t>

Breaking News

Mahukan Kerja Part - Time Online? Baca Ini Untuk Ketahui Caranya.

Ada banyak kerja di internet neh bila kau kerja boleh membuahkan hasil. Tetapi kau kena pandai betul-betul cari kerja yang mana satu boleh tambahkan income dan kerja yang mana satu bila kau buat hanyalah sia-sia je.

Jangan terlibat dalam MLM. Ini memang kerja yang sia-sia. Kalau ada orang datang kat ko dan promote sekian-sekian skim neh dan tayang duit berkepuk, kereta mewah dan rumah besar, jauhkanlah diri kau dari orang-orang macam neh. Dorang menipu je lebih.

Walaupun tak banyak tetapi memang ada beberapa cara kau boleh buat untuk dapatkan pendapatan menerusi internet. Aku ada tahu beberapa cara yang confirm boleh dapat duit tambahan (bukan segera ya) cuma kali neh aku hanya akan kongsikan salah satu darinya. Benda-benda yang aku buat memang boleh dapatkan hasil sebab tu aku tak rajin share benda-benda macam neh. Nak kurangkan persaingan la katakan.

Muahahaha..

Oke, terus ke tajuk utama.

Pernah dengar tak 'Mystery Shoopers' atau dalam bahasa melayunya, 'Pembeli/pelanggan misteri'?

Hah, aku rasa paling-paling koman pun korang mesti tahu skop tugas dia kan? Iaitu individu tersebut perlu memantau, memerhatikan, berlakon menjadi pelanggan, pembeli dan etc etc di satu-satu kedai bagi mengumpulkan kaji-selidik kepuasan pelanggan tentang satu-satu jenama tu.

Ada faham ka?

Senang cerita. 

Kau kena jadi penganalisis tentang mutu perkhidmatan dan layanan pekerja2 di kedai tersebut terhadap pelanggan2 mereka.

Kau juga kena jadi penganalisis tentang kualiti barangan yang ditawarkan.

Kau juga kena jadi penganalisis untuk melihat samada satu2 kedai tersebut patuhi SOP ke tidak dalam memberikan perkhidmatan terhadap para pelanggannya.

Faham kan?

Hahhh..

Biasanya, yang perlukan khidmat 'mystery shoppers' neh ialah syarikat yang ada brand terkenal, popular dan berjenama.

Mereka nakkan feedback langsung dari individu yang tidak ada kena mengena dengan rangkaian jenama mereka. Yang mana feedback tu bersifat jujur, telus dan independent.

Macam korang la.

Kerja Mystery Shoppers neh tidak asing lagi di negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

Tetapi di Malaysia ianya agak asing. Namun tak la benda neh baru berlaku di sini. Cuma ramai orang tak tahu kewujudan kerjaya neh pun.

Untuk korang yang perlukan kerja part time, dengan mengambil saranan Ahmad Maslan boleh la berdaftar di website Shopmetrics.

Aku bukan affialite ye dan link yang aku share kat bawah pun bukan lah link affialite. Yang mana bila korang klik dan register aku dapat duit. No. No. No.

Aku cuma sharekan kepada korang cerita neh khusus untuk mereka yang betul-betul perlukan kerja part time contohnya macam suri rumah, pelajar dan yang dah pencen bagai. 

Tetapi korang kena faham beberapa perkara tentang kerja ini sebelum memohonnya ;

1. Ini bukan wang segera. Kau hanya dapat gaji selepas 3 bulan kau selesai menjalankan tugas. Maksudnya kalau ko bermula sekarang, upah kau akan masuk pada bulan 2 ataupun 3 tahun hadapan. Kalau tiap2 bulan kau ada job bermula pada bulan 11 maka start dari bulan 2 atau 3 tahun hadapan akan ada la pendapatan bulanan bagi tiap-tiap bulan kat account bank kau. Faham kan?

2. Yang tinggal di bandar-bandar besar ada peluang banyak. Cakap terus terang neh. Kalau ko tinggal kat kampung-kampung, ceruk-ceruk pun boleh mohon juga tetapi jangan harap la peluang kau sama banyak macam orang yang tinggal di bandar-bandar besar. Yang mana untuk kau jadikan job neh sebagai part time yang stabil adalah sesuatu yang mustahil. Melainkan kau willing to travel. Yang mana aku rasa tak berbaloi pada kau dari segi upah dan masa.

3. Kau dahulukan modal kau. Yes. Kau kena keluarkan duit minyak, duit tol, makan dan sebagainya sewaktu kau jadi misteri shoppers neh. Hah, sanggup ke? Kalau sanggup mohon le.

4. Ada lesen memandu lebih baik.

5. Pemalu, penyopan, pemanja jangan apply. Dalam sesetengah keadaan kau kena jadi cerewet dan tanya bermacam soalan tau!

6. Kerja neh. Kau boleh select diri ataupun tunggu diri diselectkan. Hah, apa tu?

Jika kau rajin maka kau tengoklah website dia hari-hari ;


Korang klik gambar tu. Ini antara contoh job yang masih ada. Satu lagi aku bagi kat korang screenshot.





Skop kerja dan alamat kerja tu aku kena sensor sebab benda neh masih lagi berjalan. Nanti pekedai2 tu tahu pula ada misteri shoppers nak mai kedai depa. Naya wei.

7. Macam aku sebut tadi. Ada dua peluang. Pertama kau tunggu dia inbox kau secara personal. Bagi yang agak malas. Hehe.

8. Kedua. Kau pergi je website dan apply. Dia akan email kau untuk langkah susulan dan follow je arahan selepas itu. Kena ada criteria tertentu sebelum kau dianggap boleh melaksanakan tugas tersebut. Jika kau ada lesen memandu dan tahu banyak perkara, insya-Allah harapan kau untuk terpilih memang cerah.

9. Tak boleh tipu-tipu. Hah, harap maklum ye. Jangan manipulasi, tipu dan sebagainya. Dorang betul2 cari orang yang boleh laksanakan job. 

Jika kau semua boleh terima syarat-syarat yang dinyatakan sila ke website https://aq.shopmetrics.com/shopperSignup.asp

Aku bawa peluang neh pada orang yang betul-betul nak cari pendapatan di internet neh. Almaklumla ramai sangat yang suka menipu. Benda betul biasanya jarang orang share. So jika kau semua penuhi kriteria yang aku sebutkan boleh la mendaftar. Dia akan check dulu samada kau boleh ke tidak jadi dia punya misteri shoppers. Kalau boleh dia akan bagi email pengesahan dengan id dan password. Lepas tu follow je arahan dia. Buka website hari-hari dan apply job yang bersesuaian dengan korang. Sekali lagi aku ingatkan, untuk yang tinggal di kampung2 elakkan dari menanam harapan. Peluang kerja misteri shoppers neh lebih kepada orang2 yang tinggal di bandar sahaja.

Kbai.