Menangis Lim Guan Eng Kalau Tahu Wajah Sebenar Muhyiddin Kata UMNO Penang.
Umno Pulau Pinang membidas sikap bekas Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dilihat sanggup menggadai prinsipnya demi kepentingan politik peribadi.
Menurut Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Ir Dr Shaikh Hussein Mydin, 'Muhyiddin yang dahulu bukanlah yang sekarang' kerana peribadinya kini sangat berbeza.
"Waktu Muhyiddin jumpa kami dalam bilik untuk bincang mengenai pilihan raya (dulu), punyalah beliau rasis.
"Menangis Guan Eng kalau tahu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mencabar Muhyiddin untuk mengulangi pendiriannya kini mengenai kata-katanya dahulu.
"Muhyiddin saya nak tanya adakah anda kini 'Malay first, atau Malaysia first'... hari ini dia siapa?
"Jawab balik," katanya.
Sementara itu,katanya Umno Pulau Pinang akan terus memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, walaupun berhadapan cabaran di negeri itu, yang kini diperintah oleh pembangkang.
"Kita sanggup ke lokap kerana Melayu Islam," katanya lagi. - SH