t>

Breaking News

Air Asia Tawarkan 3 Juta Tiket Percuma? Ini Hakikat Disebalik Promosi Yang Anda Patut Tahu..

Oleh : Geng Suka Travel 

Air Asia Tawar 3 Juta Tiket Percuma
Iklan Air Asia - Sumber Google
Bila baca headline AirAsia tawarkan 3 juta tiket percuma, kena ingat hakikatnya... 

1) tiket percuma, maksudnya harga tambang kosong, tapi tetap kena bayar cukai lapangan terbang, fi dikenakan, berserta gst sekali (jika ada) dikenakan untuk perjalanan domestik dan lapangan terbang berlepas dari dalam Malaysia 

2) tidak termasuk caj dan servis tambahan, kena bayar kos berasingan seperti bagasi untuk di daftar masuk, makanan dan minuman atas kapal terbang, pilihan tempat duduk, dan insurans perjalanan 

Tips : boleh beli semua tu masa nak check in nanti, bagasi daftar masuk boleh kongsi2 dengan ahli keluarga atau kumpulan kawan yang travel bersama 

3) tiket percuma, maksudnya hanya satu bagasi kabin boleh dibenarkan dibawa masuk yang muatan tidak lebih 7kg diiringi satu handbag / atau beg galas laptop (contoh sahaja) 

4) tidak semua destinasi Air Asia terbang, Air Asia tawarkan tempat duduk percuma. Hanya tipikal destinasi yang ditawarkan setiap kali promosi major. Beza dia satu dua destinasi ditukar tukar sahaja. Tak percaya? Terpulang! 

5) memanglah tarikh perjalanan untuk setiap kali promosi agak panjang. Tetapi ingatlah bukan setiap hari ada ditawarkan untuk setiap flight dan setiap hari. Tempat duduk percuma agak sukar didapati bila tarikh cuti umum malaysia, cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Mungkin ada, sangat sangat terhad dan agak sukar dicari. Kena gigih macam saya? Jom! 

6) jadilah ahli Air Asia, setiap kali promo dapat newsletter via email. Sign up je dekat website Air Asia, top right corner of the website. Kelebihan, boleh login dan dapat bookings 24 jam lebih awal. Peluang untuk dapat tempat duduk percuma adalah, walaupun website Air Asia akan mengalami kesesakan macam macet kat jakarta. Gigih macam saya? Jom! Kelebihan, boleh pra isi maklumat penumpang, nama penuh dan tarikh lahir. So setiap kali promosi, senang senarai nama dah ada, tak payah mintak setiap kali promosi muncul. Yang penting, nama penuh dan tarikh lahir kena betul. Kalau pegi overseas, takde passport pon boleh beli dulu tiketnya. No passport boleh dikemaskini masa kemudian, masa nak check in contohnya. Kelebihan, boleh pra isi maklumat kad kredit dan kad debit untuk buat bayaran tetapi baca next point saya ya. 

7) tolong beli tiket Air Asia pakai online internet bankings. Sebab apa, dia caj rm4 + rm0.24 gst untuk setiap tempahan. Kalau pakai kad kredit, caj dia rm8 untuk satu hala/satu penumpang. Cuba bayangkan satu keluarga ada 4 orang, rm8 x 2 x 4 x 6% = ? 

8) kalau tak silap, maksimum penumpang untuk satu satu bookings hanyalah 9 orang sahaja. Syarikat penerbangan mana-mana pon, sama sahaja. 

9) oh ya, tempat duduk percuma bukan ada 100 seat untuk setiap flight/kod penerbangan, hanya ada mungkin maksimum 9/10 atau 15? Bergantung kepada strategi mereka. Kalau destinasi pilihan tu banyak kekerapan flight, apa salahnya beli asing2 janji tarikh travel dan destinasi sama. Janji dapat jumpa kat sana holiday n enjoy sesama. 

10) kalau dah tahu awal-awal pasal promosi, sila cari kalendar siap2. Tengok tarikh cuti umum betul2, cuti sekolah dan hujung minggu. Nasib anda baik, dapatlah travel tarikh kombinasi dgn mana2 cuti di atas. Jadi sikit sahajalah pohon cuti tahunan anda yang tak berapa banyak tu. hehe.