t>

Breaking News

Lebih Muatan, Lampu Pecah, Senget Tetapi Kenapa JPJ Lepaskan Treler Itu Soal Pemandu..

Pada awal pagi semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah kereta dengan sebuah treler. 

Treler tersebut dilaporkan meletup tayarnya (bagaimanapun ramai yang was-was dan berpendapat ini mungkin satu lagi insiden tayar celop iaitu tayar murah yang digunakan oleh syarikat-syarikat lori bagi menjimatkan kos operasi namun tayar ini terlalu rendah kualitinya dan tak layak berada di atas jalanraya kerana membahayakan nyawa keselamatan pemandu-pemandu yang lain) seterusnya menghempap sebuah MPV yang akhirnya mengakibatkan 6 sekeluarga terkorban serta-merta di tempat kejadian.

Baca : 6 Maut Di Hempap Treler

Berita yang menyedihkan itu turut mendapat simpati ramai netizens. Mereka turut meluahkan pelbagai masalah ketika berhadapan dengan lori-lori besar dan treler-treler yang menurut mereka tidak memenuhi spesifikasi yang sepatutnya untuk berada di atas jalanraya namun kenapa kenderaan sebegitu tetap berada di atas jalanraya sehingga menyebabkan ramai pemandu kecil menjadi korban sejak dari dahulu lagi?

Kenapa JPJ lepaskan lori itu?



Treler kejar dan himpit sebab hon saya..



Drebar lori pun menasihati agar jangan ikut belakang mereka..



Sesetengah syarikat lori terlalu mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan aspek-aspek penyelenggaraan yang sewajarnya terhadap lori, treler yang mereka miliki atas alasan penjimatan kos.

Kerajaan dalam masa yang sama perlu mengurangkan harga lori, treler dan barang-barang spare-part lori (pengurangan cukai) kerana jika barangan itu semakin mahal maka semakin sukar pemilik-pemilik lori nak menggantikan kepada baru atas alasan kos. 

Dalam erti kata lain jika kerajaan tak bertolenrasi, dengan sikap syarikat treler yang sentiasa berusaha menjimatkan kos operasi, selagi itulah pemandu kecil akan sentiasa menjadi mangsa. 

Itu tak termasuk lagi dengan kes rasuah yang diterima oleh anggota-anggota keselamatan bagi membantu menutup kes kecuaian syarikat-syarikat lori dan bas yang tidak selamat untuk berada di atas jalanraya namun tetap berada di atas jalanraya.

Sampai bila pemandu-pemandu kecil harus 'berjihad' untuk pergi balik kerja dan sebagainya? Fikir-fikirkan..