t>

Breaking News

Bayar Saman Tertunggak Dulu Sebelum Sibuk Nak Selesaikan Gaji Tertunggak Pemain Selangor, Netizens Sindir Jamal.

Semalam Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan diri untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia tampil di pejabat FAS pada semalam bagi menyerahkan surat penawaran diri.  Jamal menyerahkan surat penawaran diri itu kepada Exco FAS Adanan Sarriff.


"Tujuan saya menawarkan diri sebagai presiden FAS ini untuk membantu kelab bola sepak Selangor ke arah yang lebih maju setanding kelab-kelab lain terutamanya kelab Johor Darul Ta'zim," katanya kepada pemberita yang hadir. 

Jamal juga berjanji akan menyelesaikan masalah gaji tertunggak yang membelenggu para pemain Selangor dalam masa 14 hari andai diberikan peluang untuk menerajui FAS.

Dalam pada itu, tinjauan penulis di laman sosial mendapati reaksi umum terhadap penawaran Jamal sebagai presiden FAS mendapat pelbagai respon. Ada yang menyokong tindakan tersebut tak kurang juga dengan yang mengkritik. Pun begitu, tindakan Jamal mendedahkan no kad pengenalannya kepada umum mengundang padah apabila netizens menyelongkar maklumat peribadi Jamal menerusi kad pengenalannya itu.

Netizens berhasil mendapatkan maklumat bahawanya Jamal sendiri gagal membayar saman tertunggak yang berjumlah rm3,000 lebih sejak dari tahun 2014. Lalu bagaimana dia mampu menyelesaikan gaji tertunggak pemain dalam masa 14 hari, soal netizens.




Tidak hanya saman, Jamal juga dikatakan telah 'membawa lari' sejumlah wang berkaitan dengan penganjuran event. Boleh dikatakan reputasi Jamal sebenarnya tidak la begitu baik untuk layak diangkat menerajui FAS. Bimbang pula jika duit-duit dalam FAS itu nanti dibawa lari. Diharapkan FAS tidakla terpengaruh dengan desakan Jamal agar melantik dirinya menjadi presiden FAS. Semua tahu ini adalah propaganda bagi membentuk imej Jamal selangkah ke arah kerusi Menteri Besar Selangor andai BN memerintah kelak. Fikir masak-masak. - SoZcyili.