t>

Breaking News

Usul Haramkan Mufti Wilayah Beri Kuliah Di Selangor..

Mufti Wilayah Persekutuan yang dibenci golongan ekstrem
Entah kenapa, Dr. Zulkifli al-Bakri menjadi bahan serangan segelintir manusia sehingga tergamak mengusulkan agar beliau diharamkan daripada memberi kuliah di negeri Selangor.
Dikaitkan beliau dengan aliran wahabi dan sebagainya. Inilah seorang ulama yang penuh insaf dan adil, dimusuhi golongan ekstrem daripada pelbagai aliran.
Sungguh lucu melihat tindak-tanduk mereka tetapi dalam kelucuan, ada kesedihan.
Dalam ketika mana syaitan diikat dalam bulan Ramadhan berdasarkan hadis-hadis sahih yang ada, akan tetapi masih ada syaitan berbentuk manusia yang melakukan kerja-kerja jahatnya.
Wahai umat Islam, fikirlah, antara Dr. Zulkifli al-Bakri yang penuh ilmu dan tawadhunya, yang sentiasa lembut tutur kata dan bersih akhlaknya, berbanding Zamihan al-Ghari yang mulutnya dipenuhi dengan caci maki, sudahlah ada kes-kes saman fitnah di mahkamah, pilihlah dengan hati yang bersih, anda mahu bersama siapa?
Saya memilih bersama Dr. Zulkifli al-Bakri kerana keilmuannya, kerana kerendahan dirinya, kerana akhlaknya. Saya tidak perlu bersetuju dengan semua pendapat beliau akan tetapi beliau adalah seorang ilmuan yang merupakan permata di Malaysia ini. Seorang mufti yang dekat di hati rakyat. Seorang mufti yang berusaha agar informasi-informasi agama tersebar seluas mungkin.
Zamihan, dan mereka yang bersekongkol dengannya. Masa masih ada. Tidak terlambat, isilah Ramadhan ini dengan bertaubat nasuha dan membanyakkan ibadah. Jangan sampai nanti nyawa dicabut ketika sedang mencaci maki, memfitnah. Jangan nanti sampai ketika nyawa ditarik baru anda menyedari kesilapan anda.
Sahabat-sahabat, 
Ini kali kedua saya menuliskan tulisan mempertahankan Mufti Wilayah Persekutuan, sebagaimana kali pertama beliau diserang dengan isu fatwa berkaitan PokemonGo. Semua ini kerana cintanya kita kepada seorang ulama yang bukan sahaja terzahir keilmuannya, bahkan terzahir akhlak dan adab sopannya.
Jika dahulu, generasi salaf menuntut daripada ulama bukan sekadar ilmunya, bahkan adabnya. Maka, kenapa hari ini kita mahu membiarkan seorang ulama yang boleh diikuti ilmu dan adabnya, lantaran fitnah seorang pendakwah yang lidahnya sudah basah dengan caci maki dan fitnah?
Semoga Allah menguatkan Dr. Zulkifli al-Bakri dan semoga Allah memberikan beliau kekuatan untuk istiqamah, dan semoga Allah memberikan hidayah khususnya kepada Zamihan dan pasukan Aswajanya serta hidayah umumnya kepada kita semua.