t>

Breaking News

Kos Sewa Lot Kedai KLCC Cecah RM70,000 Sebulan.

Saya baru sahaja habis makan tengoh hari dengan seorang customer yang berniaga kedai butik di Suria KLCC, dia mula berniaga di KLCC pada tahun 1998 pada masa itu kadar sewa baru RM12,000 sebulan dengan kedai keluasan 700 sq.
Sumber - Rilekslah
Hari ini tahun 2015 kadar sewa naik kepada RM100 per square feet, sama dengan RM70,000 sewa sebulan
keluasan 700 square feet. Setiap hari kena buka / tutup kedai tepat masa, kalau lambat kena denda sebanyak RM300.

Setiap bulan perlu hantar sales report kepada pihak pengurusan. Kalau sales kedai anda tidak bagus, Apabila tempoh pejanjian sewa dah tamat pihak pengurusan akan suruh anda keluar, walaupun anda mampu bayar sewa yang mahal setiap bulan.

Gerai- gerai yang jual nasi ayam di tingkat 2 kawasan food court setiap bulan kadar sewa adalah RM40,000. Setiap hari gerai nasi ayam kena jual 166 pinggan nasi ayam dengan harga RM8 sepinggan untuk cover kadar sewa sebulan.

Kawan saya pun beritahu salah satu restoran di KLCC sales sebulan boleh sampai RM2 juta dan kadar sewa adalah RM200,000 sebulan. Kalau anda ingin buka kedai di KLCC perlu bayar sewa deposit 4 bulan + 2 bulan.

Contoh :

Dengan kedai keluasan 700 square feet sewa RM 70,000 sebulan, RM 70,000 x 6 bulan =RM420,000

Nak niaga buka kedai di shopping mall tidak mudah, sebab terlalu banyak peraturan kena ikut dan kadar sewa sangat mahal. Kalau kedai anda nak buat renovation mesti dapatkan contractor dalam senarai nama panel pihak pengurusan mall.

Setiap kali nak buat renovation, contractor perlu briefing selama 2 jam untuk faham dan jelas peraturan dalam shopping mall, setiap kali sebelum renovation perlu bayar deposit dalam RM 15K. Customer saya buka kedainya sejak tahun 1998 sampai hari ini tahun 2015 selama 17 tahun, dia sudah bayar jumlah sewa adalah lebih RM8 juta.

Customer saya beritahu, kalau penyewa mall adalah brand yang famous seperti Ralph Lauren , Uniqlo walaupun kedainya di tingkat bawah, mungkin kadar sewa mereka tidak mahal sangat sebab pihak pengurusan mall perlukan mereka untuk tarik pelanggan,dan juga kedai mereka besar lebih 1000 square feet.

4 tahun dulu, kedai yang jual roti yang sedap dan wangi panggil” Roti Boy” di KLCC kadar sewa dah sampai RM70,000 sebulan , tapi tidak pasti sama ada sekarang masih kadar sewa yang sama.

Itu sahaja saya nak kongsi untuk anda belajar sesuatu buka kedai di shopping mall tidak semudah apa yang kita lihat dari luar.
Sumber : Rilekslah