Rugi Je Beli Tiket Wayang, Upin Ipin Ada Sekejap-Sekejap Je, Buang Masa Tonton! - Peminat Animasi Upin Ipin Luah Kekecewaan..
Jika anda peminat animasi Upin Ipin nombor 1, jangan tonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Ianya mengecewakan.
Itulah antara luahan yang tersebar di laman-laman sosial selepas filem tersebut merasmikan tirai pembukaannya pada 24 November yang lepas.
Sebelum ini viral komen seorang ibu muda yang meluahkan kekecewaannya terhadap filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dan menyifatkan ianya sebagai filem sampah.
Ibu muda itu tidak berkeseorangan juga. Kerana disini kami sempat screenshot beberapa komen negatif tentang filem yang sama!
"Lemah skrip, jalan cerita yang perlahan, babak sama yang berulang, seriyus membosankan".
"Budak-budak boring. Ada yang menangis."
"Naik stress menontonnya".
Sungguh pun filem ini mendapat kritikan hebat ianya tidak melemahkan semangat pihak produksinya.

Menurut laporan yang dipetik menerusi Malaysiakini, Ketua Media Baru dan Perhubungan Awam Les’ Copaque Production Sdn Bhd Mohd Zarin Abdul Karim dipetik sebagai berkata, untuk filem yang mengetengahkan gabungan dua elemen berbeza, penonton tidak boleh membandingkannya dengan karya terdahulu yang sepenuhnya menggunakan animasi.
“Penonton perlu memahami karya ini menggunakan konsep gabungan.
“Jika naskhah itu hanya memfokuskan animasi semata-mata maka watak itu akan muncul pada awal jalan cerita.
“Tetapi untuk filem gabungan animasi dan watak sebenar, perlu ada kerangka penceritaan dibuat satu persatu,” katanya lagi.
Bagaimana dengan pendapat anda yang telah menonton filem ini? Adakah ianya membosankan?
Pendapat penulis, memandangkan Upin Ipin hanya muncul sekejap-sekejap dalam beberapa minit, tidak layak juga filem ini dijenamakan dengan nama Upin Ipin yang cukup terkenal di kalangan peminat ciliknya. Memandangkan watak itu hanyalah sekadar sampingan atau bahasa mudahnya, sekadar tempelan.
Penjenamaan Upin Ipin dalam karya ini juga telah mewujudkan elemen manipulasi bagi memperdayakan keriangan kanak-kanak, untuk melariskan tiket jualan filem namun hasilnya mengecewakan. Les’ Copaque Production patut menerima kritikan dalam nada yang positif.