Isu Jubli Jerusalem - Ini Penjelasan Dari Penganut Kristian.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan seorang yang beragama Kristian, saya rasa tergerak untuk menyampaikan sebutir dua pandangan saya mengenai isu yang hangat diperkatakan pada masa ini, dengan harapan ia dapat meleraikan salah faham yang telah timbul akibat isu Jubli Jerusalem ini.
Yang pertamanya biarlah saya jelaskan bahawa sebagai seorang anak didik sekolah kebangsaan dan kemudian sekolah menengah kebangsaan dan akhirnya maktab perguruan, saya telah lama belajar dan bergaul bersama kawan-kawan Melayu yang beragama Islam.
Dalam berbelas tahun pengajian sekolah dan maktab serta pergaulan dengan kawan-kawan Melayu, saya sedikit sebanyak telah mempelajari dan memahami kepercayaan dan amalan orang-orang Islam di Malaysia.
Oleh itu saya amat memahami sensitiviti orang-orang Islam di Malaysia terhadap isu Timur Tengah terutama yang membabitkan Israel dan Yerusalem.
Oleh itu saya tidak hairan akan keputusan Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkan acara Jubli Jerusalem di Melaka.
Saya ingin menjelaskan kepada kawan-kawan saya yang beragama Islam beberapa perkara mengenai isu ini yang mungkin tidak diketahui mereka:
1. Jubli Jerusalem tidak dirayakan oleh gereja-gereja di Malaysia. Selama bertahun-tahun penglibatan saya di gereja, saya tidak pernah mengingati mana-mana gereja merayakan tentang penaklukan Israel atas Yerusalem timur.
Lebih khusus lagi pada tahun 2017 ini, yang diperkatakan sebagai “Jubli Jerusalem”, gereja saya dan gereja-gereja lain juga tidak merayakan “Jubli Jerusalem”.
Ia bukan sebahagian daripada amalan gereja-gereja dan juga tidak termasuk dalam kalendar perayaan ataupun aktiviti gereja-gereja.
2. Yang mengadakan acara ini adalah sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka All Malaysian Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC).
2. Yang mengadakan acara ini adalah sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka All Malaysian Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC).
Kumpulan ini tidak mewakili gereja-gereja di Malaysia, dan bukan sebahagian daripada pertubuhan-pertubuhan gereja di Malaysia.
Setahu saya, mereka adalah sebuah NGO. Walaupun mereka menamakan diri mereka All Malaysian, itu tidak bererti mereka mewakili seluruh Malaysia (tentu sekali tidak!) ataupun mana-mana gereja Malaysia. Sesiapapun boleh menamakan kumpulan mereka All Malaysian!
3. Mereka juga tidak mewakili gereja-gereja Evangelical di Malaysia. Gereja-gereja Evangelical di Malaysia juga tidak mengamalkan dan tidak merayakan “Jubli Jerusalem” seperti yang diwar-warkan oleh kumpulan ini.

Saya telah membaca kenyataan Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship, Rev Eu Hong Seng yang menyatakan beliau tidak tahu-menahu mengenai acara tersebut, “Saya tidak tahu tentang acara itu jadi saya tak boleh beri komen samada ia berkaitan Zionisme.”
4. Istilah “Golden Gate Nations” tidak terkandung dalam Bible, kitab suci orang-orang Kristian.
4. Istilah “Golden Gate Nations” tidak terkandung dalam Bible, kitab suci orang-orang Kristian.
Istilah itu digunakan oleh kumpulan AMGGRC itu untuk merujuk kepada negara-negara di barat Yerusalem yang dikatakan perlu bangkit untuk menyediakan kedatangan kedua Jesus.
Yang ada dalam Alkitab adalah nama-nama pintu di sekeliling kota Yerusalem yang mempunyai nama-nama berbeza seperti: Golden Gate, Sheep Gate, Fish Gate, Valley Gate, Dung Gate dan lain-lain.
Jadi ia hanyalah nama pintu-pintu di sekeliling tembok Yerusalem dan bukan merujuk kepada mana-mana negara.
5. Oleh itu juga istilah “Golden Gate Nations” tidak dipakai oleh gereja-gereja di Malaysia.
5. Oleh itu juga istilah “Golden Gate Nations” tidak dipakai oleh gereja-gereja di Malaysia.
Ia adalah istilah yang digunakan oleh kumpulan AMGGRC ini menurut tafsiran mereka sendiri. Fahaman mengenai “Golden Gate Nations” yang dikatakan itu juga tidak dipegang oleh gereja-gereja di Malaysia.
6. Adakah gereja-gereja di Malaysia tidak prihatin dan sering merayakan Jubli Jerusalem (pada 2017) dan penaklukan Israel atas Yerusalem timur pada tahun-tahun sebelum ini?
6. Adakah gereja-gereja di Malaysia tidak prihatin dan sering merayakan Jubli Jerusalem (pada 2017) dan penaklukan Israel atas Yerusalem timur pada tahun-tahun sebelum ini?
Jawapannya tidak. Gereja-gereja di Malaysia tidak mengamalkan perayaan seperti itu pada tahun ini atau pada tahun-tahun yang sebelumnya.
Sejarah gereja-gereja beratus tahun di Malaysia (termasuk sebelum Merdeka lagi) cukup membuktikan pendirian dan pengamalan gereja-gereja yang bersifat aman dan saling memahami dan membina dalam pembangunan negara.
7. Mungkin ada kumpulan tertentu seperti AMGGRM yang ingin menganjurkan perayaan seperti itu pada tahun ini, tetapi ia tidak mewakili keseluruhan gereja-gereja di Malaysia. Namun begitu, saya cukup memahami kebenaran pepatah Melayu yang menyatakan, “Nila setitik rosak susu sebelanga”.

Saya cuma berharap penjelasan ringkas saya ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Kristian dapat meleraikan salah faham yang timbul dari rancangan perayaan sebuah kumpulan NGO di Melaka.
Itu adalah pendirian mereka. Bukan pendirian saya, dan bukan juga pendirian gereja-gereja di Malaysia.
Sumber : Malaysiakini