t>

Breaking News

Yuran Pengajian Percuma Di Unisel Untuk Kemasukan Oktober 2016.


Universiti Selangor (Unisel) menawarkan pengajian percuma bagi kesemua program tahun asas di bawah Skim Dermasiswa untuk kemasukan pada Oktober ini. Inisiatif itu diwujudkan sebagai jaminan memacu sistem pendidikan negeri ke arah melahirkan graduan berdaya saing dan diiktiraf, seiring komitmen menjadikan Selangor sebagai hab pendidikan terbaik negara. 

“Program itu merangkumi pengajian Tahun Asas Pengurusan, Tahun Asas Sains, Program Asas Teknologi Maklumat dan Program Asas Sarjana Muda Pendidikan,” kata Unisel menerusi Facebook rasminya. 

Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang www.unisel.edu.my atau hubungi Pejabat Pendaftar Unisel di talian 03-55223400. Untuk maklumat lanjut, orang awam juga boleh menghubungi Kaunselor Kemasukan, Azman (011-23868569), Juniran (011-23868950) dan Aiman (011-20036355). 

Sebelum ini, UNISEL yang juga universiti hak milik penuh Kerajaan Negeri terus konsisten menyediakan fasiliti dan pendidikan terbaik menerusi pelbagai program pendidikan lapor Selangor Kini.