t>

Breaking News

Guna Agama Untuk Raih Simpati Netizens Agar Kutuk RELA, Individu Tampil Bidas Hijrah Hijab, Dedahkan Perkara Sebenar Yang Disorok Pendakwah.

Sebelum ini viral kisah seorang pendakwah yang kononnya menangis diperlakukan tanpa belas kasihan oleh seorang anggota RELA yang enggan benarkan dia masuk ke tapak meniaga. 

Berikut apa yang pendakwah itu tulis di Facebook pagenya ;
Assalammualaikum wbt....
Hari ini benar2 saya sedih yang AMAT sedih,ketika coretan ini ditulis tidak henti air mata saya jatuh berderai, hiba ,sayu, tak terungkap kata2 saya hanya air mata yang menjadi peneman ketika ini.
Saya ingin kongsikan apa yg berlaku pagi tadi pada diri saya..Atas sebab kelewatan 1 jam saya sampai di Angsana untuk setup BOOTH untuk Program Dakwah saya, di karnival mega sale anjuran kpdnkk, seorang Rela bernama Rosli tidak benarkan saya masuk dan suruh saya paking luar dan angkat barang dari jauh spi ke khemah,saya hanya bersama 2 org anak saya berumur 7 tahun dan 11 tahun serta 1 pembantu lelaki berusia 60 tahun, barang saya banyak dan semua berat2. 

"Berulangkali terangkan keadaan namun anggota RELA tetap enggan berikan laluan.."

Biasanya kami loading dekat dgn khemah. Saya faham dia jalankan tugas dan ikut arahan pihak penganjur. Puas saya terangkan keadaan saya dan saya ulang berkali2 saya nak buat dakwah, kempen menutup aurat..penganjur dah confirm bg saya tapak..lalu rela itu berkeras dan suruh saya hubungi pihak penganjur, saya akur dengan arahan rela itu..saya hubungi dan bagi rela tu bercakap dengan penganjur, dengan nada keras rela tu suruh penganjur keluar tunjuk muka dulu. Mungkin dia tidak percaya pada saya..ialah mungkin dia fikir sy boleh guna kawan saya..kemudian penganjur wanita itu keluar tunjuk muka dan explain semua. 
Rela itu terus berkeras memang tak blh masuk nanti pegawai saya marah katanya, saya bgtau dia..tadi en rosli suruh kol penganjur, kemudian suruh penganjur keluar, sekarang ni pegawai marah pula..saya merayu sampai keluar air mata..saya sebut saya masuk Event ni untuk buat Dakwah saya, penganjur dah bagi saya tapak..kerana Allah t'a ala, sya cakap takpe lah panggil pegawai keluar pula ..biar sya explain. 
Dia taknak panggil pegawai dia. 2 kali saya ulang mana pegawai biar saya explain..tapi en rosli alihkan pandangan ayat saya itu ..tetap tak bagi saya masuk, sbnrnya security Angsana dah lepaskan saya masuk untuk para peniaga..mereka nampak saya bawa barang2 Hijrah Hijab saya.. semua produk muslimah dan pakaian syariat serta sunnah..tapi untuk masuk pintu ke 2 tempat loading barang, Rela mula halang saya..jadi saya terhenti di tengah2. Sedangkan saya dah lepas masuk pintu untuk peniaga. Bila saya mula ambil gambar en rosli, dia mula mengugut penganjur tu..jika dia diviralkan hingga sampai kene buang keje .
"Saya akan cari awak sampai dapat ok..awak ingat..akak ni ambil gambar saya dan video..kalau viral saya cari awak"
Sehingga penganjur kpdnkk tu mengeluarkan air mata, mungkin sebab takut dgn ugutan rela itu. Saya sempat pegang bahu penganjur tu cuba tenangkan dia dalam masa yg sama air mata saya mengalir tak henti2..."

"Jangan takut dia takutlah pada Allah.."
"Adik awak jangan takut dengan dia. Sepatutnya takut dengan Allah. Takpelah akak tak jadi masuk. Akak balik" ini ujian akak. Tapi akak nangis bukan sebab akak tak dapat masuk atau kene patah balik..sebenarnya akak sedih dengan sikap orang Islam yang mengaku islam tidak ada peri kemanusiaan sehingga buat 2 wanita menangis.😭😭😭😭😭sehingga tidak boleh ada sikap lebih kurang..tolak ansur sesama Mahluk lagi2 saudara islam. Sepanjang perjalanan pulang saya nangis, satu perkataan sebelum saya tinggalkan kawasan itu..saya sempat bgtau rela itu..
"En Rosli saya mohon Allah beri Hidayah buat en rosli"
"Ambil dari dunia sesuatu yang akan jadi bekal untuk akhirat nanti dan jangan mengambil dari dunia sesuatu yang akan menghalangi anda di akhirat nanti "
Saya sedih😭😭😭😭😭😭
FB Diana Iman Heart
-------------
Namun pantas dinafikan oleh ;
Terbaca kisah viral pasal Rela dan penjual pakaian islamik.Bukan Rela je...Nurse,Guru pun pernah kena. Dajjal belum keluar dah sibuk viral cerita fitnah (cuba baca gambar di komen dan cuba call KPDNK Johor). 



