t>

Breaking News

Kerana Sindir Jamal, Siti Nurhaliza Kini Dicaci Maki Penyokong Jamal - Padan Muka Takde Anak Kata Mereka.

Kesian Siti Nurhaliza.

Dia hanya menulis dengan ayat yang sopan bagi menyampaikan kritikan terhadap aksi Jamal yang bertuala di SUK Selangor tetapi nampaknya kritikan sopan lagi berbudi bahasa itu tidak dapat ditanggapi dengan sopan santun oleh pihak yang disebelah sana.

Sebelum ini Siti Nurhaliza menyindir Jamal di Instagram yang berbunyi;

"Jangan jadi macam Jamal ya, Jamal dah 4 hari tak mandi, minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis, lol" - Siti Nurhaliza

Dengan hashtag #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa 


Namun respon balas yang diterima oleh Siti Nurhaliza oleh geng-geng Merah adalah terlalu pedih dan biadap.

Mereka menyebarkan beberapa gambar, caption dan sindiran yang sangat menjatuhkan maruah Siti Nurhaliza sebagai seorang wanita dan isteri.

Siti dituduh sebagai perampas suami kawan baik sendiri. Siti juga diejek kerana tidak dapat melahirkan anak dan ini balasan tentang perbuatannya yang merampas suami orang bahkan terdapat kritikan-kritikan yang berbaur tidak senonoh juga, yang mana tak tergamak kami nak menulisnya disini.


Disaat membaca kritikan-kritikan biadap terhadap Siti Nurhaliza di beberapa posting politik yang mempertahankan Jamal, kelihatan peminat-peminat setia Siti Nurhaliza mempertahankan maruah Siti Nurhaliza dan mereka sedih Siti diperlakukan demikian oleh geng-geng Jamal.

Diharap Siti Nurhaliza bersabar dengan cacian tersebut dan menghargai peminat-peminat setia yang sentiasa bersama Siti walau dalam apa keadaan sekalipun. - Sozcyili.