Ini Sebab Kenapa Tiada Orang Bantu Mangsa Kemalangan Di China.
Oleh : Hana Hadzrami
Di
Republik China, jika sesiapa mengalami kemalangan jalan raya atau
mengalami kecederaan ditempat awam, orang ramai rata-rata akan buat tak
peduli.
SAMAN
Gambar Hiasan - Google |
Bukan
apa, jika ada sesiapa cuba membantu, kemungkinan besar beliau pula akan
dituduh bersalah dan terpaksa membayar gantirugi terhadap kecederaan
orang yang ditolongnya itu.
Lebih
teruk lagi jika terlanggar seseorang (kemalangan) hingga menyebabkan
kecederaan, pemilik kenderaan itu akan cuba melanggar orang tadi
berulang-kali sehingga mati.
Bukan
apa. Jika orang yang dilanggar itu tak mati, si pemandu bukan saja
perlu membayar denda, malah menanggung kos hospital, kos pemulihan dan
kos kehilangan mata pencarian bagi orang yang tak sengaja dilanggar
tadi. Jadi lebih baik langgar hingga mati, supaya si pemandu tadi perlu
bayar denda hanya sekali saja.
Itulah
yang terjadi pada masyarakat yang gemar saman-menyaman. Terlalu suka
mencari kesalahan dan mengintai peluang mencari kekayaan melalui jalan
singkat.
Maka
orang takkan suka bantu-membantu kearah kebaikan lagi. Malah lebih
baiklah biarkan orang lain dalam kesusahan daripada memberi pertolongan
yang akhirnya memakan diri sendiri. Bertambah pula spesis yang
bantu-membantu kearah kefasadan; menghasut untuk saman.
Berapa
kerap terjadi hospital kerajaan menerima kes yang ditolak oleh seluruh
hospital lain; akhirnya hospital kerajaan tersebut disaman semula oleh
pesakit yang tak mengenang budi apabila penyembuhan tak seperti yang
diharapkan.
Ada
sebab kukuh kenapa kebanyakan hospital di luar menolak kes anda. Kerana
anda atau penyakit anda sukar dirawat dan outcome yang diramalkan
kurang memuaskan. Siapa pun tak mahu menanggung jika timbul komplikasi
atau bakal disaman kemudian hari.
Sebuah
hospital kerajaan pernah diancam saman kerana pembedahan membaiki
kemaluan yang cacat akibat khatan kurang berjaya. Itulah balasan akibat
cuba membuat kebaikan. Tatkala semua hospital lain menolak untuk merawat
kes itu. Pastilah hospital-hospital tersebut berasa lega tak terseret
nama terpalit najis di dada akhbar.
Sama
juga IJN yang menolak untuk menguruskan seorang pesakit jantung yang
kemudiannya menyaman sebuah hospital kerajaan yang sudi merawatnya
baru-baru ini. Pasti ia bersyukur kerana terselamat dari kemelut potensi
saman pesakit tadi.
Ada caranya untuk menjadi doktor yang takkan disaman:Jangan terima apa-apa kes yang sukar atau yang tiada harapan sembuh.
Saring pesakit anda. Tolak mereka jika mempunyai banyak masalah perubatan. Tolak juga jika mereka terlalu cerewet.
Jika
ada doktor lain meminta bantuan menguruskan kes kecemasan melibatkan
hidup mati; lari jauh-jauh. Usah jenguk pun. Tak pasal-pasal jika
disaman, anda akan terseret sama.
Tak susah sebenarnya nak jadi doktor yang tak berhati perut. Dan undang-undang membenarkannya.
Namun benarkah masyarakat mahukan doktor seperti ini?
Doktor yang mementingkan reputasi dan keselamatan sendiri lebih dari nyawa manusia?