t>

Breaking News

Ibu Saudara Zulfarhan Mengamuk Di Facebook - "Mak Ayah Mangsa, Takde Air Mata Ke?".

Susulan dari pendedahan identiti dan wajah-wajah 5 suspek utama yang didakwa dalam kes pembunuhan Zulfarhan, 21 tahun, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Menggunakan ID Facebook, Masih Ada Chinta yang dipercayai dikendalikan oleh ibu saudara kepada Zulfarhan, beliau telah bertindak menyebarkan gambar-gambar suspek utama dalam kes kematian Zulfarhan. 

Zulfarhan ditemui mati selepas mengalami kecederaan teruk dengan 80% kesan terbakar dan melecur tahap kedua dan ketiga di tubuh badannya termasuklah di bahagian kemaluan selepas dibuli dan didera menggunakan seterika wap. Beliau diseterika dan dipukul secara beramai-ramai selepas dituduh mencuri komputer riba milik temannya.

Dah dipadamkan tapi tetap upload semula

Selepas memuatnaik gambar-gambar tersebut pada pertama kalinya, ramai netizens berkongsikan semula di dinding masing-masing.

Bagaimanapun gambar-gambar tersebut dipadamkan oleh pihak admin Facebook tanpa diketahui sebab sebenarnya. Dan ibu saudara mangsa kemudiannya bertindak memuatnaik gambar-gambar sama buat kali kedua.

Perkongsian kali kedua itu menyebabkan ada orang yang marah kerana baginya perbuatan ibu saudara Zulfarhan itu dianggap sedang menyebarkan aib suspek-suspek yang telah pun menghadapi kes perbicaraan di mahkamah.

Jangan buka aib suspek


Bagaimanapun ibu saudara kepada Zulfarhan tidak berdiam diri apabila dituduh membuka aib. Beliau kemudiannya bertindak membalas kenyataan tersebut.


"Dikatanya aku buka aib, pesalah tu pun nak benda ni jadi katanya. Dikatanya tentang hati dan perasaan mak bapa pesalah. Kat sini aku nak tanya. 

Pesalah tu taknak jadi macam ni ke namanya sampai guna iron hingga arwah melecur 80%?? Mak ayah arwah ni takde air mata ke? Takde perasaan ke bila hantar anak dalam keadaan sihat tup tup terima anak dalam keadaan kaku? 

Tengok seluruh badan jenazah yang 80% melecur tu? Aku buka aib? Kalau aku tak upload gambar pun rakyat Malaysia ni pun boleh cari sendiri gambar-gambar pesalah ini semua, gambar dorang ni pun semua ada yang aku dapat dari orang lain. Kau rasa? Pesalah tu bunuh Zulfarhan dan kes ni satu Malaysia tahu, kau rasa?

Lagi satu dikatanya Islam suruh menegur. Memang betul tapi cuba baca cara percakapan dia ni. Menegur cara Islam ke ni? Hahhh part aku post komen mamat ni, aku boleh terima kalau korang kata aku aibkan dia tetapi cara dia tegur pun mengaibkan ye dok?", katanya dalam jawapan balas kepada individu berkenaan.

Moga dihukum gantung sampai mati


Bagaimanapun terdapat segelintir netizens yang bersetuju dengan pendapat Khan Haziq. Bagi mereka oleh kerana suspek-suspek yang dinamakan belum lagi dibuktikan bersalah secara undang-undang disamping usia mereka yang masih muda, mereka wajar mendapat peluang kedua untuk menebus kesilapan.

Namun ramai netizens berpandangan kesemua suspek-suspek yang dinamakan wajar dihukum mati kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tambahan pula sejauh mana pun kesemua suspek berusaha membetulkan kesilapan, Zulfarhan tidak akan hidup semula, keluarga yang kehilangan anak kesayangan akan tetap kehilangan buat selamanya, tempatkan situasi suspek di kedudukan keluarga mangsa jikalau ibu ayah sendiri dibunuh kejam, mampukah mereka meluahkan kata-kata seperti itu?

Semoga kes Zulfarhan menjadi yang terakhir kalinya di mana-mana universiti sekalipun. Budaya ragging, buli dan dera tidak sewajarnya diamalkan atas apa tujuan sekalipun. Jika ada masalah dengan mana-mana pelajar berbanding mengambil tindakan sendiri, mengadulah kepada pihak pengurusan agar tindakan tegas dapat diambil untuk menyelesaikan isu berbangkit. - Sozcyili.