t>

Breaking News

Apa Itu Kesan Terbakar Tahap Ketiga Dan Bagaimana Ia Sebabkan Kematian Zulfarhan - Penjelasan Doktor.

Kita tahu 80% kesan melecur di badan Zulfarhan yang menyebabkan kematiannya adalah kesan terbakar tahap kedua dan tahap ketiga.


Dan tahukah anda apabila kita terbakar pada tahap ketiga, rupanya kita hilang rasa sakit disebabkan lapisan kulit dan saraf telah terbakar - rosak sekali semasa kita melecur.

Menurut doktor Hafiz, jika terbakar pada tahap ketiga hanya sakit di bahagian ending margin kulit manakala jika terbakar pada tahap pertama dan kedua, pesakit masih akan merasai kesakitan.

Kulit yang terbakar atau melecur pada tahap ketiga wajib dihantar ke hospital secepat yang mungkin juga katanya lagi.

"Kematian 3rd degree disebabkan oleh kehilangan fluid badan dari vessel-vessel yang dah damaged yang akan lead pada shock dan sangat mudah terkene infection disebabkan lapisan kulit dah takde lagi. infection atau especially shocked akan lead pada organ failure dan lain-lain. 

Protective barrier semua dah hilang. Fluid resuscitation adalah treatment utama dalam burn treatment, tu pun untuk below 25% total body surface area. Kita classify burn melalui Rule Of Nine. Atas 30% tbsa boleh sebabkan kematian kalau tak dirawat apatah lagi arwah terbakar lebih 80% tbsa. 

"Selalunya skin grafting akan mula dibuat untuk 3rd degree dan fluid resus. Wajib dihantar ke hospital secepat2 mungkin sebab kadar kematian sangat tinggi. Tapi dibiarkan berhari-hari tanpa sebarang treatment!," katanya dalam status tersebut.

Berikut penjelasan penuh yang diberikan oleh doktor tersebut.

Kebodohan pembunuh-pembunuh ni tak hantar arwah ke hospital dengan cepat..


Penjelasan lanjut dalam bentuk gambarajah





Gambar : Hafiz Suratman