t>

Breaking News

Kanak2 Lelaki Ini Diketawakan Netizens Kerana Pura2 Pengsan Ketika Bersunat Namun Polis Sahkan Kemaluannya Terpotong!

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar sepanjang hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser. 


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam pada 20 Disember lalu, mangsa yang berusia 10 tahun dibawa bapanya untuk berkhatan di sebuah klinik keluarga di Cheras, di sini. 

Bagaimanapun, ketika sedang menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja. 

Bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit.


Dalam pada itu portal BERNAMA juga melaporkan kenyataan polis yang mengesahkan video yang viral mengenai kanak-kanak bersunat ialah kanak-kanak yang terpotong kemaluannya.


 
Ia turut dilaporkan oleh berita yang tersiar menerusi saluran TV1.

Untuk rekod, hanya ada satu video yang viral tentang kanak-kanak lelaki yang bersunat yang mana ia disebarkan oleh beberapa page atas caption kanak-kanak lelaki tersebut pura-pura pengsan ketika bersunat. Adakah polis yakin ini ialah video yang membabitkan kanak-kanak yang terpotong kemaluannya ketika bersunat? Hmmm..