t>

Breaking News

Beli Rokok Tak Membazir, Ianya Wajib Jika Penghisap Mendapat Manfaat Darinya - PU Faiz.

Bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli menyifatkan rokok tidak boleh dihukum sebagai satu perkara haram kerana ia tidak dikategorikan sebagai membazir.

Beliau yang dikenali sebagai PU Faiz, 27 berkata adalah tidak wajar meletakkan rokok sebagai satu pembaziran kerana ada sebilangan masyarakat yang mendapat manfaat keatasnya.


“Kena tahu definasi membazir itu apa, makna membazir ialah benda yang kita beli tapi tidak ambil manfaat keatasnya tapi kalau kita beli dan ambil manfaat ia tidak dianggap membazir (kerana) ada yang kata membeli rokok membazirkan harta, tak kena tu (diangap) membazir.

“Kalau beli rokok tapi letak dalam lubang jamban kemudian ‘flush’ habis duit bodoh-bodoh macam tu atau beli rokok bagi lembu isap itu baru diangap membazir tapi kalu beli rokok untuk kamu hisap itu tidak dianggap membazir kerana kamu mengambil manfaat ke atas rokok itu,” katanya ketika menyampaikan kuliah agama mengenai isu tersebut baru-baru ini.

Melalui klip video yang dimuatnaik oleh ‘Online Majlis Ilmu’ di laman sosial, PU Faiz turut mendakwa wajib untuk seseorang itu menghisap rokok sekiranya ia bertujuan untuk mencari nafkah untuk keluarganya.

“Orang hisap rokok ini bukan dia letak dalam lubang jamban tapi hisap mengunakan mulut (jadi) dia mengambil manfaat keatas rokok itu, kita tak boleh kata ia sebagai membazir kalau nak kata manfaat dia (rokok) ni banyak (contohnya) kalau orang yang nak mengajar (hisap rokok) dia tidak akan mengantuk.

“Kalau orang mabuk laut tapi bekerja mencari nafkah dengan menangkap ikan di tengah laut tapi alau dia tak hisap rokok nanti dia pening dan tumbang (pengsan) atas perahu pada ketika itu (hukum) keatas lelaki itu adalah wajib untuk menghisap rokok.

“Kerana sekiranya tak hisap rokok dia tidak dapat menyempurnakan hukum wajib untuk mencari nafkah melainkan dengan hisap rokok baru dia tak mabuk,” tegasnya lagi.

Walaupun dikecam hebat di laman media sosial PU Faiz tetap mempertahankan hujah mengenai hukum merokok itu.




Penceramah bebas itu sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mencederakan seorang penceramah wanita, dua bulan lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Sekolah Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi, No. 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4 Seksyen 8, Kota Damansara, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang, 29 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semua kes. – SuaraTV