Point yang saya nak sampaikan. 

1.Manusia memaki hamun kerja RELA hanya cerita disebelah pihak sahaja.

Kalau nak marah settel di pejabat bukan di viral. Tiada sudah sifat tabbayun.Jangan cetus rasa tak hormat pada kerja begitu.Hanya sebab seorang RELA kita nafikan kebaikan RELA yang banyak tolong jadi penjaga.Hanya sebab nurse tertidur..nurse lain kena maki.Hanya sebab seorang guru bermasalah,hilang adab dengan guru yang lain.Pernah tanya masalah orang yang dituduh?yang dimalukan dengan viral? 

"Pernahkah netizens tanya kepada anggota RELA, apakah yang sebenarnya terjadi.."

Logiknya sesiapa pun kalau dia dipihaknya mesti ceritanya akan memihak diri dia,dia di aniaya,dia di zalimi.Pernah tanya pihak RELA tadi apa sebenarnya terjadi? Penzina mengaku berzina pun Nabi tak terus hukum. Memaki lebih mudah dari lafaz zikir.Tapi takpa lepas viral,tutup kes.

Di padang mahsyar boleh cari semula utk minta maaf. Asalkan puas hati boleh meluahkan perasaan.Perasaan keluarga orang tak fikir sebab bukan keluarga kita.Orang hilang pekerjaan tak mengapa asalkan bukan kerja kita. 

Kalau pun realitinya RELA itu salah tapi anda dapat apa dengan menghina orang?menghina pekerjaan orang? Nak tunjuk pada dunia yang beginilah akhlak muslim?Nak tunjuk pada Jepun yang mereka lebih tepati masa dari muslim?Kalau nak buat kisah teladan tutup muka orang.Ini kes memang nak lampiaskan amarah. Dalam penceritaan RELA itu memang salah sebab nampak macam tiada budi bicara,budak2 yg cerita mmglah.

"Buat kerja salah, tak buat kerja kena maki.."

Tapi dia tegas dengan kerjanya,dia ada intergriti.Kes budi bicara nilah yg banyak bagi lepas orang asing masuk kawasan.Kemudian banyak jenayah berlaku dan akhirnya yang disalahkan pegawai keselamatan.Buat kerja salah,tak buat salah.Salah sikit kena maki hamun...viral. Padahal memang tak salah pun. Jadi kambing hitam nak marketingkan page. 


Apa yang saya nampak. 

1.Manusia yang tiada disiplin. Lewat sejam bukan seminit. Sebelum nak dakwah orang...kita dakwah diri kita dengan surah Al Asr'.Sumpah atas masa... 

2.Guna simpati agama untuk menjual. Kalau betul kita berdakwah,anggaplah ianya cabaran.Banyak lagi tempat kita boleh menjual.

"Guna agama untuk meraih simpati, jual nama Allah.."

Banyak lagi tempat kita boleh berdakwah....manusia menyokong guna sentimen agama dalam masa sama memaki,perlekeh kerja orang dan ambil cerita sebelah pihak sahaja.Kemudian nak jual2 nama Allah...sebab tu kes penipuan guna agama ni berleluasa siap boleh jadi jutawan dan kebal undang2. Biasalah sebenarnya kalau ikut event kadang kita lambat,semua orang pernah lalui.Kena halau balik pun ada.Burn duit booth.Tapi isu ini kenapa sampai nak malukan orang hanya sebab tak puas hati?

Kalau nak viralkan sebagai tauladan tutuplah muka orang.Tapi kalau kita memang nak malukan orang...dah berjaya dah.Siap page sampah buat modal cerita nk tarik trafik yang akhirnya bagi ancaman kepada kerja orang yang kesian anak bini dan keluarga.

Memalukan... Banyaknya kezaliman yang maslahat kepada umum kisah peribadi juga yang kena viral.Tiadakah istilah dalam hidup kita memberi harapan pintu rahmat pada orang lain? Sudah2lah jual nama Allah dan agama untuk keuntungan dunia.Banyak lagi teknik marketing lain boleh cuba. 

Trip bisnes untuk MAS lambat sepuluh minit dia tutup gate walaupun dah bayar beribu harga tiket.Kalau logiknya boleh lagi budi bicara. 10minit bukan sejam. Jangan amalkan sangat suka memaki dan viralkan aib individu. Lagi2 yang terikat dengan etika kerja.Bukan senang nak dapat kerja.Fikir juga periuk nasi anak yang sekolah. Sekuriti dipejabat sini kalau tak tegas kena buang terus,sebab banyak kes orang luar masuk dan kawtim.Sekuriti kah salah?Kalau tak puas hati pergi jumpa ketua atau buat report polis. Susah tuhan nak berikan kita kepimpinan yang berintegriti.

Sebab kita sebagai rakyat tak pentingkan disiplin,tak kisah intergriti dan lebih suka jadikan kisah viral sebagai hujah kebenaran. Siapa kuasai media dialah benar.

Mas Mazratul Humairah.