t>

Breaking News

Umur Baru 19 Tahun Dan Ada 4 Isteri - Remaja Ini Promote 'Ubat Kuat' & Timbulkan Kemarahan Netizens.

Tak percaya.

Strategi marketing semata-mata.

Melampau!

Itulah reaksi netizens apabila mengulas satu video yang bertujuan memarketkan sejenis produk ubat kuat di pasaran tempatan. Video tersebut dikongsikan di laman fb gosip terkenal tempatan, RotiKaya dan kini telah ditonton sebanyak 322ribu kali.

Menurut netizens, pemilik jenama seharusnya bijak memasarkan produk dan tidak menunjukkan sangat kepada umum bahawa apa yang mereka lakukan adalah strategi marketing. Dan bukan semua strategi marketing yang viral itu akan menaikkan produk, bahkan ada juga yang boleh menjatuhkan produk, dan bila itu berlaku pemilik syarikat juga yang akan kehilangan kepercayaan pengguna dan keuntungan.

Tambahan pula mustahil untuk seorang remaja yang baru berusia 19 tahun dibenarkan untuk berkahwin 4 di negara ini. Seolah-olahnya negara ini tiada undang-undang apatah lagi remaja itu masih dianggap berada dalam kategori bawah umur.

Penipuan yang secara terang-terangan oleh syarikat itu sebenarnya membunuh produk tersebut. Jika marketing pun dah berunsurkan penipuan bagaimana pula dengan produk? Betul ke mampu memberikan hasil seperti yang dijanjikan? Pengguna semakin bijak berfikir. 

Berikut kami kongsikan video yang dimaksudkan berserta respon-respon netizens. 



Video ;