang sebab si pemilik identiti palsu menggunakan IC palsu untuk berkahwin. Apa status isteri dan anak-anak? Kesian pada keluarga yang menjadi mangsa penipuan. Waktu Najib umum pemberian bonus pada warga FELDA, dia rembat sekali la kan?

-------

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 52 tahun selepas dia didapati menggunakan identiti warga tempatan bukan sahaja untuk berkahwin, malah memiliki aset termasuklah rumah serta kereta sejak 30 tahun lalu. 

Menurut Ketua Unit Pendakwaan JPN, Mohd Fazdhly Abdul Razak, suspek mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan seorang wanita tempatan. Selain itu, suspek juga menggunakan kad pengenalan yang pernah dilaporkan hilang lebih 20 tahun lalu itu untuk menjadi peneroka FELDA. 

Suspek ditahan oleh penguatkuasa JPN dalam satu serbuah di rumahnya di sebuah tanah rancangan FELDA di Gemencheh, Tampin, kelmarin. "Kesalahan itu dikesan apabila seorang lelaki datang ke pejabat JPN membuat semakan mengenai status MyKad digunakan suspek. 

Pemeriksaan mendapati, suspek pernah disiasat kerana didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain pada 1995. "Dia bagaimanapun melarikan diri ketika siasatan dilakukan JPN ketika itu. Suspek kini direman dan disiasat mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan akan didakwa Rabu ini," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Putrajaya, hari ini. - BHOnline