Isu Forest City & Penjualan Tanah : Sultan Johor 'Sound' Mahathir Kaw-Kaw - Berhenti Mereka-Reka Cerita, Mahathir!
Sultan Johor mengkritik Tun Dr
Mahathir Mohamad kerana cuba memainkan “politik perkauman” dalam
cubaannya menghalau pelaburan China dari negeri itu, lapor The Star
dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan hari ini.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendakwa bekas perdana menteri itu
“mencipta ketakutan, menggunakan kaum untuk memenuhi motif politik”.
“Dia bermain dengan politik ketakutan
dan kaum, yang tidak ada tempat di Johor kerana saya tidak percaya
kepada politik perkauman.
“Dia menghina pelabur hartanah China yang kaya ini. Mereka bukannya mahu
kerakyatan Malaysia. Ramai antara mereka ada hartanah di negara lain
termasuk Australia dan United Kingdom.
“Saya kasihan kepadanya kerana dia
merendahkan dirinya hingga ke tahap ini. Tidak mengapa untuk tidak
bersetuju tetapi tolonglah jangan mereka-reka benda,” katanya dipetik
daripada The Star. (Malaysiakini)
“Dia tidak bodoh, dia hanya pentingkan diri dan oportunis,” katanya
kepada The Star, memetik tuduhan Dr Mahathir mengenai hasrat Putrajaya
memberikan kerakyatan kepada 700,000 rakyat China yang mahu menetap di
Johor Bahru.
Sultan Ibrahim berkata Dr Mahathir juga melampaui batas dengan “pembohongannya” mengenai isu tanah dijual kepada China.
“Dia kata sejumlah besar tanah dijual kepada China, memberikan tanggapan
yang Johor menyerahkan tanah kepada China dan kami melepaskan
kedaulatan kami.
“Dia juga membandingkan bagaimana kami menyerahkan Singapura kepada British,” katanya dipetik sebagai berkata kepada The Star.
Sultan Iskandar merujuk kepada laporan sejak beberapa bulan lalu, di
mana Dr Mahathir menyerang projek pembangunan Forest City di Johor,
berkata yang “beberapa ribu unit sudah siap dan dijual kepada China”.
Selain berkata tanah dijual kepada warga asing, Dr Mahathir juga berkata
pemindahan warga asing ke kawasan perumahan baharu di negeri itu.
“Saya hendak tanya dia, Forest City dibina atas tanah yang ditambak, dan
kebanyakan unitnya ialah kondominium. Dalam bahasa mudah, unitnya
tinggi di atas. Ia unit strata.
“Saya hendak tanya Dr Mahathir jika pembeli warga asing itu boleh ambil pangsapuri mereka balik,” katanya, menurut The Star.
Merujuk kepada Dr Mahathir memetik Wall Street Journal dan Bloomberg
mengenai isu 1MDB dan projek pembangunan yang menari pelabur China ke
Johor, Sultan Ibrahim berkata sebelum ini Dr Mahathir membenci media
barat.
“Dulu dia benci media barat tetapi sekarang dia pula memetik segala apa
daripada media barat. Dia dah lupa banyak benda yang dia buat sebelum
ini.
“Saya rasa Dr Mahathir dan sekutunya hanya bercakap perkara negatif, kebanyakannya ialah imaginasi dan fikiran jahatnya.