Apa Lah Nasib Jadi Perempuan Kat Malaysia..
Oleh : Muhammad Yusof
1. Apalah nasib jadi perempuan kat Malaysia ni erk?
2. Baru-baru ni viral patung iklan Shell 'dicabul' oleh kutu mana entah. Bukan satu dua gambar, tapi banyak gambar daripada berlainan individu. Penyakit apakah yang sedang membarah ini? Mungkin depa just suka-suka tetapi bila depa upload dalam fb dan nampak tak rasa bersalah pun bila buat perangai macam tu, nampak sangat depa ni memang sick. Bayangkan apa perasaan kalau model tu ahli keluarga kita? Dan soalan paling penting, takde ke perasaan malu bila buat perangai tak senonoh gitu?
3. Itu baru kes cabul model patung Shell. Kalau kita tengok di sekeliling kita sebenarnya banyak lagi isu yang membuatkan perempuan ni macam 'golongan kelas kedua' je berbanding lelaki.
4. Ok, cuba kita tengok pulak berapa ramai perempuan yang termengandung angkara lelaki yang tidak bertanggungjawab? Berapa ramai perempuan yang ditinggalkan macam tu je setelah perempuan tu mengandung anak luar nikah. Hangpa pernah dengar tentang kontroversi 'baby hatch' ataupun kisah-kisah tentang 627 bayi dibuang di Malaysia sejak 1995. Ini bagi kes yang dilaporkan. Bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan? Cuba kita bayangkan betapa traumanya menjadi seorang perempuan yang termengandung(samada suka sama suka atau dirogol) sampai ada kes mangsa yang hampir nak bunuh diri disebabkan dia trauma melampau. Meanwhile lelaki yang tidak bertanggungjawab tadi lari entah ke mana. Memang lelaki itu boleh ditangkap dan dibicarakan namun traumatik perempuan tersebut samada mental atau fizikal jauh lebih 'teruk dan menderita' berbanding lelaki tersebut.
5. Kalau kita tengok sebelum ni berapa banyak pages kat media sosial yang menjaja martabat seorang perempuan atas nama poligami. Daripada gadis Syria sampailah ke gadis Malaysia nama-nama perempuan dijaja untuk dikahwini atau dipoligami. Apa murah sangat ka nilai perempuan ni sampai perlu dijaja ke serata alam?
6. Cuba kita tengok pulak pages-pages murahan macam Amran Fans yang suka buat lawak-lawak murahan yang bersifat menjatuhkan martabat perempuan macam lawak toto, lawak ngorat murahan etc etc. Pernah satu masa tu, Amran Fans buat lawak pasal isu gadis mangsa rogol yang menimbulkan kontroversi di Indonesia masa tu.
7. Then, cuba hangpa tengok drama kita petang-petang. Hangpa akan tengok macamana perempuan kita direndahkan martabatnya dalam drama tu. Contoh, asyik berebut lelaki. Tak kiralah watak bertudung yang polos atau watak gedik. Asal watak perempuan je mesti kerjanya berebut lelaki. Nampak tak betapa stereotaipnya drama kita dalam menampilkan sisi negatif kaum perempuan. Jarang kita tengok elemen 'women's power' dalam drama-drama kita melainkan wanita just jadi mangsa penindasan, mangsa pukul, mangsa rogol dan segala mak nenek mangsa plot klise drama melayu.
8. Ini belum masuk program lawak kita yang entah apa-apa. Perempuan asyik dihina dari sudut fizikal untuk menghalalkan lawak depa. Perempuan jongang la, gemuk la, tak lawa la, dah jadi mainan pelawak-pelawak kita. Tu belum kira pulak iklan-iklan murahan ketat sana, ketat sini yang kita nampak just nak menjatuhkan martabat kaum perempuan.
9. Cuba kita bukak pulak Whatsup dan Telegram. Ada beribu-ribu lawak lucah dan lawak-lawak 'malam Jumaat' yang bersifat menjatuhkan kaum perempuan disebarkan terutamanya setiap kali malam jumaat. Pesanan kepada sesetengah lelaki, mungkin anda rasa diri anda lawak dengan forward mesej lawak-lawak sensitif pasal perempuan tapi hakikatnya itu hanya satu bentuk sexual harrasment yang memualkan.
10. Tetapi yang peliknya, kenapa perkara-perkara yang aku sebutkan kat atas, contohnya lawak-lawak berbaur harrasment terhadap perempuan, drama petang-petang dan status-status yang bersifat menjatuhkan martabat perempuan inilah yang paling banyak mendapat tempat dalam masyarakat. Betul tak?
11. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah kita telah menstreotaipkan benda abnormal ini menjadi satu perkara normal dikalangan masyarakat. Ini yang sedang membarah dalam masyarakat kita sekarang. 'Sakit' ini perlu dicegah segera.
12. Wanita adalah kaum yang perlu dimuliakan, bukan untuk ditindas samada fizikal ataupun mental. Women's power!
Sekadar coretan 20 sen daripada seorang lelaki.