t>

Breaking News

Sampai Bila Nak Tengok Budak Kena Dera? Ambil Iktibar, Buatlah Sesuatu..

Perbuatan menggunakan kekerasan ini tak pernah menyelesaikan masalah. Ia hanya melepaskan marah dan memberi puas kepada yang berkuasa. Hari ini, pergi sudah adik Thaqif. Maka semua penduduk negara yang sebelum ini berperang menuduh sekolah tahfiz begitu begini, tergamam seketika. Lalu bersedih sama dengan kehilangan ini.
Gambar : Ohmymedia
Awalnya media mengatakan adik ini dipukul dengan kejam oleh pembantu warden hingga menyebabkan ada darah beku di kaki dan tangan. Oleh yang demikian, darah tersebut menyebabkan berlakunya jangkitan lalu dipotong hingga ke peha.
Pagi semalam, adik Thaqif diberitakan demam teruk. Suhunya naik hingga 40 darjah. Oleh yang demikian semua prosedur untuk rawatan seterusnya dihentikan seketika.
Pada jam 2.05 petang semalam, dia tinggalkan kita semua dengan berbagai-bagai soalan.
Lalu kita semua bertengkar-tengkar. Berbunuhlah segala sikap dan keluarlah segala kata-kata nista.
Sedang keluarga terlalu bersedih, kita pula sibuk berperang kata itu ini begitu begini. Salah menyalah saling silih berganti.
Sekolah tahfiz tempat budak jahat, guru tak terlatih, guru sekarang begitu begini, sekolah itu ini. Semuanya terus nampak buruk. Ya Ampun.
Polis sudah mengambil kes ini dengan serius. Kerajaan Johor juga telah mengambil tindakan yang sangat tepat. Maka kita pula eloklah bertenang dan terus mendoakan keluarga almarhum adik Thaqif terus kuat dalam hal-hal perundangan pula.
Adik ini dimasukkan ke sekolah hanya untuk belajar. Untuk mendalami Al-Quran.
Menjadi hafiz.
Kemudian mahu beramal dan berbuat baik dengan segala ilmu yang beliau ada. Namun, kisahnya jadi tatapan di seluruh negara kerana sakit dan deritanya itu menusuk ke dada kita semua. Setakat hari ini, kita baca, faham dan hadam semua itu merupakan deraan fizikal yang dilakukan ke atasnya.
Ya Tuhan.
Wahai kawan,
Anak-anak zaman ini berhadapan dengan karenah kita semua. Yang selalu tak sabar dengan manusia. Selalu geram di jalan raya. Selalu hebat ketika berbahas dan selalu tak mahu kalah dalam bersembang.
Kita ini, hari ini hidup dalam suasana sangat-sangat mencabar. Dan selalunya kita mencari 'sesuatu' untuk kita puaskan perasaan marah, hangin, benci dan segala hiruk pikuk kekalutan itu ke situ.
Lalu kita ini yang power-power di sana sini berhadapan dengan ujian anak-anak, yang mana mereka ini tak faham-faham kesusahan kita.
Terus sahaja kita jadi manusia yang tidak sabar. Lajunya kita tangan-tangankan anak-anak. Hingga akhirnya kita sendiri yang menyesal.
Sabar itu perlukan beberapa saat sahaja untuk hapuskan syaitan yang terus menerus memujuk untuk kita melakukan kejahatan.
Tolonglah.
Mereka ini anak kecil, tak larat nak melawan. Tak ada daya juga nak lari. Hanya tahan, tahan, tahan, hinggalah Tuhan ambil dengan penuh kekecewaan yang dicampak dalam hati kita.
Waktu itu, tidaklah kau harap untuk kau boleh baikinya semua. Menangislah sehabis daya. Kau tak akan dapat pulangkan nyawa. Tak mungkin.